Tarikh Pembukaan Sekolah Selepas PKPP (Takwim Baru 2020)

Menurut Sidang Media Khas YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan pada 1 Julai 2020 di Facebook, tarikh pembukaan sekolah selepas PKPP adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Tarikh Pembukaan Sekolah Selepas PKPP

Sekolah Kebangsaan

Tahun 5 dan 6
15 Julai 2020

Tahun 1, 2, 3 dan 4
22 Julai 2020
Sekolah Menengah

Tingkatan 1, 2, 3 dan 4
15 Julai 2020

Tingkatan 5 dan 6
15 Julai 2020

Tingkatan 6 (Semester 1)
15 Julai 2020

Tingkatan 5 dan 6
24 Jun 2020 (Rabu)

Jumlah pelajar yang terlibat ialah lebih kurang 500,000 orang. Ini melibatkan sekolah menengah dan sekolah antarabangsa.

Namun, tarikh pembukaan sekolah ini hanya khusus untuk pelajar yang bakal mengambil peperiksaan sahaja.

Tarikh untuk pelajar lain masih lagi belum dinyatakan. Sila ikuti garis panduan yang ditetapkan.

Ini termasuk pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 yang bakal mengambil peperiksaan penting berikut:

  • SPM
  • STPM
  • STAM
  • SVM

Langkah persediaan

Antara langkah persediaan yang pihak sekolah perlu lakukan adalah seperti berikut:

  • Ibu bapa atau penjaga perlu memastikan bahawa anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
  • Sekiranya ibu bapa atau penjaga mendapati anak-anak tidak sihat atau bergejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas, jangan hantar mereka ke sekolah. Sebaiknya bawalah anak-anak ini membuat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.
  • Pemeriksaan suhu badan akan dibuat sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah
  • Waktu rehat akan dijalankan secara berperingkat
  • Penyediaan makanan adalah secara ‘bungkus’ oleh pihak kantin
  • Ibu bapa juga disarankan untuk membekalkan anak-anak dengan makanan dari rumah

 

Garis panduan pembukaan semula sekolah

Langkah persediaan yang dikongsikan di atas hanya secebis sahaja dari keseluruhan garis panduan pembukaan sekolah pasca PKPP yang perlu mematuhi SOP.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ringkasan berkenaan garisan panduan pembukaan semula sekolah pasca PKP yang boleh dibaca oleh ibu-bapa yang prihatin dengan keadaan anak-anak apabila sekolah dibuka nanti.

Anda juga boleh tonton ulangan sidang media seperti di bawah:

Sidang Media Khas YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan.

Sidang Media Khas YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan. (10 Jun 2020)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Wednesday, June 10, 2020

 

Akhir kalam

Diharapkan agar semua ibu-bapa yang mempunyai anak kelas peperiksaan merasa lega dengan pengumuman ini.

Bagi ibu-bapa yang lain, diharapkan agar terus bersabar dan terus menunggu tarikh pembukaan sekolah selepas PKPP untuk sekolah rendah dan menengah yang bukan dalam kelas peperiksaan.

Benar, pendidikan itu penting. Tapi kami pasti, pihak yang berkewajipan pasti inginkan yang terbaik dan dalam masa yang sama melindungi anak-anak kita.

Sama-sama kita berdoa agar negara kita benar-benar bebas dari COVID-19.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment