Selawat Nabi (Bacaan Yang Betul Berserta Makna, Juga Ada Dalam Rumi)

Berikut kami kongiskan bacaan selawat Nabi yang betul, berserta dengan makna.

1. Bacaan selawat Nabi

Selawat ini juga selalu dibacakan ketika marhaban atau baraan, iaitu aktiviti kunjung mengunjung semasa Hari Raya Aidilfitri.

Kebanyakan kampung-kampung tradisi dan juga Felda-felda masih lagi mengamalkan selawat ini.

2. Bacaan selawat Nabi dalam rumi

Seelok-eloknya, bacalah selawat ini dalam Bahasa Arab. Ini kerana bimbang sebutannya dalam Bahasa Melayu tidak sama seperti bacaan dalam Bahasa Arab. Jika tersalah baca mahupun tersalah baris, takut lari maksudnya.

Namun, jika anda tidak mahir, berikut kami kongsikan bacaan selawat Nabi dalam rumi;

Ya Nabi, Salam Alaika, Ya Rasul Salam Alaika

Ya Habib Salam Alaika, Solawatullah Alaika

Asyroqal Badru Alaina, Fahtafat Minhul Buduru

Mithlahusnika Ma Roaina, Qottu Ya Wajhassururi

Anta Syamsun Anta Badrun, Anta Nurin Fauqo Nurin,

Anta Iksiruw Wa Gholi, Anta Misbahus Suduri

Ya Habibi Ya Muhammad, Ya ‘Arusal Khofiqaini,

Ya Mu Ayyadu Ya Mumajjad, Ya Imamal Qiblataini

‘Alimusiri Wa Akhfa, Mustajibud Da’awati

Robbi Irhamna Jami’a, Bi Jami’is Solihati

Wa Solatullahu ‘Ala Ahmad, ‘Adda Tahriris Suturi

Ahmadul Hadi Muhammad, Sohibul Wajhilmuniri

 

3. Maksud selawat Nabi

Berikut pula ialah makna selawat Nabi seperti yang dikongsikan di atas:

Wahai Nabi, semoga sejahtera engkau.
Wahai Rasul, semoga sejahtera engkau.

Wahai Kekasih, semoga sejahtera engkau.
Semoga engkau dirahmati Allah.

Telah terbitlah bulan purnama ke atas kami.
Maka samarlah bintang-bintang kerananya.

Kami tidak pernah melihat orang secantik engkau.
Wahai wajah yang berseri-seri.

Engkaulah matahari, engkaulah bulan.
Engkaulah cahaya di atas cahaya.

Engkau logam yang menjadi emas.
Engkaulah pelita hati.

Wahai Kekasihku, wahai Muhammad.
Wahai pengantin dua makhluk.

Wahai orang yang dikuatkan, wahai orang yang dimuliakan.
Wahai Imam dua Kiblat.

Tuhan yang mengetahui semua rahsia dan yang tersembunyi.
Yang memperkenankan segala permintaan.

Wahai Tuhan, rahmatilah kami semua.
Dengan seluruh kebaikan.

Semoga rahmat Allah tetap ke atas Muhammad.
Sebanyak baris-baris tulisan ini.

Saya terpuji pembawa petunjuk Muhammad.
Yang mempunyai wajah yang terang-benderang

 

Sumber: TAHLIL ARWAH, UNISZA (Yang diambil dari Surah Yasin dan Amalan Harian)

Leave a Comment