Cara Pasang MYTV (Guna Dekoder MYTV, Bukan Astro NJOI)

Anda pasti tidak pernah dengar tentang MYTV, bukan? MYTV merupakan siaran tv digital yang ditawarkan secara percuma di Malaysia. Kalau dah tahu sekarang percuma, pasti anda mahu tahu panduan nak install, bukan?Jadi, izinkan kami kongsikan cara pasang MYTV secara mudah dan ringkas.

Sebelum pasang, beli dekoder MYTV

Anda perlukan beberapa peralatan elektrik bagi melengkapkan cara pasang MYTV. Panduan ini juga bukan untuk piring Astro atau NJOI.

  • Sebuah dekoder MYTV yang original
  • Aeriel UHF
  • Kabel Audio/Video (AV) (merah, kuning, putih)
  • Kabel HDMI
  • Remote Control bersama bateri

Kabel AV & Kabel HDMI akan disertakan dalam set dekoder MYTV advanced untuk melancarkan cara pemasangan MYTV.

Aeriel UHF boleh didapati dari kedai elektrik.

Aeriel UHF terdiri daripada dua jenis iaitu aeriel dalaman (diletakkan dalam rumah) dan aeriel luaran (diletakkan di luar rumah).

Sekiranya anda tinggal di condominium, anda boleh menggunakan sistem aeriel pusat yang berfungsi digital bagi memudahkan cara pasang MYTV.

Oleh itu, pihak pengurusan pangsapuri perlu memastikan sistem aeriel pusat berfungsi dengan baik .

Tapi sekiranya anda tinggal di rumah biasa, anda boleh menggunakan sistem aeriel luaran atau dalaman bergantung kepada jarak transmisi pemancar dari rumah anda.

Jika masih belum ada decoder, boleh buat permohonan MYTV atau pembelian terlebih dahulu.

Cara pasang MYTV

Berikut merupakan panduan pasang MYTV.

  1. Setelah aeriel dipasangkan, pastikan kabel dipasangkan pada input aeriel pada dekoder MYTV anda.
  2. Kemudian, lihat pada belakang TV dan dekoder anda.
  3. Cari output dan input (warna merah, putih, kuning)/(audio, visual) pada dekoder dan TV anda.
  4. Pasangkan kabel AV (merah, putih, kuning) mengikut warna disambungkan pada output dekoder agar proses panduan MYTV berjalan lancar.
  5. Pasangkan kabel AV (merah, putih, kuning) yang sama disambugkan mengikut warna pada input TV anda.
  6. Sekiranya anda menggunakan kabel HDMI, anda perlu sambungkan pada output dekoder HDMI agar tidak berlaku kesalahan semasa proses panduan pasang MYTV sedang berlaku.
  7. Anda perlukan menggunakan kabel HDMI yang sama dan sambungkan pada input TV anda.
  8. Kemudian, tekan butang Menu pada remote control anda.
  9. Tekan Channel Search seperti ikon kanta pembesar.
  10. Pilih Auto Scan bagi melengkapkan proses pasang MYTV.
  11. Semua siaran tv secara automatik akan diimbas.
  12. Imbasan tamat apabila anda mendapat siaran.
  13. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1300-80-6988 sekiranya masih runsing dengan cara pasang MYTV.
  14. Selesai.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara pasang MYTV telah memudahkan lagi urusan anda.

Sila baca artikel ini tentang cara keluarkan duit dari KWSP akaun satu.

Anda juga boleh baca tentang permohonan i-Sinar tanpa syarat.

Sekiranya anda pengguna Bank Rakyat, jemput baca artikel ini tentang instant transfer (DuitNow).

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment