Cara Aktifkan i-Akaun KWSP (Panduan Untuk Ahli Dan Majikan)

Pada hari ini, kami akan berkongsi dengan anda tentang cara aktifkan i-Akaun KWSP untuk ahli dan juga majikan.

Pengaktifan i-Akaun KWSP

Sebagai penerangan ringkas bagi yang tidak tahu, KWSP merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah undang-undang negara bertujuan menyediakan faedah persaraan kepada ahli-ahlinya menerusi pengurusan simpanan yang cekap serta boleh dipercayai.

Menurut undang-undang, majikan (tidak termasuk jabatan kerajaan) perlu mencarum kepada KWSP setiap bulan bagi pihak pekerja-pekerja mereka. Dalam erti kata lain, caruman KWSP ini ialah untuk kakitangan swasta memandangkan mereka tidak mempunyai pencen seperti diterima kakitangan awam.

Jika dulu ahli dan majikan KWSP perlu ke kiosk atau pejabat cawangan KWSP terdekat untuk menyemak sebarang dokumen atau maklumat terkini mengenai caruman KWSP, tetapi sejak beberapa tahun lalu, mereka sudah boleh melakukannya secara dalam talian menerusi i-Akaun.

Bukan sahaja boleh diakses menerusi laman web, i-Akaun KWSP juga kini sudah boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit masing-masing. Mudah bukan?

Tidak perlu lagi bersusah-susah mahu ke kiosk atau pejabat cawangan terdekat, beratur, menunggu nombor giliran dipanggil.

 

#1 Cara aktifkan i-Akaun KWSP untuk ahli / pencarum

Pertamanya, pencarum perlulah mendaftar dahulu. Bagaimana mendaftar?

Jangan bimbang, kami akan menyenaraikan proses dan cara daftar i-Akaun KWSP. Kami bahagikan kepada dua iaitu panduan untuk ahli dan juga majikan.

Untuk ahli

  1. Ahli-ahli boleh mengunjungi kiosk atau cawangan KWSP terdekat untuk mendapatkan kod pengaktifan i-Akaun masing-masing.
  2. Maklumat yang diperlukan untuk mengaktifkan kod tersebut ialah nombor ID setiap ahli.
  3. Selain itu, ahli juga boleh menghubungi talian 03-89226000 untuk mendapatkan kod pengaktifan.
  4. Selepas mendapat kod pengaktifan, layari laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my untuk mengaktifkannya dalam tempoh 30 hari.
  5. Klik pada pautan Daftar dan Aktifkan i-Akaun.
  6. Pergi ke log masuk, masukkan nombor ID masing-masing dan mengunakan kata laluan sementara yang akan diterima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
  7. Selepas bersetuju, anda perlu memilih ID untuk log masuk, kata laluan sendiri dan juga frasa keselamatan.
  8. Apabila pendaftaran selesai, anda akan menerima menyatakan proses pendaftaran telah berjaya.
  9. Kemudian, anda telah boleh log masuk menggunakan ID dan kata laluan baharu yang telah anda tetapkan.

Mudahkan?

 

#2 Cara aktifkan i-Akaun KWSP untuk majikan

Untuk majikan:

  1. Bagi majikan pula, prosesnya hampir sama dengan pendaftaran ahli.
  2. Majikan perlu mengisi Borang KWSP 1 dan Borang KWSP 1 (i) di mana-mana kiosk atau cawangan KWSP terdekat.
  3. Selepas mendapat kod pengaktifan, layari laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my untuk mengaktifkannya dalam tempoh 30 hari.
  4. Klik pada pautan Daftar dan Aktifkan i-Akaun.
  5. Proses seterusnya hampir sama dengan yang dilakukan oleh ahli.

 

Apa bentuk manfaat daripada pengaktifan i-Akaun ini?

Seperti yang diterangkan di atas, pelbagai urusan menjadi lebih mudah dengan pendaftaran i-Akaun dengan ahli tidak perlu lagi susah payah ke kiosk atau cawangan terdekat untuk sebarang urusan.

Antara kelebihan i-Akaun ialah:

  • Menyemak status dan jumlah caruman
  • Membuat permohonan e-Pengeluaran
  • Menyemak status permohonan pengeluaran
  • Mengemas kini profil ahli, termasukah maklumat peribadi seperti pertukaran alamat
  • Menyemak transaksi KWSP terkini

Pengenalan perkhidmatan i-Akaun KWSP sememangnya memberi kemudahan kepada setiap pencarum. Menjadi satu kerugian sekiranya ahli tidak mendaftar i-Akaun ini kerana boleh diakses di mana-mana sahaja.

Lebih-lebih lagi aplikasi i-Akaun juga sudah boleh dimuat turun dalam telefon bimbit masing-masing. Jadi, ahli boleh menyemak maklumat mengenai caruman KWSP masing-masing hanya di hujung jari.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian pada hari akan dapat memudahkan urusan anda semua untuk berurusan dengan KWSP.

Jika anda ada cuba daftar i-Sinar dan mempunyai masalah dengan nombor telefon lama yang tidak boleh terima SMS, jemput baca cara kemaskini no telefon KWSP.

Semoga bermanfaat.

9 thoughts on “Cara Aktifkan i-Akaun KWSP (Panduan Untuk Ahli Dan Majikan)”

  1. macam mana nak kemaskini isinar..sebab bayaran kedua akan dapat PO lagi..jadi sekarang ni saya nak tukar masukan ke dalam akaun bank saya..MAYBANK

    Reply
  2. Macam mana nak daftar i akaun dalam online.sudah berapa kali dah saya nak daftar i akaun.sampai sekarang.tak dapat

    Reply

Leave a Comment