Gaji Minimum 2020 (Di Bandar-bandar Utama di Malaysia)

Tidak kira anda warganegara Malaysia (Semenanjung, Sabah, Sarawak) atau warga asing, gaji minimum 2020 adalah sama. Gaji minimum yang ditetapkan kerajaan ialah RM1,200.

Gaji minimum 2020

Ini adalah ringkasan dari dokumen rasmi Perintah Gaji Minimum 2020 dari Kementerian Sumber Manusia.

Kadar gaji minimum di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran

Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja yang bekerja di suatu tempat kerja dalam mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah seperti yang berikut:

Kawasan Majlis Bandaraya (Layak gaji minimum 2020)

1. Johor Bahru
2. Iskandar Puteri
3. Alor Setar
4. Melaka Bersejarah
5. Pulau Pinang
6. Seberang Perai
7. Ipoh
8. Shah Alam
9. Petaling Jaya
10. Kuala Terengganu
11. Kuching Utara
12. Kuching Selatan
13. Miri
14. Kota Kinabalu
15. Kuala Lumpur
16. Seremban

Kawasan Majlis Perbandaran (Layak gaji minimum 2020)

1. Batu Pahat
2. Kluang
3. Kulai
4. Muar
5. Segamat
6. Pasir Gudang
7. Kulim
8. Sungai Petani
9. Langkawi
10. Kubang Pasu
11. Kota Bharu
12. Alor Gajah
13. Jasin
14. Hang Tuah Jaya
15. Port Dickson
16. Jempol
17. Kuantan
18. Temerloh
19. Bentong
20. Manjung
21. Kuala Kangsar
22. Taiping
23. Teluk Intan
24. Kangar
25. Ampang Jaya
26. Kajang
27. Klang
28. Selayang
29. Subang Jaya
30. Sepang
31. Kemaman
32. Dungun
33. Padawan
34. Sibu
35. Kota Samarahan
36. Bintulu
37. Sandakan
38. Tawau
39. Labuan
40. Putrajaya

 

Adakah pekerja asing pun dapat gaji RM1,200?

Pendirian Kerajaan ialah menetapkan bahawa PGM 2016 meliputi semua pekerja tempatan termasuk juga pekerja asing berasaskan sebab-sebab yang berikut:

  • Dasar gaji minimum hendaklah tidak mendiskriminasi seseorang pekerja atas alasan kewarganegaraan, selaras dengan Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration yang mana telah diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1997
  • Ia adalah bertentangan dengan seksyen 60L Akta Kerja 1955, seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah atau seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak di mana tidak membenarkan sebarang bentuk diskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing
  • Bagi menjamin dan memelihara peluang pekerjaan rakyat tempatan agar tidak terjejas. Sekiranya pekerja asing dikecualikan dari gaji minimum atau dibayar gaji minimum yang kurang, majikan akan cenderung untuk terus menggaji pekerja asing berbanding pekerja tempatan.
    Ini adalah bertentangan dengan salah satu objektif pelaksanaan gaji minimum iaitu untuk mengurangkan kebergantungan majikan kepada pekerja asing yang kurang mahir

 

Siapa yang tidak layak dapat gaji minimum?

  • Pekhidmat domestik (contohnya: pembantu rumah).
  • Perantis yang diambil untuk latihan bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun.

 

Kalau majikan dan pekerja setuju, bolehkah bayar bawah RM1,200?

TIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.

 

Kenapa mesti buat gaji minimum?

Dasar gaji minimum membantu meningkatkan gaji selaras dengan kos sara hidup, seterusnya membolehkan pekerja memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian.

Perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 akan secara langsung meningkatkan kadar bayaran kerja lebih masa (overtime), caruman dalam simpanan KWSP dan perlindungan di bawah PERKESO.

 

Apa beza ‘gaji’ dan ‘gaji minimum’?

‘Gaji’ dan ‘Gaji Minimum’ ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. ‘Gaji’ mempunyai maksud yang sama dengan ‘gaji’ dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) manakala ‘gaji minimum’ merujuk kepada gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

 

Jadi, apa maksud gaji minimum?

Gaji minimum adalah gaji pokok, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

 

Siapa yang tetapkan gaji minimum?

Kadar gaji minimum ditentukan oleh Kerajaan berdasarkan syor yang dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

 

Apakah faktor penentu kadar?

Pada masa sekarang, kadar gaji minimum ditentukan oleh lima faktor:
1. Pendapatan Garis Kemiskinan
2. Keupayaan majikan untuk membayar gaji (penengah gaji)
3. Indeks Harga Pengguna (CPI)
4. Kadar pengangguran sebenar
5. Pertumbuhan produktiviti

 

Adakah pekerja TASKA, NGO dan badan kebajikan layak untuk dapat gaji minimum?

PGM 2016 adalah terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di Malaysia termasuk pekerja-pekerja TASKA, badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation) atau badan kebajikan, kecuali pekhidmat domestik. Penetapan pelaksanaan gaji minimum ke atas kategori pekerja-pekerja di atas dibuat kerana:

  • Memberi hak yang sama kepada semua kategori pekerja;
  • Mencapai objektif gaji minimum yang antaranya ialah membantu dan melindungi pekerja-pekerja yang mudah terancam (vulnerable)
  • Mencegah penganiayaan dan diskriminasi
  • Majikan daripada sektor-sektor berkenaan boleh menggajikan pekerja secara separa masa, atau dibayar mengikut kadar jam, atau harian sebagaimana ditetapkan di bawah PGM 2016.

 

Bagaimana dengan pekerja industri mikro?

Industri mikro adalah industri yang sangat kecil, dengan pekerja dalam lingkungan 1-4 orang sahaja.
PGM 2016 tetap terpakai kepada semua pekerja termasuk industri mikro kerana kumpulan pekerja dalam subsektor ini adalah “vulnerable group” dan perlu dilindungi.
Akhir kalam

Kerjalah apa-apa sekalipun, janji halal. Yang penting jangan mencuri dan menyusahkan orang lain. Jika tidak mahu gaji minima, iaitu bekerja dengan orang, jemput baca tentang kerja gaji besar dan lumayan tanpa SPM.

 

Gaji minimum dikenakan cukai pendapatan

Ini tidak ada kaitan dengan warta kerajaan dalam Perintah Gaji Minimum 2020.

Namun, suka kami berkongsi di sini, bahawa sesiapa yang memperolehi pendapatan bulanan di bawah RM3,000, anda tidak akan dikenakan cukai oleh LHDN.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian mengenai gaji minimum 2020 ini dapat membantu anda.

Nasihat kami, kerjalah apa-apa sahaja, janji halal. Kumpul duit banyak-banyak supaya boleh beli rumah dan kereta.

Lepas dapat duit gaji, jangan lupa bersedekah untuk mendapat lebih keberkatan dalam kerja.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment