Cara Buat Google Form (Guna Template Borang Sedia Ada)

Pernahkah anda dengar tentang Google Form? Kalau pernah, tentu anda pernah mengisi borang pendaftaran dan survey menggunakan Google Form yang telah dibuat oleh orang lain. Kini, anda juga mahu cuba buat sendiri. Soalnya di sini, bagaimana cara buat Google Form?

Apa itu Google Form?

Apa itu Google Form? Untuk pengetahuan anda, Google Form ialah sebuah alat daripada Google yang membolehkan anda mengumpul maklumat daripada pengguna Google lain menggunakan kaji selidik ataupun kuiz. Mereka akan respon kepada kaji selidik/soal selidik/kuiz yang dijalankan oleh anda, dan maklumat respon mereka akan dikumpulkan dan akan disambungkan secara automatik ke sebuah spreadsheet yang mengandungi taburan data mereka.

Google Form ini merupakan perisian yang disertakan dalam pakej Google Drive yang dibekalkan oleh Google, disertakan sekali dengan Google Docs, Google Sheets dan Google Slides.

Google Form ini amat sinonim dengan kita. Pelajar dan guru di sekolah, mahasiswa dan pensyarah di universiti, serta pekerja di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Arus teknologi semakin berkembang pesat, dan dunia kini cuba untuk meminimumkan penggunaan kertas untuk menjimatkan kos serta menjaga alam sekitar, jadi alternatif seperti Google Form diaplikasikan untuk aktiviti harian seperti untuk menyiapkan tugasan atau projek, menjalankan kaji selidik, ataupun untuk membuat sebarang giveaways kepada peserta sesebuah pertandingan.

Dalam peringkat akademik, kadangkala guru-guru menggunakannya untuk pelbagai perkara seperti membuat poll atau undian untuk Majlis Hari Guru, ataupun kadangkala membuat undian populariti untuk mengisi sesebuah jawatan dalam organisasi sekolah. Hakikatnya, Google Form sangatlah penting.

Google Form boleh digunakan secara percuma sahaja. Bagaimana caranya untuk kita cipta Google Form kita sendiri? Di bawah akan diterangkan cara untuk anda create your own Google Form. Pertama sekali, anda perlu memastikan anda mempunyai akaun Gmail.

Cara buat Google Form

Perlu ada akaun Google dahulu

Mudah sahaja untuk tahu anda sudah ada akaun Google atau tidak. Cuma semak, anda ada akaun Gmail atau tidak?

Jika ada, itu tandanya akaun Google anda sudah tersedia. Jika mementingkan keselamatan dan mahu tukar password, boleh baca cara tukar password Gmail.

Selepas itu, boleh terus layari laman web https://www.google.com/forms/about/ .

Juga boleh terus taip Google Form di browser, dan pilih link home page yang teratas.

 

Pilih Google Form Personal atau Business

Anda akan dibawa ke laman seterusnya, Terdapat dua pilihan, sama ada Google Form untuk peribadi (Personal).

Juga ada Google Form untuk tujuan bisnes (Business).

Pilih sahaja Personal.

Tekan butang Go To Google Forms di bawah pilihan Personal.

 

Pilih template Google Form

Pada laman seterusnya, anda akan dapat melihat pelbagai template untuk Google Form anda, seperti template untuk maklumat nombor telefon (Contact Information), undangan ke parti (Party Invite), pendaftaran untuk sesebuah majlis (Event Registration), dan sebagainya untuk anda pilih.

Yang paling popular dan selalu digunakan oleh orang ramai ialah buat Google Form untuk pendaftaran.

Template ini telah disediakan kategori untuk diisi, seperti nama responden, emel responden, alamat responden serta soalan-soalan untuk responden.

Template form ini juga mengandungi background yang berlainan warna, mengikut kategori form.

 

Edit template borang

Dalam sesebuah template, telah disediakan contoh-contoh soalan dan pernyataan yang ada boleh gunakan untuk form anda yang ingin dihantar kepada orang yang anda inginkan. Anda boleh memilih untuk menggunakan soalan-soalan ini, ataupun anda boleh mengubah soalan ini mengikut cita rasa anda.

Misalnya, anda memilih template untuk Contact Information. Tetapi, anda ingin mengubahnya sedikit.

Anda boleh melakukannya pada tajuk form, deskripsi form dan juga maklumat dalam form. Klik sahaja mana-mana yang anda ingin tukar, kemudian tulis semula mengikut cita rasa anda.

Untuk bahagian maklumat form, anda boleh tulis semula apa yang anda mahu.

 

Pilih soalan untuk responden

Jika Google Form ini digunakan untuk mendapatkan maklumat dari responden seperti survey, anda boleh sunting dengan mudah.

Untuk bahagian responden, anda boleh meletakkan pelbagai jenis cara untuk responden menjawab soalan/kenyataan anda.

Pilihan yang ada ialah:

    • Short answer
    • Paragraph
    • Multiple choice
    • Checkboxes
    • Drop-down
    • File upload
    • Linear scale
    • Multiple choice grid
    • Tick box grid
    • Date
    • Time

 

Short answer & paragraph : Apabila anda memilih salah satu daripada ini untuk option jawapan kepada responden, maka akan tertera garisan pendek atau panjang untuk responden mengisi jawapan.

 

Multiple choice: Anda mampu meletakkan seberapa banyak option untuk pilihan jawapan responden

 

Checkboxes: Sama seperti Mutiple Choice, tetapi jawapan disertakan dengan bentuk kotak untuk ditandakan dalam Google Form

 

Drop-down: Sama seperti fungsi drop-down biasa, untuk responden memilih jawapan

 

File upload: File yang dimuatnaik oleh responden akan dihantar ke Google Drive milik anda. Responden perlu sign-in ke Google untuk menjawab soalan yang memerlukan file upload ini. Anda boleh menentukan saiz file yang boleh dimuatnaik oleh responden, serta jumlah file yang dibenarkan untuk seorang responden.

 

Linear scale: Biasanya digunakan untuk menentukan rating bagi sesuatu kenyataan atau pertanyaan.

 

Multiple choice & Tick box grid: Fungsi sama seperti yang biasa, cuma susunan jawapan berbentuk grid dalam Google Form

 

Date: Responden perlu menjawab dengan memilih tarikh yang tertera pada kalendar yang di-generate secara automatik.

 

Upload gambar dalam borang

Anda boleh melakukan pelbagai lagi perkara lain, seperti menambah soalan, memuat naik gambar atau video, atau menambah lagi tajuk dan deskripsi.

Untuk memuat naik gambar,

    • Terdapat mini-menu di bahagian kanan form. Cari ikon Add Image.
    • Anda mampu memuat naik gambar dengan pelbagai cara, seperti upload gambar di dalam komputer atau telefon pintar anda, mengambil snapshot menggunakan webcam atau kamera telefon anda, meletakkan URL untuk gambar tersebut, gambar daripada Google Drive anda ataupun search sendiri menggunakan browser.
    • Fungsi ini adalah sama sekiranya anda ingin memuat naik video.

 

Buat template Google Form sendiri

Anda juga boleh memilih untuk cipta Google Form anda sendiri tanpa template dengan menekan butang Blank.

 

Dapatkan link Google Form

Selepas anda siap memasukkan maklumat pada Google Form, anda boleh menghantar Google Form Anda boleh menghantar menggunakan tiga cara.

Pertama, dengan emel kepada satu-satu emel pada satu-satu masa.

Kedua, dengan mendapakan link URL untuk Google Form ini dan anda boleh hantar link ini ke mana-mana platform. Ketiga, dengan Embed HTML.

 

Akhir kalam

Kami yakin, anda sudah baca cara buat Google Form seperti di atas, dan kini anda berjaya menghasilkan Google Form sendiri.

Yang paling penting, anda berjaya create link dan share pada orang lain.

Anda mampu untuk melihat kembali form anda dan semua respon yang datang daripada responden dengan menekan semula link form anda dan pergi ke tab Responses.

Dari situ, bermacam-macam yang anda boleh buat dengan taburan data yang anda ada, sama ada untuk bentangkannya untuk hasil projek atau lain-lain.

Bagi anda yang belum mencuba, selamat mencuba.

Semoga bermanfaat.

12 thoughts on “Cara Buat Google Form (Guna Template Borang Sedia Ada)”

  1. Salam, Cik Rohani
    Boleh saya bertanya?
    Kenapa Google forms yang saya buat boleh diedit oleh orang lain?
    Macamana kita nak buat google form hanya untuk saya yang edit.
    Contoh google forms kehadiran kelas yang saya buat, boleh di edit oleh pelajar

    Reply
    • Pada pendapat saya, mungkin Puan tersalah share link Google Form tersebut. Bila Puan sudah selesai buat Google Form tersebut, klik butang Send di bahagian atas kanan.

      Selepas itu, pilih gambar ikon yang macam klip kertas.

      Copy link tersebut dan share dengan pelajar.

      Reply
  2. Kalau saya nak buat form untuk permohonan penambahan port ke TM mcm mana ya .. kalu dah sampai target mcm mana saya nak hantar pada TM

    Reply
  3. Assalamualaikum.
    Saya cuba buat qr code pass staf guna lebih dari 1 qr scanner (smartphone).

    Soalan; Mcmana nak buat supaya system boleh tau data dari scanner yg mana 1?

    Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment