Doa Susah Tidur Malam Dalam Islam (Rasa Resah Gelisah)

Bagi yang sukar melelapkan mata, walaupun sudah ikuti cara supaya cepat tidur, berikut ialah doa susah tidur malam dalam Islam yang boleh diamalkan.

Kenapa susah tidur malam

Macam-macam sebab orang tak dapat melelapkan mata. Ada yang memang mengantuk yang amat sangat dan ada pula yang tidak mengantuk langsung.

Antaranya ialah:

  • Menghidapi penyakit insomnia
  • Fikiran terganggu
  • Hati tak tenang
  • Gangguan makhluk halus
  • Dan lain-lain

 

Doa susah tidur malam

Berikut ialah doa bagi orang yang sukar untuk tidur dalam Bahasa Arab, berserta maksudnya dalam tulisan Jawi.

 

 

Maksud doa susah tidur

Ya Allah, Tuhan pentadbir tujuh petala langit dan segala apa yang dibawah naungan-Nya. Tuhan penguasa tujuh petala bumi dan segala apa yang dikandungkan-Nya dan Tuhan yang empunya syatitan-syaitan dan segala apa yang telah disesatkan.

Jadilah Tuhanku untukku sebagai pelindung. Aku mohon perlindungan-Mu daripada bencana kejahatan makhluk-Mu sekeliannya. Dengan bahawa mengalahkan aku oleh sesiapa juga daripada makhluk-makhluk-Mu itu. Dan juga daripada melakukan keaniayaan atas diriku.

Maha gagah perlindungan-Mu. Maha besar pujian kepada-Mu. Dan tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain daripada-Mu. Dan tiada Tuhan yang wajib ditaati melainkan Tuhanku.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian doa susah tidur malam dalam Islam ini dapat menghilangkan rasa resah gelisah anda. Jangan terlalu memikirkan yang bukan-bukan.

Insya Allah, Allah ada sebagai pelindung.

Antara doa-doa lain yang ada ialah doa perpisahan majlis.

Sumber: Buku Wirid dan Doa oleh Haji Jamaluddin Hashim yang diterbitkan oleh Lembaga Penerbitan Jabatan Agama Johor

Leave a Comment