Cara SOS Topup Celcom (Pinjam Kredit & Credit Advance Prepaid)

Jika anda seorang pengguna prepaid, dan sudah tidak ada kredit langsung, jangan panik. Selain pinjam kredit dari kawan atau keluarga, anda sebenarnya boleh gunakan cara SOS topup Celcom. Izinkan kami berkongsi seperti di bawah.

Sedikit mengenai SOS topup

SOS itu ialah satu kependekan yang merujuk kepada seseoran yang minta pertolongan.

Di Malaysia, terma SOS Top Up sebenarnya digunakan oleh Maxis Hotlink.

Namun, bagi kebanyakan pengguna lain seperti Celcom, Digi dan U Mobile, mereka tetap memanggilnya SOS Topup. Semua jenis top up kecemasan, mereka panggil SOS topup.

Walau bagaimanapun, terma yang digunakan Celcom ialah Credit Advance. Lebih kurang sama dengan terma yang digunakan Digi, iaitu Talktime Advance.

Tiada kredit

Pernahkah anda menghadapi situasi kekurangan atau lebih teruk lagi, langsung tiada kredit dalam telefon?

Kita sering hubungi orang ataupun menghantar SMS menggunakan kredit yang datang daripada kad SIM yang kita langgan, seperti Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya.

Tambahan pula, pada zaman sekarang, kredit menjadi sangat penting, terutamanya untuk melayari internet, sama ada untuk membuka browser, ataupun membuka media sosial seperti Whatsapp, Instagram dan Facebook.

Pinjam kredit semasa kecemasan

Kita seringkali hadapi situasi kekurangan kredit ni pada saat yang kita betul-betul perlukan kredit. Tetapi, apa yang anda perlu lakukan apabila anda kekurangan kredit? Lazimnya, apabila kurang kredit, anda sudah pasti perlu tambah nilai kredit anda.

Tetapi, mungkin ada situasi yang buatkan anda tidak mampu untuk pergi menambah nilai di mana-mana kedai.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan SOS Top Up Maxis, ataupun tambah nilai kecemasan yang disediakan dalam pakej nombor telefon anda.

Fungsi SOS Top Up

Sos Top Up yang juga perkhidmatan meminjam kredit daripada pengedar jenama kad SIM anda sendiri. Apabila anda menambah nilai sendiri kredit anda selepas itu, terdapat nilai yang akan ditarik pula daripada kredit anda untuk dibayar semula kepada pemberi SOS Top Up anda.

Anda kemudiannya boleh menggunakan khidmat SOS Top Up ini sekali lagi.

Jadi, bagaimana caranya?

Kita akan melihat cara untuk SOS Top Up seperti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang popular di Malaysia kini.

Kali ini, kami kongsikan dahulu cara pinjam kredit Digi.

Syarat dan kelayakan topup Celcom

Beberapa syarat yang anda perlu anda tahu dan penuhi sebelum meminjam kredit Celcom, iaitu:

  • Anda adalah pelanggan Celcom yang aktif.
  • Anda telah membayar pinjaman kredit SOS Top Up yang terdahulu (jika ada).
  • Kredit semasa anda adalah RM0.50 ke bawah.
  • Anda bukan pengguna Celcom FIRST Prabayar, Celcom IOX Disposable dan Celcom Traveler SIM.

 

Cara SOS topup Celcom (guna SMS)

Ada dua acara untuk meminjam kredit Celcom, iaitu menggunakan SMS, ataupun dengan gunakan Celcom Life. Di bawah ini adalah penerangan untuk SOS topup Celcom guna SMS.

  1. Compose satu SMS.
  2. Taipkan samada ADV2, ADV5 atau ADV10.
    • SMS ADV2 dan hantar ke 22262 untuk Credit Advance (SOS Top Up) sebanyak RM2
    • SMS ADV5 dan hantar ke 22262 untuk Credit Advance (SOS Top Up) sebanyak RM5
    • SMS ADV10 dan hantar ke 22262 untuk Credit Advance (SOS Top Up) sebanyak RM10
  3. Hantar SMS tersebut
  4. Tunggu beberapa ketika untuk menerima pengesahan topup
  5. SIla lihat semula baki kredit anda
  6. Proses SOS topup Celcom anda kini berjaya

 

Cara SOS topup Celcom (melalui app Celcom Life)

Bagi yang mempunyai smartphone, di bawah ini adalah penerangan untuk SOS topup Celcom melalui app Celcom Life.

  1. Muat turun dahulu aplikasi Celcom Life di App Store untuk pengguna iOS; atau di Google Play Store untuk pengguna Android.
  2. Install terlebih dahulu sehingga selesai
  3. Buka aplikasi Celcom Life.
  4. Pilih My Services.
  5. Kemudian, pilih Credit Advance.
  6. Masukkan jumlah kredit yang anda ingin pinjam.
  7. Tempoh untuk kredit yang anda pinjam tersebut aktif adalah bergantung kepada nilai yang dipinjam. Misalnya, 10 hari aktif untuk pinjaman sebanyak RM10.
  8. Terdapat juga caj untuk setiap pinjaman:
    • RM2 – Caj sebanyak RM0.50
    • RM5 – Caj sebanyak RM0.50
    • RM10 – Caj sebanyak RM1

Akhir kalam

Ternyata, setiap syarikat ini memang menawarkan cara yang mudah untuk meminjam kredit atau gunakan SOS Top Up. Gunakanlah servis ini sebaik mungkin di saat anda betul-betul memerlukannya.

Andai sudah dapat pinjam kredit, jemput juga baca cara lajukan Internet dan buat speedtest.

Semoga bermanfaat.

29 thoughts on “Cara SOS Topup Celcom (Pinjam Kredit & Credit Advance Prepaid)”

Leave a Comment