Cara Semak Coverage Unifi (Check Dulu Sebelum Langgan)

Terdapat pelbagai pakej internet menarik yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia. Telekomunikasi Malaysia atau lebih dikenali dengan TM merupakan syarikat gergasi yang tak asing lagi dari pengetahuan umum dan Unifi merupakan anak syarikat bagi TM. Jadi, bagaimana kita nak tahu sama ada kawasan yang kita diami mempunyai coverage yang baik atau tidak? Macam mana nak check coverage Unifi? Di sini kami kongsikan cara semak coverage Unifi dengan mudah tanpa perlu mendaftar akaun online.

Sekiranya anda telah mendaftar dengan mana-mana servis telekomunikasi, anda juga boleh check kelajuan internet anda menggunakan pautan ini.

Cara semak coverage Unifi

1. Cek coverage Unifi di laman web rasmi

Bagi semakan yang tepat, kami sarankan anda untuk check coverage unifi di laman web rasmi Unifi sendiri.

  1. Pergi ke https://unifi.com.my/mobile/postpaid/coverage atau tekan di sini.
  2. Scroll sehingga anda nampak kotak yang bertulis Please enter address.
  3. Masukkan alamat anda.
  4. Kotak cadangan di bawah akan mengesyorkan kawasan yang paling tepat untuk dipilih.
  5. Klik pada kawasan yang dinyatakan di kotak cadangan.
  6. Di paparan sebelah kiri akan terlihat kotak bagi 3G dan 4G coverage.
  7. Klik pada jenis coverage yang anda ingin lihat.
  8. Sekiranya anda memilih 4G, kawasan yang diwarnakan biru di maps menandakan terdapatnya 4G coverage.
  9. Dan jika anda memilih 3G, kawasan yang diwarnakan merahdi maps menandakan terdapatnya 3G coverage.

2. Semak coverage Unifi guna aplikasi Open Signal

Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui coverage Unifi serta ingin membandingkan dengan coverage telco yang lain, anda boleh check dan bandingkan menggunakan aplikasi Open Signal.

  1. Muat turun aplikasi Open signal menggunakan pautan ini bagi iOS atau Android.
  2. Setelah muat turun, tekan pada butang berlogo Location.
  3. Butang ini terletak pada bahagian bawah dan berkedudukan di tengah.
  4. Di halaman locaion ini anda perlu memasukkan lokasi yang ingin anda semak dan juga memilih operator telekomunikasi yang anda inginkan.
  5. Masukkan alamat atau poskod di kotak Search location.
  6. Kemudian, pilih syarikat yang anda ingin semak di kotak Operator.
  7. Sekiranya imej maps diwarnakan dengan hijau, kawasan itu mempunyai coverage yang kuat.
  8. Mankala sekiranya berwarna merah, kawasan itu mempunyai coverge yang lemah.
  9. Klik pada butang Compare performance di bahagian bawah maps untuk membandingkan coverage dari operator yang lain.
  10. Operator selain Unifi yang tersenarai untuk membuat perbandingan adalah Celcom, Digi, Maxis dan Umobile.

 

3. Check coverage melalui emel

Bagi pelanggan yang berminat untuk berhubung melalui emel agar boleh dijadikan rujukan pada masa hadapan, anda boleh ikuti langkah ini untuk check coverage unifi di kawasan yang anda inginkan.

Sila ambil perhatian. Apa yang kami kongsikan di bawah ialah ejen, bukan dari TM.

  1. Pergi ke laman web https://www.unifi-tm.my/liputan-unifi/
  2. Untuk menyemak, anda perlu mengisikan beberapa butiran peribadi.
  3. Scroll ke bawah dan anda akan melihat kotak pengisian maklumat.
  4. Isikan nama, alamat emel, no telefon dan alamat yang anda ingin check coverage Unifi.
  5. Pastikan alamat emel dan juga no telefon adalah akftif agar pihak Unifi dapat menghubungi anda.
  6. Klik pada butang Semak Liputan.
  7. Nantikan emel maklumbalas daripada pihak mereka.

 

4. Daftar Unifi setelah check coverage

Setelah anda check coverage Unifi dan berminat untuk subscribe pelan yang ditawarkan, anda boleh mendaftar di:

  • Mana-mana agent yang berdaftar,
  • Kiosk Unifi berhampiran rumah anda.
  • Daftar secara online di laman rasmi Unifi di sini https://unifi.com.my/personal
  • Daftar dengan menghubungi khidmat pelanggan Unifi dengan dail 100.

 

Akhir kalam

Pihak kami berharap agar perkongsian cara semak coverage Unifi ini dapat membantu anda melayari internet dengan lebih efisien.

Andainya jadi subscribe Unifi, jemput baca panduan bayar Unifi guna Maybank2u. Sangat memudahkan urusan pembayaran secara online.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment