Cara Topup Guna BSN Online (Beli PIN melalui mybsn.com.my)

Bagi anda yang masih menggunakan prepaid dan malas mahu keluar beli topup, ada cara topup guna BSN secara online melalui mybsn.com.my.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara topup guna BSN online (Perlu ini nombor PIN)

Berikut ialah langkah untuk tambah nilai dengan cara PIN Based Reload:

  1. Sila layari laman web rasmi BSN di www.mybsn.com.my.
  2. Klik Login.
  3. Tentukan bahawa Username, Preferred Name dan Online Image adalah sama seperti yang dipilih semasa berdaftar dengan BSN.
  4. Isikan Password anda.
  5. Kemudian, klik Login.
  6. Di menu sebelah kiri anda, pilih Prepaid Reload.
  7. Drop down menu, klik Pin Based Reload.
  8. Isikan ruangan Prepaid Type, Service Provider, Value dan From Account.
  9. Dalam kategori Prepaid Type, anda akan diberi pilihan seperti berikut: IDD & STD Reload, Internet AccessTopup, Mobile Money Prepaid, Mobile Reload dan UAT dan VAT Internet.
  10. Pilih Mobile Reload.
  11. Sila klik Service Provider mengikut syarikat telekomunikasi anda sama ada Celcom, DiGiITELRedtoneMobile,  SalamfoneTunetalk,UMobile dan XOX.
  12. Di ruangan Value, pilih amaun yang anda mahu topup.
  13. Pilih akaun anda sendiri di From Account.
  14. Klik Submit.
  15. Sila semak maklumat yang terpapar di skrin dan klik REQUEST TAC.
  16. Nombor TAC akan dihantar ke telefon yang telah didaftarkan dengan BSN.
  17. Seterusnya, klik Submit.

 

2. Cara topup guna BSN online (Tak perlu nombor PIN)

Berikut ialah langkah untuk tambah nilai dengan cara Pinless Prepaid Reload:

  1. Sila layari laman web rasmi BSN di www.mybsn.com.my.
  2. Klik Login BSN Internet Banking.
  3. Pastikan Username, Preferred Name dan Online Image adalah sama seperti yang ditentukan semasa berdaftar dengan BSN.
  4. Isikan Password anda.
  5. Kemudian, klik Login.
  6. Di menu sebelah kiri anda, pilih Prepaid Reload.
  7. Klik Pinless Prepaid Reload.
  8. Anda dikehendaki mengisi ruangan yang disediakan iaitu Service Provider, Value,Recipient Mobile Number,dan From Account.
    • Di bawah kategori Service Provider , anda diberi pilihan untuk memilih mengikut syarikat telekomunikasi anda sama ada dari Celcom, DiGi, U-Mobile, XOX, Redtone Mobile, TuneTalk, Salamfone, ITEL, Maxis PINLESS dan HAPPY.
    • Di ruangan Value, pilih amaun yang anda mahu topup.
    • Sila pilih Recipient Mobile Number anda. Pilih New Mobile number jika telefon nombor anda belum didaftar dengan BSN.
  9. From Account, pilih akaun anda mengikut kesesuaian anda.
  10. Setelah selesai, klik Submit.
  11. Sila semak maklumat yang terpapar di skrin dan klik REQUEST TAC.
  12. Klik Submit.
  13. Top up anda telah berjaya. Anda boleh pilih sama ada untuk Print Receipt sebagai rujukan atau Purchase More Prepaid untuk transaksi yang seterusnya.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara topup guna BSN ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

22 thoughts on “Cara Topup Guna BSN Online (Beli PIN melalui mybsn.com.my)”

    • Assalammualaikum dan hi semua, sy pun mengalami masalah yg sama seperti awk2 semua.. tp ni baru sy baca caranp top up yg menggunakan kaedah pertama tu.. Alhamdulillah da berjaya… mmg agak susah untuk yg tak tahu cara penggunaan pin based reload ni.. awk semua kene log in account bsn semula, lps tu cari Account Overview, klik dkt no account dan selepas tu klik myBSN Transaction History, kalau baru2 lg top up boleh pilih last 30 days dkt “View Transaction For” dan ruangan yg bawah boleh pilih “successful” dan klik submit.. nanti akan keluar list transaksi sepanjang 30 hari, cari yg Prepaid reload dan tekan reprint.. selepas keluar receipt , yg ni kene Screenshots.. dkt receipt ada tulis Reload Pin Number.. no tu la no pin yg korang kene masukkn (mcm reload prepaid cth umobile *138* masukkn no pin# tekan call .. sy harap penjelasan sy dpt la membantu semua..

      Reply
  1. macam mana ni ? duit dah tolak dri bsn, tapi topup tak dpt. invalid mmi or invalid number🤦 ada cara tak nk dpt kan topup tu balik ?

    Reply
  2. Malam tadi (01/12/22) buat online top up untuk adik I.. Sampai sekarang tak berjaya top up and tak dapat no pin.. Tak faham la bcoz duit dah tolak dari account..

    Reply
  3. Saya da salah masukkak topup..no.hp celcom tp tertekan dg..jd duit da kna ptong..so mknanya krdit tu msk d no.hp org len yg sma no.dgn sy tp dia DG laa kn..mcm tu ke..xble la tu blik krdit tu kn..

    Reply

Leave a Comment