Contoh Ucapan Takziah Innalillahiwainnailaihirojiun di Whatsapp

Dengan kes Coronavirus COVID-19 yang semakin menular ini, ada masanya, kita mendapat perkhabaran kematian bahawa ada ahli keluarga dan rakan kita yang telah dijemput oleh Allah. Memang kita rasa terkejut sebab tak sangka seawal itu dia pergi. Maka, izinkan kami kongsi contoh ucapan takziah “Innalillahiwainnailaihirojiun” yang boleh dihantar kepada waris melalui Whatsapp dan SMS.

Ucapan takziah #1

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Salam takziah diucapkan kepada <masukkan nama si mati> yang kembali ke Rahmatullah pada <waktu pagi / petang / malam> tadi.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman disisi Allah swt.

 

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

 

Al-Fatihah                                       

 

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Salam takziah juga buat keluarga arwah.

Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

 

أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا

Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah surga sebagai tempat peristirahatannya

 

Ucapan takziah #2

Berikut ialah contoh ucapan takziah yang lebih ringkas, yang sesuai dihantar ke Whatsapp.

انا لله وانااليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Takziah buat <nama waris> seisi keluarga.

Semoga beroleh ketabahan  & dipermudahkan segala urusan.

Allahumma Aamiin

 

Ucapan takziah #3

Berikut ialah contoh ucapan takziah yang juga ringkas, tetapi memasukkan sedikit doa untuk si mati.

*إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن*

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

*اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ*

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

Takziah buat keluarga arwah <si mati>.

Semoga roh arwah <si mati> sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

 

Ucapan dan doa Bahasa Arab #4

Berikut ialah ucapan takziah berserta Innalillahiwainnailaihirojiun dan doa dalam Bahasa Arab.

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجَاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

 

Ucapan dan doa kematian dalam Rumi #5

Berikut bukanlah contoh ucapan takziah.

Namun, bagi yang tidak mahir berbahasa Arab, berikut ialah bacaan dalam Rumi.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda baca dalam Bahasa Arab seperti di atas.

  • ALLAHUMMAGHFIR LAHU WARHAMHU WA ‘AAFIHI WA’FU ‘ANHU
  • WA AKRIM NUZULAHU WA WASSI’ MUDKHALAHU
  • WAGHSILHU BILMAA`I WATS TSALJI WAL BARADI
  • WA NAQQIHI MINAL KHATHAAYAA
  • KAMAA NAQQAITATS TSAUBAL ABYADLA MINAD DANASI
  • WA ABDILHU DAARAN KHAIRAN MIN DAARIHI
  • WA AHLAN KHAIRAN MIN AHLIHI
  • WA ZAUJAN KHAIRAN MIN ZAUJIHI
  • WA ADKHILHUL JANNATA
  • WA A’IDZHU MIN ‘ADZAABIL QABRI
  • WA MIN ‘ADZAABIN NAAR

Maksudnya:

  • Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah aia, lindungilah aia dan maafkanlah aia
  • Muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya
  • Bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk
  • Bersihkanlah ia dari segala kesalahan
  • Sebagimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran
  • Dan gantilah rumahnya [di dunia] dengan rumah yang lebih baik [di akhirat]
  • Serta gantilah keluarganya [di dunia] dengan keluarga yang lebih baik
  • Dan pasangan [di dunia] dengan yang lebih baik
  • Dan masukkanlah ia ke dalam syurga-Mu
  • Dan lindungilah ia dari seksa kubur atau seksa api neraka

Innalillahiwainnailaihirojiun.

 

Ucapan takziah bagi bukan Islam

Menurut laman Mufti Wilayah, jumhur ulama’ membenarkan bagi orang Islam untuk menziarahi dan memberikan ucapan takziah kepada orang yang bukan bukan beragama Islam. Tentu sekali ada antara keluarga kita dan rakan-rakan yang masih memeluk agama selain Islam.

Dalam sesetengah keadaan,kita  digalakkan untuk menziarahi mereka jika terdapat peluang dan maslahah untuk berdakwah kepada mereka dengan menunjukkan akhlak islamiyyah yang telah diajarkan oleh Islam itu sendiri.

Walaupun demikian, perlu diingatkan juga dalam menziarahi serta mengucapkan takziah ada beberapa syarat dan juga peringatan yang perlu dipatuhi.

Syarat tersebut ialah:

  • Tidaklah di dalamnya terdapat amalan-amalan keagamaan lain itu yang bersifat i’tiqadiyyah (kepercayaan). Begitu juga dengan sesuatu amalan perbuatan yang boleh menzahirkan syi’ar agama mereka.
  • Tidaklah di dalam ucapan takziah itu memohon keampunan buat si mati. Ini jelas larangannya di dalam al-Quran.

Tidak ada contoh ucapan takziah yang dikongsikan.

Cukup sekadar memberikan kata-kata perangsang kepada keluarga si mati agar terus tabah menghadapi dugaan dan ujian ini.

 

Akhir kalam

Apabila berlaku kematian kepada ahli keluarga dan rakan kita, hantarkan ucapan takziah Innalillahiwainnailaihirojiun untuk memberitahu mereka bahawa kita masih peduli tentang dia.

Orang yang baru kematian seseorang memang memerlukan ucapan takziah dari kenalan untuk memotivasikan diri.

Jika ada ada, pergilah hadiri solat jenazah bagi menghormati si mati buat kali terakhir.

Semoga dengan perkongsian contoh ucapan takziah Innalillahiwainnailaihirojiun ini dapat menenangkan hati mereka.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Contoh Ucapan Takziah Innalillahiwainnailaihirojiun di Whatsapp”

  1. jazakumullahkhairan kathira atas perkongsian ilmu dan info yang bermanfaat ini,semoga Allah swt merahmati Tuan/Puan didoakan.

    Reply

Leave a Comment