Cara Delete Akaun Instagram (Tutup, Padam & Deactivate)

“Nak detox daripada akaun Instagram (IG), tapi macam mana ya? Boleh ke nak disable akaun untuk sementara waktu je, atau akaun akan hilang permanently? Kalau aku disable akaun sekejap, followers akan hilang ke tak? Atau, kalau aku disable akaun aku berapa lama akaun itu boleh bertahan? Paling penting, macam mana cara delete akaun Instagram yang mudah?

Izinkan kami berkongsi.

Kenapa mahu tutup akaun Instagram?

Tak perlu lah pening-pening fikir masalah nak detox daripada akaun IG. Entri kali ini bertujuan untuk menjawab semua persoalan yang bermain difikiran anda dan dengan feature disable akaun sementara yang ditawarkan oleh pihak IG ini boleh lah anda berehat sebentar dari alam maya.

Kehidupan selepas padam akaun Instagram

Gunakan masa dan peluang keemasan ini untuk ME time, bonding time dan quality time bersama keluarga, anak-anak dan orang tersayang.

Atau mungkin juga anda ingin memulakan sesuatu perniagaan atau projek baru tapi akaun Instagram anda belum lengkap untuk dipamerkan.

Oleh itu, melalui feature disable akaun sementara ini, boleh lah membantu anda membuat persiapan yang sepatutnya terlebih dahulu.

1. Baca Ini Sebelum Deactivate Instagram

  1. Apabila anda disable akaun IG anda: profil, komen, gambar dan likes akan disembunyikan sehinggalah anda re-activate akaun anda semula;
  2. Jika anda ingin disable akaun anda buat pertama kali, IG akan membiarkan akaun anda bertahan sehingga lah anda re-activate semula akaun anda TETAPI jika anda kerap disable akaun anda, pihak IG akan beri masa dalam 30-90 hari untuk anda re-activate semula akaun anda. Kalau tidak, ucapkan lah selamat tinggal buat akaun tersebut;
  3. Jangan bimbang, anda tidak akan kehilangan followers kalau anda disable akaun IG anda untuk sementara waktu, malahan mereka tak tahu pun;
  4. Disable akaun sementara tidak akan menjejaskan username atau akaun IG anda sama sekali;
  5. Apabila anda dah readyuntuk re-activate semula IG anda, login seperti biasa dan akaun anda akan diaktifkan semula;
  6. TETAPI, kalau anda Deactivate/ Delete akaun IG anda, anda TAK BOLEH mendapatkan akaun yang sama semula, dan anda juga tidak dibenarkan untuk menggunakan username atau akaun yang sama.

2. Cara Delete Akaun Instagram Sementara (Temporary) 

  1. Log-in ke akaun Instagram anda menggunakan browser di instagram.com, aplikasi IG di dalam telefon pintar anda tidak boleh digunapakai untuk tujuan ini;
  2. Klik pada “Edit Profile”;
  3. Kemudian, klik Temporarily Disable My Account dan kemudiannya anda perlu menjawab soalan mengapa anda ingin disable akaun IG anda;
  4. Pilih jawapan melalui drop-down menu yang disediakan dan akhir sekali tekan butang Temporarily Disable My Account dan puffff anda kini bebas daripada akaun IG anda;
  5. Nanti bila dah ready, login seperti biasa.

 

3. Cara Nak Delete Akaun Instagram Secara Kekal (Permanent)

Manakala, jika anda ingin deactivate/ delete terus akaun IG anda berikut adalah cara-caranya:

  1. Gunakan browser anda dan layari portal Delete Your Account Page, masukkan username dan password anda;
  2. Kemudian anda dikehendaki menjawab soalan mengapa anda ingin delete akaun anda dengan memilih pilhan jawapan yang disediakan di drop-down menu seperti di bawah;
  3. Pihak IG akan cuba memberi solusi kepada reasonyang anda utarakan, akan tetapi jika anda telah membuat keputusan anda teruskan proses ini dengan menekan butang Permanently delete my account;

 

Akhir kalam

Semoga entri tentang cara delete akakun Instagram ini dapat menjawab segala persoalan yang bermain difikiran anda tentang isu ini dan semoga ianya dapat menjadi salah satu solusi kepada permasalahan yang anda alami.

Semoga bermanfaat.

22 thoughts on “Cara Delete Akaun Instagram (Tutup, Padam & Deactivate)”

    • awak boleh reset dekat instagram, dekat settings. ade dekat situ awak cari tentang password tu. Dia akan suruh awak tulis password yg awak lupa tu jadi awak tekan yg dia ckp terlupa password? tekan pastu diorang akan send kt awak email,tekan email tu,ada button dlm kotak biru, tekan tu pastu awak buat lah password baru.. pastu bukak balik benda ni yg
      “Delete Your Account Page ” tu.

      Reply
  1. Kalau ade 4 sccount ,nk buang 2 account permanently tu sbb useless tpi,,mse sign tu dia tk suruh pown letak password maybe sbb saya sign up pki fcebook,so mcm mane ni?sye takut terbuang ke empat ii

    Reply
  2. Hi. Saya buat diseable instgram tapi bila nak activekan tak boleh dia mintak code melalui sms. Tapi saya tak dapat sms walaupun no saya yang belakang tu betul. Macam mana ye?

    Reply
  3. Nak dapatkan balik account sebab ada orang guna email saya untuk buat accaunt baru , lepastu account saya guna email orang lain , so macammana ni

    Reply
  4. Macam mana nak delete acc yg ada dua acc ig kat handphone? Dah delete tapi masih appear kat ig. Nak tinggalkan 1 acc je.

    Reply
  5. please help me ! saya merayu sgt ni 😢 macam mana nak delete acc lama yang saya pernah sign in dulu? tapi masalah sekarang saya lupa password.. dulu log in guna facebook mak, pastu email pun guna email lama yg dah takguna sekarang.. tolong please 🙏🏻 saya dah usaha nak log in dekat 6years ..hm ig lama bnyak aib sendiri yg tersebar bila org tahu ig lama saya..saya sedih sbb takboleh delete sampai sekarang ..anyone yg tahu mcm mana nak delete tolong reply comment saya ni ya ‘(

    Reply
  6. Bole tak. padamkan ig lama saya saya ada bagi link.. Ekaun tu dh tak pakai pun.. Lupa pasword dan dh lama terpengkalai. Tolong.. Terima kasih!

    Reply
  7. Saya nk tanya mcm mna ia sya nk delete fesbook lama sya skrang ni fesbook sya dh kena curi dengan orang tpi orang tu sya tk kenal mcm mna cara nya boleh saya thu cara2 nk delete nya

    Reply

Leave a Comment