Cara Mohon GKP 3.0 (Permohonan Geran Khas Prihatin 2021)

Bagi mana-mana usahawan PKS / SME yang terlepas untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) tempohari, kini anda mempunyai peluang untuk mohon GKP 3.0. Ingat, jangan sampai terlepas lagi kali ini.

Untuk tahun 2021, sila buat permohonan GKP 4.0

Makluman:

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara mohon GKP 3.0 (Geran Khas Prihatin PEMERKASA)

Sila ambil perhatian. Untuk buat permohonan baru GKP 3.0, anda perlu buat pendaftaran untuk mohon melalui sistem online. Jika masih lagi belum buat, sila baca cara daftar GKP 3.0 terlebih dahulu.

Setelah selesai proses pendaftaran, ikuti cara untuk membuat permohonan GKP 3.0 seperti di bawah:

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP 3.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Jangan salah taip GPK 3.0 pula; atau masuk https://gpk.hasil.gov.my
  3. Portal GPK 3.0 tidak wujud, yang ada hanya GKP 3.0 sahaja
  4. Sila login GKP 3.0 dengan klik pautan Log Masuk
  5. Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor MyKad anda
  6. Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
  7. Jangan masukkan sempang (-)
  8. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 960101-01-5465, masukkan 960101015465
  9. Tekan butang Semak
  10. Sekiranya anda memang belum pernah buat permohonan GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  12. Tekan butang Cari
  13. Akan keluar paparan ini “Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.”
  14. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  15. Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini “Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.”
  16. Tekan butang Semak
  17. Tekan butang Permohonan Baharu
  18. Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 3.0
  19. Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi untuk mohon GKP 3.0 seperti:
    • Maklumat Pemohon
    • Maklumat Entiti Perniagaan
    • Pengesahan
  20. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Nama Pemohon
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat Surat Menyurat
    • Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Status Perkahwinan
  21. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Jenis Perniagaan
    • Nombor Cukai Pendapatan
    • Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
    • Nombor Pendaftaran Syarikat
    • Tarikh Mula Beroperasi
    • Nombor Lesen Perniagaan
    • Alamat Premis Perniagaan
  22. Selepas siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
  23. Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
  24. Tekan butang Sahkan Captcha
  25. Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
  26. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
  27. Klik butang Hantar
  28. Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 3.0 berjaya akan dipaparkan

 

2. Siapa yang layak untuk buat permohonan GKP 3.0?

Berikut ialah syarat kelayakan yang melayakkan seseorang itu untuk memohon Geran Khas Prihatin 3.0:

  • GKP 3.0 ini hanyalah untuk pemohon yang belum pernah memohon dan menerima bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0
  • Mana-mana syarikat atau perniagaan yang berdaftar SSM dengan sebelum 28 Februari 2021 juga layak untuk memohon GKP 3.0
  • Perniagaan masih lagi aktif dan belum ditutup
  • Jumlah jualan tahunan perniagaan ialah kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja full time tidak melebihi 5 orang (termasuk pemilik perniagaan)
  • Pemohon mestilah memenuhi definisi PKS Mikro
  • Berdaftar dengan LHDN
  • Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MPPJ, MBSA dan lain-lain
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

 

3. Siapa yang tidak perlu mohon GPK 3.0?

Berikut pula ialah kriteria yang tidak melayakkan seseorang itu untuk memohon Geran Khas Prihatin 3.0:

  • Seperti yang dimaklumkan, mana-mana pemohon yang pernah memohon dan menerima bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0, anda tidak perlu mohon lagi.
  • Duit akan masuk secara automatik
  • Hanya perlu buat semakan GKP 3.0 sahaja
  • Jadi, jika anda pernah terima duit bantuan one-off RM3,000 dari GKP 1.0 dan GKP 2.0, anda tidak perlu untuk memohon lagi.

 

4. Bila boleh buat permohonan baru Geran Khas Prihatin 3.0?

Tarikh untuk buat permohonan GKP 3.0 adalah seperti berikut:

  • Khamis, 1 April 2021

Jadi, bermula 1 April 2021, mana-mana usahawan atau peniaga kecil yang berminat untuk mendapatkan bantuan ini, anda boleh mula mohon GKP 3.0 melalui portal rasmi GKP Hasil.

Selepas tarikh tutup yang akan dimaklumkan nanti, permohonan ini akan terus diproses oleh LHDN. Selepas tarikh semakan diumumkan nanti, barulah anda hanya boleh buat semakan GKP 3.0 untuk melihat status samada lulus atau tidak.

 

5. Berapa jumlah bantuan GPK 3.0?

Bantuan GKP 3.0 PEMERKASA ini akan diberikan sekali sahaja. Berbeza dengan bantuan GKP sebelum-sebelum ini, jumlah bantuan one-off GKP 3.0 ini  adalah sebanyak RM1,000 sahaja.

 

6. Maklumat lanjut mengenai GPK 3.0

Sekiranya anda perlukan maklumat yang lebih lanjut tentang proses permohonan GKP 3.0 yang baru, kemaskini, semakan Geran Khas Prihatin 3.0 dan juga proses rayuan, anda boleh hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Kami nasihatkan agar anda tidak tanya berkenaan tarikh GKP 3.0 bila masuk pula. Sila hubungi jika anda sedar duit tidak masuk ke dalam akaun bank. Boleh buat semakan dengan LHDN dan jugak pihak bank samada ada masalah pengkreditan atau tidak.

Akhir kalam

Kepada peniaga atau usahawan PKS / SME di luar sana yang mohon GKP 3.0 ini, manfaatlah bantuan PEMERKASA dari kerajaan ini sebaiknya. Naikkan semula bisnes dan kecapi kejayaan seperti sebelum PKP. Yang paling penting sekali, berniagalah dengan jujur.

Sekiranya semua berjalan lancar, tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan tentang tarikh bila GKP 3.0 akan dibayar.

Semoga bermanfaat.

31 thoughts on “Cara Mohon GKP 3.0 (Permohonan Geran Khas Prihatin 2021)”

  1. Saya daftar ssm 18-08-2019.
    Saya tak pernah dpt GKP. Dan perlukah saya daftar di LHDN. saya berniaga hanya kecilan .sbb saya tak ada nombor LHDN. Apa perlu saya buat utk mendapat bantuan dari Kerajaan

    Reply
  2. Saya baru saja mndaftar lasen perniagaan penjajah dgn PBT majlis dan tk siap pun lgi lasen sya..boleh kah mohon..sebab sya memang perlukn modal tambahan..

    Reply
  3. Dalam borang gkp 3.0
    *Tarikh mula beroperasi
    ______________________
    Nk masukkan tarikh mula-mula daftar dengan ssm or tarikh pembaharuan yang terkini?

    Reply
  4. Saya admin kpd akaunten Bank.knp tiada maklumat berkenaan wang penjualan rumah pd akaun bank sy,padahal maybank memberitahu,sayalah owner Aim snd bhd.kemana pergi wang tersebut.boleh beri penjelasan pd saya.siapalah yg telah mengambil kesempatan pd akaun bank saya serta detail saya.mohon kerjasama berikn penjelasan.trm ksh,Assalammualaikum & selamat hari raya maaf zahir & batin.

    Reply
  5. Senyap senyap je untuk permohonan dibuat. bila dapat info its already too late. tarikh permohonan sudah tutup reply nye! penat saya apply. im holding SSM almost 18 tahun dan setiap tahun renew tapi sampai sekarang 1 sen pun tak dapat bantuan pada PKP ini.

    Reply
  6. Pd tarikh 28feb bru ini tu sy tidak daftar GKP ini..adakah sy ada peluang lg untuk bertaftar..Apa harus sy buat sekarang untuk kelulusan ini

    Reply
  7. Pd tarikh 28feb bru ini tu sy tidak daftar GKP ini..adakah sy ada peluang lg untuk berdaftar..Apa harus sy buat sekarang untuk kelulusan ini

    Reply
  8. Ni kali 3 ..aku mohon tk lulus2 ..asyik yg dapat permohonan gkp1,2 jer.. Bagi lh peluang pada gkp3 ni pada yg ada ssm tapi tk penah lulus… Gkp 3 pon.. Nilai dapt pon tk banyak seperti gkp 1,2…apa punya bantuan asyik tak lulus sj.. Kali ketiga kot.. Alasan ssm tk wujud.. What the heck….. Dh bisnes tk bolh buka… Wei tolong lah.. Pandang sikit pada kami yg buat permohonan gkp 3 ..ni ..bagi lah peluang. Merasa jugak.. Lulus.. Ssm renew pon. Bayor bukan free..

    Reply
  9. Aku sakit hati betul . Aku mohon dh lama ..tgok permohonan lulus… Tiber mlm semlm.. Keluar result gagal…. Apa citer ni tahi korg lah.. Kalau malaysia nak famous konon tolong rakyat.. Pada hakikat nya fake.. Setakat duit kwsp tu pon.. Itu duit hasil titik peluk kami sendiri.. Bukan duit kerajaan.. Harap maklum..

    Reply
  10. Senang citer if malaysia nk tolong rakyat.. Tk perlu rumitkan segala syarat permohonan… Contoh seperti ustaz Ebit lew… Die bukan org kerabat tgi tapi die niat satu saja.. Niat nk tolong org dlm perbagai faktor.

    Reply
  11. Asalammualaikum, semlm tgk status permohonan diterima utk GKP 3.0 sy apply pada APRIL 2021 dah lama tunggu .Sy peniaga kecil-kecilan. Boleh buat rayuan ke dan submit dokumen yang sah sebagai peniaga. Boleh mohon untuk rayuan ke? Sy dh submit sebelum ini secara jujur.boleh bantu segera.

    Reply
  12. Permohonan ibu saya dari GKP 1.0 sampai GKP 3.0 asyik tidak lulus dengan alasan tidak wujud di agensi sedangkan ibu saya ada lesen perniagaan berdaftar di bawah PBT. Bila saya cuba call tiada yang angkat. Saya hanya nak tahu di mana silapnya dalam borang itu huhh.

    Reply
  13. permohonan saya tidak lulus atas alasan kod 04 tidak wujud di agency, ape maksud nya tu. Tolong beri pencerahan

    Reply
  14. Masih ada lagi ke rayuan permohonan baru GKP 3.0 sebab lockdown kali saya terkesan oleh kerana urusan perniagaan terhenti, macam mane saya hendak membayar sewa kedai, bil letrik dan utiliti yang lain. Terima kasih

    Reply
  15. Saya dah cuba mohon dalam sistem online tapi tiada apa2 jawapan. Saya dh hubungi lhdn dowg ckp dlm proses. Sampai skrg tiada dpt apa2.

    Reply
  16. Saya dah cuba mohon dalam sistem online tapi tiada apa2 jawapan. Saya dh hubungi lhdn dowg ckp dlm proses. Sampai skrg tiada dpt apa2.

    Reply

    Reply
  17. Napalah tidak lulus gkp 3.0. cakap tidak ada tersenarai dlm agensi sedangkan sdh mendaftar dengan pbt majlis daerah. Lepas tu lhdn cakap lgi sdh pernah terima gkp 1.0 n 2.0. apalah kenapa pula tiba2 sdh dpat lgi gkp 1.0 n 2.0. sedangkan tidak ada dlm senarai napa pula boleh dpt apalah lhdn buat kerja betul2 lah semak betul2 kalau mau tolong rakyat tolonglah.mau buat kerja pun tidak boleh sudah Macam mana mau buat kerja sekarang rentas daerah pun tidak boleh macam mana mau hidup bantuan pun susah mau dpat cakap mau tolong rakyat jadi apa pun tiada dpat .

    Reply

Leave a Comment