Doa Bangun Tidur (Dengan Maksud dan Bacaan Dalam Rumi)

Alangkah indahnya sekiranya kita sentiasa melazimi doa-doa harian dalam hidup kita. Kali ini, kami ingin kongsikan doa bangun tidur yang boleh diamalkan setiap hari.

Untuk maklumat tentang bacaan sebelum tidur malam, jemput baca doa sebelum tidur.

1. Doa bangun tidur

Secara ringkasnya, selepas bangun tidur, janganlah terus check telefon untuk melihat samada ada Whatsapp baru atau tidak.

Ucapkanlah dulu kesyukuran kepada Allah yang memberi nikmat satu hari lagi untuk meneruskan kehidupan.

Doa bangun tidur

2. Doa bangun tidur dalam rumi

Bagi yang tidak mahir dalam Bahasa Arab ataupun tulisan Jawi, berikut ialah bacaan doa bangkit dari tidur dalam rumi:

Alhamdulillahillazi Ahyana Ba'da Ma Amatana Wa Ilaihinnusyur

 

3. Maksud bacaan doa selepas bangun tidur

Berikut pula ialah makna bacaan doa selepas bangun dari tidur:

Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami (dengan bangun tidur) setelah mematikan kami (dengan tidur), dan hanya kepada-Nyalah kami akan dibangkitkan.

 

4. Aktiviti selepas bangkit dari tidur

Selepas membaca doa bangun tidur, bangkitlah menuju ke bilik air untuk membuat urusan-urusan lain seperti buang air, gosok gigi, cuci muka, mandi dan lain-lain.

Sekiranya bangun sebelum waktu Subuh, sesekali cubalah lazimi solat tahajud dan solat taubat.

 

5. Video bacaan doa kanak-kanak

Berikut ialah bacaan doa selepas bangkit dari tidur oleh Ana Muslim, yang lebih mudah difahami oleh orang dewasa dan kanak-kanak:

 

Akhir kalam

Akhir sekali, adalah penting bagi seseorang untuk mendapatkan tidur yang cukup dan bangun pada waktu yang tepat. Tubuh perlukan rehat yang secukupnya.

Tambahan lagi, tidur adalah sangat penting untuk tubuh kita supaya dapat mengembalikan tenaga, membantu kekal sihat dan meningkatkan mood kita. Penting juga untuk bangun pada waktu yang tepat, kerana bangun terlalu awal atau terlambat boleh membawa kesan negatif pada kesihatan anda.

Cuma satu perkara yang selalu orang terlupa ialah mengucapkan syukur pada Allah yang terus memberikan kita nikmat tidur dan menambah lagi satu hari untuk kita teruskan kehidupan.

Diharapkan agar perkongsian doa bangun tidur ini dapat mengingatkan kita pada kekuasaan dan kebesaran Allah. Pastikan anda ikut adab tidur setiap malam sebelum melabuhkan kepada ke bantan.

Semoga bermanfaat.

 

Sumber: Buku Doa Harian Zakat Selangor dan YouTube Ana Muslim

Leave a Comment