Cara Solat Hajat Paling Ringkas (Untuk Peperiksaan & Jodoh)

Bagi seseorang yang ingin memohon sesuatu hajat daripada Allah S.W.T, dia sangatlah digalakkan untuk mendirikan solat sunat hajat supaya hajatnya itu dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Pelaksanaan solat sunat hajat ini tidak terhad kepada waktu tertentu dan boleh dilakukan pada bila-bila masa anda mempunyai hajat. Oleh itu, di bawah kami berikan panduan dan cara solat hajat yang diambil daripada penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Langkau artikel ini untuk dapatkan doa solat hajat.

Maksud Solat Sunat Hajat

Solat sunat Hajat bermaksud solat sunat yang dikerjakan bagi meminta sesuatu hajat yang tertentu. Dalam bahasa inggeris solat ini dipanggil sebagai the prayer of need. Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mengikut hajat masing-masing dan juga boleh dilakukan secara berjemaah jika untuk niat yang sama.

Sembahyang hajat boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga 12 rakaat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu anda dicadangkan untuk membaca surah Al-Kafiruun pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah Al-Ikhlas.

Pengerjaan ibadah ini dapat dilihat daripada sabda Rasulullah S.A.W dimana baginda bersabda:
“Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”

(Riwayat At-Tarmizi r.a.)

Satu lagi riwayat hadith dengan sanad sahih iaitu dari Abu Darda’ mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

Oleh itu, ianya tidak dinafikan lagi bahawa ibadah solat sunat hajat ini sememangnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat bagi memohon segala hajat di hati kepada Allah S.W.T.

 

Solat hajat untuk apa?

Ramai orang menunaikan sembahyang hajat kerana berhajat kepada sesuatu. Antaranya ialah solat hajat untuk peperiksaan, iaitu exam besar seperti UPSR, PT3 dan SPM serta STPM.

Juga sembahyang hajat sesuai dilakukan untuk bertemu jodoh; samada agar berjumpa pasangan suami atau isteri supaya dapat mendirikan rumahtangga

Tidak kurang juga yang melakukannya untuk melupakan seseorang.

Ada juga sembahyang hajat untuk dapat kerja selepas tamat belajar.

Apa-apa hajat sekalipun, luahkan sahaja pada Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

 

Bolehkah buat secara berjemaah?

Mengikut pandangan Mufti Wilayah, para ulama berbeza pendapat berkenaan hukum. Ini kerana, dalil yang dijadikan hujah dalam isu ini diperselisihi status hukumnya.

Sebahagian berpendapat bahawa hadis tersebut dhaif, dan tidak boleh untuk dijadikan hujah ke atas pensyariatan sembahyang hajat.

Manakala sebahagian yang lain berpandangan bahawa hadis tersebut boleh dikuatkan dengan syawahidnya, dan mereka turut menyatakan bahawa solat hajat ini termasuk di bawah fadhail al a’maal yang boleh menggunakan hadis dhaif sekiranya ia tergolong di bawah asal yang thabit.

Maka, mengikut Mufti Wilayah, mereka lebih cenderung kepada pendapat jumhur fuqaha yang menyatakan bahawa boleh untuk dilakukan solat hajat. Ini kerana ia termasuk di dalam bab fadhail al a’maal.

Mereka juga berpandangan bahawa boleh untuk dilakukan secara berjamaah secara sekali sekala. Namun jika dirasakan bahawa sembahyang bersendirian itu lebih mendatangkan kekhusyukan dan kehendak yang dimaksudkan, maka itu adalah lebih utama.

 

Fadhilat dan Kelebihan Solat Hajat

Terdapat banyak kelebihan dan fadhilat sekiranya anda mengamalkan solat sunat hajat sebagai rutin ibadah harian anda. Di samping ganjaran pahala yang banyak, berikut beberapa kelebihan sekiranya anda kerap melakukan solat sunat hajat:

  1. Hati anda akan berasa lebih tenang kerana beban hajat anda telah pun disampaikan kepada Allah S.W.T.
  2. Anda akan menjadi lebih ikhlas dalam menerima segala ketentuan Allah S.W.T
  3. Segala hajat dan permohonan anda akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T

 

Tujuan Mendirikan Sembahyang Hajat

Tujuan Solat Sunat Hajat adalah bagi memohon sesuatu hajat kepada Allah S.W.T. Berikut merupakan perkara-perkara yang selalu dimohon oleh seseorang muslim.

  1. Permudahkan urusan harian
  2. Permudahkan menjawab soalan peperiksaan
  3. Mempercepatkan jodoh
  4. Memurahkan rezeki di dunia dan akhirat
  5. Memudahkan mendapat pekerjaan
  6. Mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
  7. Lain-lain

 

Waktu Afdhal Untuk Mengerjakan Solat Sunat Hajat

  1. Sewaktu anda mengerjakan Qiamullail
  2. Waktu Dhuha
  3. Selepas Solat Maghrib
  4. Sewaktu Hujan Lebat
  5. Pada Bulan Puasa
  6. Selepas Solat Isyak

 

Panduan Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Solat Hajat amatlah mudah untuk didirikan dan anda boleh lakukannya sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di bawah adalah tatacara dan cara sembahyang hajat yang cukup ringkas:

  1. Niat

Niat solat sunat hajat
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala”.

  1. Bacaan Dalam Solat

Rakaat Pertama:
Pada rakaat pertama anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah Al-Kafiruun
Cara solat sunat hajat yang ringkas
Rakaat Kedua:
Pada rakaat kedua anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah Al-Ikhlas
Panduan sembahyang sunat hajat yang mudah

  1. Pada sujud terakhir, setelah membaca tasbih sujud, bacalah ayat berikut sebanyak 44 kali:

Panduan sembahyang hajat JAKIM
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.”
 

Doa Selepas Solat
Doa solat sunat hajat yang mujarab
Maksudnya: “   Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu. Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu. Ya Allah, aku mohon kepadaMu sebagaimana memintanya si miskin dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya doa orang berdosa yang amat hina. Aku mohon kepadaMu seperti orang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang merendahkan jiwanya, merendahkan raga, wajah, serta hidungnya kepadaMu..”

Kesimpulannya, solat sunat hajat ini sangatlah mudah untuk diamalkan. Semoga panduan ini membantu anda dalam mendirikan solat sunat hajatdengan lebih istiqomah.

Semoga perkongsian cara solat hajat ini dapat memberikan sedikit pengetahuan.

Jemput untuk melihat perkongsian tentang cara solat istikharah dan cara solat tahajjud juga.
Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Cara Solat Hajat Paling Ringkas (Untuk Peperiksaan & Jodoh)”

  1. Ada yg sy google solat hajat ni rakaat ptama slps bca Al Fatihah kna bca ayat kursi 7x & rakaat ke 2 surah Al ikhlas 11x.tp bbeza dgn yg ni, so mna 1 yg betul sbnarnya?

    Reply
  2. terima kasih atas perkongsian ilmu.sangat berguna buat saya.moga Allah merahmati orang-orang berkongsi ilmu yang baik2.

    Reply

Leave a Comment