Contoh Surat Rayuan Pengurangan Bayaran Pinjaman Bank 2021

Sejak negara dilanda wabak Covid-19, ramai individu yang tidak mampu membayar hutang mereka termasuklah pinjaman bank kerana terkesan dengan kemerosotan ekonomi. Oleh itu, kami sediakan contoh surat rayuan pengurangan bayaran pinjaman bank bagi anda yang memerlukannya.

Walau bagaimanapun, pastikan anda mempunyai sebab-sebab yang munasabah jika ingin mengemukakan surat rayuan ini. Jangan pula mengambil kesempatan dalam kelonggaran yang diberikan.

Sekadar berkongsi, jika ada yang ingin mohon moratorium Bank Islam. Anda boleh apply secara online untuk mengurangkan sedikit komitmen anda yang sedia ada pada waktu yang getir ini.

Contoh surat rayuan pengurangan bayaran pinjaman bank

Berikut merupakah contoh surat rayuan yang boleh anda jadikan panduan.

1. Penangguhan bayaran kerana kekurangan gaji atau pendapatan

Ini adalah contoh surat rayuan yang boleh dikategorikan sebagai surat rasmi dan lengkap untuk anda yang mengalami kekurangan gaji atau pendapatan.

<Nama Peminjam>

<Alamat Peminjam>

Tarikh: <Tarikh>

Bahagian,

<Nama Bank>

<Alamat Bank>

Tuan/Puan,

PER: PENGURANGAN/PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN <NAMA BANK>

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya adalah seorang peminjam di <Nama Bank> melalui <Nama Pinjaman> dengan kadar pinjaman sebanyak <Jumlah Pinjaman> selama <Tahun Pinjaman>. Pinjaman saya bermula pada >Tarikh Pinjaman< dan akan berakhir pada <Tarikh/Tahun Pinjaman Selesai>.

2. Saya merupakan <Pekerjaan> di <Tempat Bekerja>. Namun begitu, disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan seperti pengurangan gaji akibat kemerosotan ekonomi dan ditambah dengan komitmen yang tinggi. Saya memerlukan pengurangan atau penangguhan bayaran balik pinjaman bank saya sebanyak <Jumlah Pengurangan> selama <Jangka Masa>.

3. Saya berjanji akan membuat bayaran balik pinjaman bank seperti yang telah ditetapkan sekiranya pendapatan atau gaji saya kembali stabil dan bertambah baik.

4. Beserta surat ini saya sertakan bukti pendapatan (slip gaji), penyata KWSP dan surat pengesahan bekerja untuk rujukan pihak <Nama Bank>.

Sehubungan itu, saya memohon kerjasama dan kelulusan dari pihak <Nama Bank> atas perkara yang telah saya kemukakan.

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

…………………………

<Nama Peminjam>

<No.Kad Pengenalan>

<No.Telefon>

 

2. Pengurangan bayaran pinjaman sebab diberhentikan kerja

Di bawah merupakan contoh surat rayuan yang padat tetapi ringkas untuk anda yang kehilangan punca pendapatan.

<Alamat Peminjam>

<Tarikh>

<Nama Bank>

<Alamat Bank>

Tel: <No.Telefon>

Emel: <Alamat Emel>

Tuan/Puan

Per: PERMOHONAN PENGURANGAN BAYARAN PINJAMAN <NAMA BANK>

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Saya <Nama Peminjam> <No.Kad Pengenalan> ingin membuat rayuan atau memohon pengurangan bayaran pinjaman sebanyak <Jumlah Pinjaman> daripada <Nama Bank> kepada <Kadar Bayaran> setiap bulan. Ini adalah kerana saya telah diberhentikan kerja ekoran kekurangan bajet oleh syarikat untuk membayar kos pekerja.

3. Oleh yang demikian, saya berharap agar penangguhan atau pengurangan bayaran pinjaman dapat diberikan sehingga saya mendapat pekerjaan yang baru. Saya juga berjanji akan membayar semula pinjaman saya seperti yang telah dipersetujui apabila pendapatan saya sudah pulih.

4. Saya berharap agar pihak <Nama Bank> dapat mempertimbangkan permohonan pengurangan bayaran pinjaman saya kepada pihak <Nama Bank>. Di sini saya turut sertakan notis pemberhentian kerja oleh syarikat sebagai bukti untuk rujukan pihak <Nama Bank>.

Pertimbangan dan perhatian pihak <Nama Bank> berkenaan permohonan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

………………………….

<Nama Peminjam>

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda yang inginkan contoh surat rayuan pengurangan bayaran pinjaman bank untuk memudahkan urusan anda. Contoh surat yang kami tunjukkan ini adalah secara umum.

Anda boleh ubah isi kandungan di dalam contoh surat ini mengikut keperluan anda sendiri. Walaupun pinjaman mungkin dapat ditangguh atau dikurangkan. Tetapi, jangan pula lupa yang hutang itu tetap hutang.

Hutang wajib dilangsaikan.

Sedikit tips untuk anda. Kalau anda ingin jimat duit, anda boleh cuba kurangkan perbelanjaan harian dengan tidak membeli barang yang anda tidak perlukan. Jangan ikut sangat nafsu itu.

Jadilah orang yang bijak berbelanja.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment