Cara Solat Jenazah Ringkas (Niat & Bacaan Doa Selepas Sembahyang)

Bila ada berlakunya kematian, ucapkanlah Innalillahiwainnailaihirojiun. Kami faham, ramai yang tidak biasa dan mungkin ada yang cuba mengelakkan diri untuk sembahyangkan jenazah. Jawapan yang biasa didengari ialah, “Aku tak tahu solat jenazah. Jarang-jarang buat”. Sedangkan cara solat jenazah ringkas tidaklah sesusah mana jika tahu caranya.

Jika anda tergolong dalam golongan yang tidak selalu melakukan solat jenazah, tahniah, kini anda sampai ke tempat yang sepatutnya.

Tak perlu takut

Seperti anda, ramai yang mengelak diri itu, bukan kerana tidak mahu, bukan kerana takut, tetapi tidak ada ilmu.

Ada juga yang tak berani solat jenazah kerana tidak hafal doa yang panjang-panjang. Hakikatnya, tidak begitu.

Panduan solat jenazah ringkas

Cuba ikut panduan solat jenazah ringkas seperti di bawah. Sekali baca, sudah boleh faham. Klik gambar untuk besarkan gambar dan baca tulisan.

Cara solat jenazah

Cara solat jenazah: Takbir 1

Jika tidak hafal niat dalam Bahasa Arab, tidak mengapa. Tidak perlu susah-susah untuk baca niat dalam Bahasa Arab. Cukup sekadar niatkan dalam hati dalam Bahasa Melayu.

Perlu dingatkan di sini, jangan tersalah baca empat rakaat. Dalam solat jenazah, tidak ada rakaat. Cuma empat takbir.

Satu lagi yang orang selalu keliru, ini juga adalah fardhu kifayah. Masukkan sekali semasa niat.

 

Niat solat jenazah

Jika jenazah lelaki:

Sahaja aku solat jenazah ke atas mayat lelaki ini, empat takbir, fardhu kifayah, menjadi makmum kerana Allah Ta’ala.

 

Jika jenazah perempuan:

Sahaja aku solat jenazah ke atas mayat perempuan ini, empat takbir, fardhu kifayah, menjadi makmum kerana Allah Ta’ala.

 

Takbir pertama

Angkat takbir seperti biasa.

Baca Surah Al-Fatihah seperti biasa.

Cara solat jenazah ringkas

 

Cara solat jenazah: Takbir 2

Takbir keduar ialah bacaan selawat Ibrahimiyah, iaitu dalam penerangan yang mudah, sama seperti bacaan semasa tahiyat awal.

 

Cara solat jenazah

 

Cara solat jenazah: Takbir 3

Jika tidak hafal doa yang panjang, cukup sekadar baca doa yang pendek dalam Bahasa Arab seperti di bawah.

Jika tidak hafal juga, baca dalam hati:

Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia

 

 

Cara sembahyang mayat

 

Cara solat jenazah: Takbir 4

Jika hafal dan boleh baca doa, teruskan.

Jika tidak, berdiam diri sahaja pun sudah mencukupi.

 

Panduan sembahyang mayat

 

Doa selepas solat jenazah

Selesai solat jenazah, boleh baca doa yang lebih panjang sedikit seperti di bawah:

Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia, dan maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedudukannya, luaskan pintu masuknya (kuburnya) mandikanlah dia dengan air yang bersih, salji dan air batu yang menyegar dan sejuk.

Bersihkan kesalahan sebagaimana dibersihkan kain putih daripada kekotoran. Gantikan untuknya dengan rumah yang lebih baik daripada rumahnya; keluarga yang lebih baik daripada keluarganya; pasangan yang lebih baik daripada pasangannya.

Dan masukkannya ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan fitnahnya dan daripada azab api neraka.

 

Akhir kalam

Semoga cara solat jenazah ringkas ini dapat membantu anda memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah.

Doakan agar mereka diampunkan dosa dan dijauhkan dari azab kubur. Sama-sama kita mengingatkan diri kita, dan bekalkan diri kita dengan menghafal Al Quran. Dengan harapan, Al-Quran akan menjadi pembela kita semasa di dalam kubur dan di padang Mahsyar.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Panduan mengerjakan solat khas dari UNISZA

5 thoughts on “Cara Solat Jenazah Ringkas (Niat & Bacaan Doa Selepas Sembahyang)”

Leave a Comment