Cara Reset Password BSN Online Banking (Terlupa Kata Laluan myBSN)


Bagi anda yang tak ingat dan terlupa kata laluan, izinkan kami berkongsi cara reset password BSN online banking.

Sebelum bermula, pastikan anda mempunyai perkara berikut:

  • Nombor Kad Debit/ Kredit
  • Pin nombor Kad Debit/ Kredit
  • Nombor telefon yang sudah didaftar dengan BSN untuk kegunaan OTP/TAC.

1. Cara reset password BSN online

  1. Sila layari laman web rasmi BSN di www.mybsn.com.my.
  2. Klik Log masuk.
  3. Sila masukkan Username, Kad Debit/ Kredit, CVV2 dan Expiry Date (bulan dan tahun) yang terdapat di belakang kad anda.
  4. Isikan New IC Number, Old IC, Passport Number atau Military No. anda dalam ruangan yang disediakan. Anda dikehendaki mengisi salah satu ruangan IC number untuk ke laman seterusnya.
  5. Klik Submit untuk ke halaman seterusnya.
  6. Anda akan diminta untuk membina kata laluan BSN Online yang baru.
  7. Sila semak maklumat anda seperti Username adalah betul.
  8. Kemudian, masukkan kata laluan yang baru (New Password).
  9. Di ruangan Confirm Password, ulangi password yang anda taip tadi.
  10. Klik Request OTP, dan masukkan OTP yang diterima secara mesej dari BSN ke nombor telefon yang telah didaftar dengan BSN.
  11. Tekan Submit
  12. Anda telah berjaya menukar kata laluan BSN online banking.

 

2. Ada masalah reset password BSN online?

Sekiranya anda masih lagi mempunyai masalah untuk login dan tidak boleh reset password myBSN, sila hubungi BSN Contact Centre di talian berikut:

  • 1300 88 1900

 

3. Selepas berjaya reset, login semula myBSN online

Berikut pula cara untuk login semula sekiranya anda telah berjaya reset semua kata laluan:

  1. Layari https://www.mybsn.com.my
  2. Untuk pelanggan yang sudah mencipta akaun keahlian seperti langkah di atas, anda hanya perlu masukkan username
  3. Tekan butang Login untuk log masuk ke akaun MyBSN anda.
  4. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda.
  5. Masukkan password akaun anda.
  6. Anda kini sudah berjaya login MyBSN online

Ada boleh teruskan membuat transaksi yang dikehendaki seperti transfer duit, bayar bil, beli topup guna BSN dan lain-lain lagi.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara reset password BSN online ini akan memudahkan lagi urusan perbankan atas talian anda.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Reset Password BSN Online Banking (Terlupa Kata Laluan myBSN)”

Leave a Comment