Cara Order Grab Car (Booking Untuk Diri Sendiri & Orang Lain)

Penggunaan e-hailing bukanlah sesuatu yang asing lagi di kalangan kita. Bukan sahaja di bandar, malahan di daerah terpencil juga ada yang menggunakan servis e-hailing ini. Rata-rata pengguna memilih untuk menggunakan e-hailing seperti Grab Car berbanding teksi oleh kerana harganya yang jauh lebih murah dan kenderaan yang dinaiki juga selesa. Di sini kami ingin kongsikan cara order Grab Car yang mudah difahami. Variasi pemilihan yang diberi juga menarik, penumpang boleh memilih jenis kenderaan yang bersesuaian dengan jumlah barang atau penumpang. Manakala, sekiranya anda berminat untuk menjadi Grab Driver, anda boleh klik pada pautan ini untuk cara mendaftar sebagai Grab Driver secara online.

Cara order Grab Car Malaysia

1. Daftar dan login akaun Grab

  1. Pelanggan harus memuat turun aplikasi Grab Car menggunakan telefon bimbit anda.
  2. Klik pada pautan iOS atau Android untuk memuat turun aplikasi ini.
  3. Daftar akaun Grab anda menggunakan akaun Facebook, Google atau nombor telefon anda.
  4. Setelah memilih akaun yang anda ingin daftarkan bagi penggunaan Grab, anda akan menerima satu SMS.
  5. SMS ini mengandungi One Time Password (OTP) yang perlu anda isikan di ruang tersedia aplikasi bagi tujuan pengesahan.
  6. Setelah OTP disahkan oleh sistem, akaun anda telah berjaya dicipta dan akan akan terus login ke dalam aplikasi ini.

 

2. Sebelum booking, tetapkan lokasi pick-up and drop-off

  1. Tetapan pick-up adalah secara automatik bergantung kepada lokasi keberadaan GPS anda melalui telefon pintar yang digunakan.
  2. Tanda bulat biru mewakili pick-up point anda yang bermaksud.
  3. Pick-up point bermaksud kawasan di mana anda berada untuk dijemput oleh pemandu.
  4. Tanda bulat merah pula mewakili drop-off point.
  5. Drop-off point bermaksud tempat tujuan destinasi anda.
  6. Jika anda ingin menetapkan alamat kawasan pick-up secara lebih tepat untuk order Grab Car, ada dua cara yang boleh anda gunakan.
    • Dengan menggerakkan tanda bulat merah di maps.
    • Mengisi alamat penuh dengan klik pada butang Pick Up Address.
  7. Anda mungkin akan terlihat titik-titik kecil berwarna hijau di maps anda.
  8. Titik-titik hijau tersebut adalah guide yang perlu anda ikuti untuk sampai ke kawasan pick-up dan drop-off dengan tepat.

 

3. Buat tempahan Grab Car dan buat bayaran

Setelah destinasi pemilihan ditetapkan, akan akan melihat list bagi tambang yang diikuti dengan jenis kereta pilihan anda. Harga yang disenaraikan tidak termasuk dengan harga tol. Bagi cara order Grab Car yang setersunya, sila ikuti langkah ini.

  1. Pilih jenis kenderaan yang disenaraikan bersama tambang mengikut preference anda.
  2. Klik pada butang Book untuk memesan Grabcar ke lokasi pick-up anda.
  3. Aplikasi ini akan mendapatkan pemandu Grab Car berhampiran anda agar waktu menunggu tidaklah terlalu lama.
  4. Butiran pemandu akan terlihat di skrin telefon pintar anda bagi tujuan keselamatan.
  5. Anda boleh melihat anggaran waktu sampai pemandu ke lokasi anda.
  6. Pergerakan kereta menuju ke lokasi pick-up juga boleh dilihat menerusi aplikasi ini.
  7. Anda juga boleh call atau chat pemandu anda dengan menekan butang yang mempunyai simbol telefon atau mesej di sebelah nama pemandu di paparan skrin anda.
  8. Bagi cara pembayaran pula, terdapat tiga method yang boleh dipilih.
    • Grabpay Credits: Memerlukan anda untuk topup di aplikasi (minimum RM50)
    • Credit/Debit card: Register maklumat kad anda di aplikasi Grab.
    • Cash: Bayar tambang ketika sampai di drop-off point.

4. Boleh order Grab Car untuk orang lain?

Jawapannya, boleh.

Cara order Grab untuk orang lain sama seperti booking untuk diri sendiri.

Situasi ini selalu berlaku apabila anda tidak naik Grab yang ditempah, sebaliknya orang lain yang akan menaiki Grab ke destinasi yang dipilih. Anda hanya menggunakan telefon bimbit anda.

 

5. Harga tambang untuk order Grab Car

  • Bagi harga tambang, caj yang dikenakan adalah tetap dan tiada proses tawar menawar boleh dilakukan.
  • Harga tambang akan berbeza mengikut waktu dan jarak.
  • Sekiranya anda menempah pada waktu peak-hour atau sekiranya tempat destinasi drop-off anda jauh, caj yang lebih tinggi akan dikenakan.
  • Jika terdapat tol di dalam perjalanan, caj tol perlu ditanggung anda.
  • Akan tetapi, anda tidak boleh memilih jalan selain yang ditetapkan hanya untuk mengelak tol.

 

6. Pembatalan / cancel order Grab Car

  • Pembatalan boleh dilakukan oleh pihak driver atau penumpang.
  • Driver dibenarkan untuk cancel order anda sekiranya anda lambat lebih lima minit untuk ke lokasi pick-up point.
  • Anda juga boleh membatalkan order. Akan tetapi, sekiranya pembatalan dibuat lebih 5 minit setelah tempahan dilakukan, caj pembatalan akan dikenakan.
  • Caj pembatalan berharrga di antara RM3-RM5.

 

7. Hubungi Grab Car

Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah, atau order Grab Car anda gagal, pihak Grab sedia membantu.

Klik pada pautan ini untuk mendapatkan bantuan secara call atau ikuti cara yang kami senaraikan.

  1. Buka aplikasi Grab anda.
  2. Pergi ke Account di skrin kanan anda pada bahagian bawah.
  3. Scroll sehingga anda menjumpai Help Centre dan klik butang tersebut.
  4. Di paparan akhir page, klik pada butang Call Us untuk hubungi pihak khidmat pelanggan.

 

Akhir kalam

Kami berharap agar perkongsian cara order Grab Car ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk tiba ke destinasi yang anda inginkan. Bagi yang cuma ada motosikal dan ingin tambah pendapatan secara sampingan, anda boleh daftar Grab Food rider.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Cara Order Grab Car (Booking Untuk Diri Sendiri & Orang Lain)”

  1. dari bandar batu pahat nak ke bp mall berapa tambang ? saya nak tengahari nie boleh ?? siapa boleh ambil saya

    Reply

Leave a Comment