Cara Langgan Internet Tune Talk (Bagi New User & Existing)

Adakah anda pengguna Tune Talk yang masih belum mahir atau keliru dengan cara langgan internet Tune Talk? Jadi, izinkan kami kongsikan panduan yang ringkas bagi memudahkan pemahaman anda.

Persediaan

Tune Talk menawarkan lima jenis internet plan seperti berikut:

  • 300MB Daily Plan RM1 (harian, 300M)
  • 2GB Weekly Plan RM10 (mingguan, 2GW)
  • 4GB Monthly Plan RM28 (bulanan, 4G)
  •  8GB Monthly Plan RM48 (bulanan, 8G)
  • 120 GB Yearly Plan RM200 (tahunan, 120G)

Anda boleh baca artikel ini  untuk mengetahui cara sos topup Tune Talk.

Anda juga boleh baca cara share kredit Tune Talk sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan share kredit.

1. Cara langgan Internet Tune Talk melalui SMS

Selain cara langgan internet melalui USSD, anda juga boleh menggunakan cara langganan melalui SMS seperti panduan di bawah.

  1. Buka aplikasi Messages pada telefon anda.
  2. Kemudian, klik New Message (mesej baru).
  3. Taip kod pada ruang mesej baru dan hantarkan ke 2222.
  4. Caranya seperti berikut:
    • Contohnya sekiranya anda pilih internet plan mingguan (2GB, RM10), kod anda adalah 2GW.
    • Jadi, taip 2GW pada ruang mesei baru dan hantarkan ke 2222.
    • Caranya sama bagi semua internet plan yang ditawarkan oleh Tune Talk.
    • Anda boleh rujuk kod mesej untuk setiap internet plan pada bahagian persediaan artikel ini.
    • Anda akan terima satu pengesahan SMS bahawa transaksi anda telah berjaya.
  5. Selesai.

 

2. Cara langgan Internet TuneTalk guna app

Berikut merupakan cara langgan internet melalui aplikasi Tune Talk. Caranya seperti di bawah. Pastikan anda telah muat turun aplikasi ini sebelum menggunakan cara ini.

  1. Buka aplikasi anda.
  2. Pastikan kredit anda cukup dan telah ditambah nilai (topup).
  3. Kemudian, klik butang merah Subscribe Now yang berada di bawah aplikasi pada bahagian My Account.
  4. Anda akan diberi pilihan daripada lima internet plan yang ditawarkan oleh Tune Talk.
  5. Pilih dan klik data plan yang diingini.
  6. Kemudian, klik Pay with Credit.
  7. Klik Confirm.
  8. Satu pop-up akan mengatakan yang Your subscription request has been sent and will be activated within 3 minutes.
  9. Klik butang merah OKAY.
  10. Selesai.

 

3. Subscribe Internet TuneTalk (Dail *111#)

Berikut panduan langgan internet Tune Talk. Anda boleh menggunakan tiga cara seperti di bawah.

#1 Melalui USSD

Anda boleh langgan internet Tune Talk melalui USSD seperti cara di bawah.

  1. Dial *111#.
  2. Klik 3, Data Plan.
  3. Klik Send.
  4. Kemudian, pilih
    • 1, Daily
    • 2, Weekly
    • 3, Monthly
    • 4, Yearly
  5. Sekiranya anda pilih 3, Monthly.
  6. Klik Send.
  7. Pilih Monthly data plans yang anda ingin gunakan.
  8. Kemudian, klik Send.
  9. Klik 1, Confirm.
  10. Klik Send.
  11. Anda akan terima satu pop-up yang mengatakan Thank you for subscribing data plan. You will receive a SMS notification after a request is processed. 
  12. Klik OK.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara langgan internet Tune Talk telah memudahkan lagi urusan anda.

Bagi pengguna UMobile/Celcom/Digi/Maxis, jemput baca artikel ini tentang cara lajukan internet di telefon.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment