Register BSNeBIZ (Cara Daftar Online & Login di bsnebiz.com.my)

Kalau dulu, setiap kali hendak berurusan dengan bank, mesti kena hadirkan diri. Tapi sekarang, semuanya mudah dan cepat hanya dengan menggunakan sistem online. Kali ini, kami akan berkongsi serba sedikit mengenai cara untuk register BSNeBIZ untuk para peniaga di luar sana.

Izinkan kami berkongsi.

1. Apa itu BSNeBiz?

Untuk makluman, BSNeBIZ adalah akaun perniagaan dan bukannya akaun peribadi seperti myBSN.

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai BSNeBiz:

  1. BSNeBiz merupakan kemudahan pembayaran dalam talian yang menawarkan pelbagai produk bagi memenuhi keperluan perniagaan anda.
  2. Ini adalah senarai perkhidmatan yang disediakan oleh BSNeBiz untuk usahawan:
    • Pengurusan Akaun
    • Pemindahan Dana & Pembayaran Bil
    • JomPay
    • Pembayaran Pukal
    • Autodebit
    • Pembayaran Berkanun (KWSP)
    • Laporan Transaksi
    • Pengesahan pelbagai tahap boleh disesuaikan

 

2. Cara register BSNeBiz di bsnebiz.com.my

Berikut merupakan cara untuk register BSNeBiz melalui laman web:

  1. Layari website rasmi BSNeBiz di sini: https://www.bsnebiz.com.my.
  2. Laman Login To BSNeBiz akan dipaparkan.
  3. Sila tekan New Application.
  4. Anda akan dibawa ke laman Organization Application.
  5. Sila masukkan State.
  6. Tekan Next.
  7. Seterusnya, lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Organization Name
    • Office Number
    • Fax Number
    • Organization Website
    • Business Registration Number
    • Email Address
    • Organization Address
    • Postcode
    • City
    • Country
    • State
  8. Klik Next.
  9. Seterusnya, sila lengkapkan bahagian Information yang diperlukan seperti:
    • Contact Person 1
    • Contact Person 2
    • Administrator
  10. Tekan Next.
  11. Anda akan dibawa ke bahagian Select Services.
  12. Sila tick pada ruangan kotak yang disediakan mengikut keperluan anda dan tekan Download untuk muat turun borang yang diperlukan.
  13. Kemudian, sila tick pada kotak Yes, I have downloaded all the forms. If you do not have Adobe Acrobat reader, please download here.
  14. Tekan Next.
  15. Anda akan dibawa ke bahagian Confirmation.
  16. Ringkasan semua maklumat anda akan dipaparkan.
  17. Jika tiada apa-apa masalah, sila tick pada kotak I hereby confirmed that the information provided is correct.
  18. Tekan Continue.
  19. Proses pendaftaran anda telah berjaya.
  20. Sila semak emel anda untuk tujuan pengesahan atau pengaktifan akaun.
  21. Anda boleh meneruskan proses Login akaun BSNeBiz dengan menekan butang 1st Time Login bagi melengkapkan proses pendaftaran kali pertama.
  22. Selesai.

PERHATIAN

  • Pada ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah wajib diisi.
  • Anda boleh login ke akaun BSNeBiz melalui telefon pintar dengan menggunakan aplikasi BSNeBiz Mobile yang telah dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.

 

3. Boleh register guna BSNeBiz Mobile?

Untuk makluman, anda hanya boleh daftar BSNeBiz menggunakan laman web BSNeBiz. Penggunaan aplikasi BSNeBiz Mobile hanyalah untuk tujuan Login ke akaun anda yang telah sedia ada.

 

4. Maklumat lanjut BSNeBiz

Jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan lanjut mengenai cara untuk register BSNeBiz, anda boleh menghubungi bahagian Customer Care di talian 1-300-88-1900.

Selain itu, anda juga boleh menghantar emel ke [email protected].

 

Akhir kalam

Semoga perkongsian ini akan memberikan panduan atau pencerahan kepada anda yang memerlukan cara daftar BSNeBiz.

Diharapkan urusan anda akan menjadi lebih mudah dan cepat.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Register BSNeBIZ (Cara Daftar Online & Login di bsnebiz.com.my)”

Leave a Comment