Cara Kemaskini GKP 2021 (Update No Akaun Bank Yang Aktif)

Bagi anda yang baru pertama kali daftar GKP 4.0 secara online, anda tidak perlu kemaskini apa-apa. Belum pernah apply, buat apa nak kemaskini bukan? Jadi, proses kemaskini GKP ini hanya terpakai untuk pemohon GKP 3.0 dan GKP PEMERKASA+  yang mendapat status Gagal Kredit.

Izinkan kami berkongsi.

1. Kenapa perlu kemaskini GKP 3.0 dan GKP PEMERKASA+ ?

Seperti yang dimaklumkan, ada kemungkinan besar anda tidak menerima duit GKP kerana mendapat status Gagal Kredit. Jadi, duit tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

Kalau anda masih lagi mahukan duit bantuan, anda perlu melakukan proses kemaskini nama bank dan nombor akaun dalam sistem Geran Khas Prihatin.

 

2. Bila boleh mula kemaskini GKP?

Anda boleh mula mengemaskini maklumat di dalam sistem GKP pada tarikh berikut:

  • Tarikh mula kemaskini: 15 Julai 2021
  • Tarikh tutup kemaskini: 31 Julai 2021

 

3. Cara kemaskini GKP (Nama Bank & Nombor Akaun Bank)

PENTING:

Sila pastikan bahawa Akaun Bank anda adalah:

  • Akaun Peribadi
    • Atas nama pemohon GKP itu sendiri
    • Bukan akaun bank suami / isteri / anak / adik / kakak / ibu / bapa / saudara
    • Bukan akaun bank perniagaan
  • Masih lagi aktif
    • Masih boleh keluarkan duit lagi melalui ATM
    • Berdaftar menggunakan nombor Kad Pengenalan
  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Jangan salah taip GPK 4.0 pula; atau masuk https://gpk.hasil.gov.my
  3. Portal GPK 4.0 tidak wujud, yang ada hanya GKP 4.0 sahaja
  4. Sila login GKP 4.0 dengan klik pautan Log Masuk
  5. Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor MyKad anda
  6. Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
  7. Jangan masukkan sempang (-)
  8. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 880101-01-5465, masukkan 880101015465
  9. Tekan butang Semak
  10. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  11. Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini “Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.”
  12. Masukkan semula dan tekan butang Semak
  13. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem GPK 4.0

Memandangkan belum ada yang berkongsi screenshot dengan kami, kami masih lagi tidak dapat langkah-langkah yang jelas dan tepat untuk kemaskini.

Walau bagaimanapun, kami menjangkakan bahawa aturannya adalah seperti di bawah:

  1. Lihat di bahagian Maklumat Pemohon
  2. Tekan butang Kemaskini
  3. Pilih nama bank yang masih lagi aktif
    • Pastikan atas nama sendiri
  4. Masukkan nombor akaun bank yang masih aktif
    • Sila double-check supaya tidak berlaku kesilapan lagi
  5. Tekan butang Simpan
  6. Selesai

 

3. Ada masalah untuk kemas kini GKP?

Ada beberapa cara untuk hubungi pihak LHDN:

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara kemaskini akaun bank GKP secara online ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

10 thoughts on “Cara Kemaskini GKP 2021 (Update No Akaun Bank Yang Aktif)”

  1. Saya mahu update no acc katanya pergi ke maklumat pemohon kemudian tekan butang kemaskini tapi bila pergi ke maklumat pemohon tak ada butang kemaskini untuk tekan mcmana ya

    Reply

Leave a Comment