Semak Mule PDRM (Check Scammer di CCID Portal)

Tahu tak, anda boleh check samada penjual online yang anda sedang berurusan adalah scammer atau tidak? Terima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia yang mewujudkan Semak Mule PDRM. Kini, cara check scammer online menjadi lebih mudah.

Apa boleh buat dengan Semak Mule PDRM?

Untuk makluman, Commercial Crime Investigation Department (CCID) yang juga dipanggil Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) membangunkan sistem dan aplikasi ini untuk membolehkan orang ramai menyemak mana-mana akuan bank dan nombor telefon yang diragui.

Sekiranya individu tersebut mempunyai rekod jenayah, maklumat mengenai nombor akaun bank dan nombor telefon itu akan terpapar. Jadi, anda tidak perlu hentikan urusan dengan individu tersebut.

Cara guna Semak Mule PDRM

Ada beberapa cara untuk anda buat semakan nombor akaun bank dan nombor telefon yang dikehendaki:

#1 Melalui CCID portal ccid.rmp.gov.my

Ikut langkah di bawah untuk buat semakan penipuan yang ada dalam pangkalan data PDRM:

  1. Layari portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM di sini: https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  2. Pilih bahasa yang ditawarkan
  3. Kami sarankan anda pilih Bahasa Melayu
  4. Pilih Kategori samada:
    • Akaun Bank
    • Nombor Telefon
  5. Untuk check No Akaun Bank, masukkan nombor akaun bank yang anda ingin buat semakan penipuan online
  6. Untuk check Nombor Telefon, masukkan nombor telefon yang dikehendaki
  7. Masukkan Captcha seperti gambar di sebelah kiri
  8. Pastikan masukkan Captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  9. Klik Semak Maklumat
  10. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  11. Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
    Tiada Report Diperolehi
    Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada

 

#2 Menggunakan app Check Scammers CCID

Ikut langkah di bawah untuk menggunakan Semak Mule PDRM bagi membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun bank yang ada dalam pangkalan data PDRM.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Android sahaja. Tidak ada dalam App Store untuk pengguna iOS.

  1. Download dan install aplikasi Check Scammers CCID di Google Play Store di sini
  2. Selepas siap install, buka aplikasi Check Scammers CCID
  3. Anda akan dapat lihat antaramuka SemakMULE CCID
  4. Pilih kategori yang dikehendaki:
    • Akaun Bank Penipu
    • Nombor Telefon Penipu
  5. Masukkan nombor sahaja
  6. Pastikan nombor tersebut dirapatkan dan tidak perlu ada tanda sempang atau dash (-)
  7. Tekan butang Semak
  8. Hasil maklumat semakan akan dipaparkan
  9. Contoh maklumat adalah seperti berikut:
    • 1783 8701 2335
    • Ada 5 repot polis
    • Carian dibuat: 45 kali

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongisan Semak Mule PDRM ini dapat memudahkan lagi urusan anda.Sekiranya anda ingin menyemak saman, jemput baca cara check saman polis guna no plat yang boleh dilakukan secara online juga.

Dan yang terakhir, bagi sesiapa yang berminat untuk jadi anggota polis, boleh memohon melalui laman web rasmi ePengambilan PDRM.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Semak Mule PDRM (Check Scammer di CCID Portal)”

  1. 7037661779 cimb
    Mohd meor sobrie
    7601799150 cimb
    Wijaya bin sudin
    162179848855 mybank
    Agus pramata
    Ni no akaun tak ada dalam list,3 no akaun ni telah menipu duit,

    Reply
  2. Bolih tolong semak UBB Amanah Berhad adalah suatu syarikat hang bolih terima duit dari rakyat jelata sebagai pelaburan dalam pasaran want?

    Reply
  3. Bolih tolong semak UBB Amanah Berhad adalah suatu syarikat hang bolih terima duit dari rakyat jelata sebagai pelaburan dalam pasaran want?
    Dapat infor dari kawan, is bagi keuntungan hang terlampau tinggi.

    Reply
  4. 162861063145 MAYBANK
    SHARIN BIN ABDULLAH
    7066736013 CIMB
    UMIN BIN HAMID
    160139463714 MAYBANK
    JOJOBBIN JIWAL

    NI NOM ACC YANG BANYAK TIPU ORANG YANG MASIH BELUM BUAT REPORT!!

    Reply

Leave a Comment