Bagi mana-mana usahawan PKS / SME yang terlepas untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) tempohari, kini anda mempunyai peluang untuk mohon GKP 3.0. Ingat, jangan sampai terlepas lagi kali ini.
Untuk tahun 2021, sila buat permohonan GKP 4.0
Makluman:
- Untuk tahun 2021 di bawah PEMERKASA, sila login GKP 3.0
- Join group Telegram #kitajagabisneskita di sini: https://t.me/joinchat/yXOt6nGwDn9hNGQ9
- Join channel Telegram Peniaga Kecil Terjejas semasa PKP 3.0 di sini: https://t.me/joinchat/VjFXrTdSlT1kY2Jl
Izinkan kami berkongsi.
1. Cara mohon GKP 3.0 (Geran Khas Prihatin PEMERKASA)
Sila ambil perhatian. Untuk buat permohonan baru GKP 3.0, anda perlu buat pendaftaran untuk mohon melalui sistem online. Jika masih lagi belum buat, sila baca cara daftar GKP 3.0 terlebih dahulu.
Setelah selesai proses pendaftaran, ikuti cara untuk membuat permohonan GKP 3.0 seperti di bawah:
- Layari laman web atau portal rasmi GKP 3.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
- Jangan salah taip GPK 3.0 pula; atau masuk https://gpk.hasil.gov.my
- Portal GPK 3.0 tidak wujud, yang ada hanya GKP 3.0 sahaja
- Sila login GKP 3.0 dengan klik pautan Log Masuk
- Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor MyKad anda
- Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
- Jangan masukkan sempang (-)
- Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 960101-01-5465, masukkan 960101015465
- Tekan butang Semak
- Sekiranya anda memang belum pernah buat permohonan GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
- Tekan butang Cari
- Akan keluar paparan ini “Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.”
- Masukkan Captcha seperti yang terpapar
- Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini “Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.”
- Tekan butang Semak
- Tekan butang Permohonan Baharu
- Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 3.0
- Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi untuk mohon GKP 3.0 seperti:
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Entiti Perniagaan
- Pengesahan
- Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
- Nama Pemohon
- Nombor MyKad
- Jantina
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat Surat Menyurat
- Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
- Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
- Status Perkahwinan
- Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah:
- Jenis Perniagaan
- Nombor Cukai Pendapatan
- Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
- Nombor Pendaftaran Syarikat
- Tarikh Mula Beroperasi
- Nombor Lesen Perniagaan
- Alamat Premis Perniagaan
- Selepas siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
- Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
- Tekan butang Sahkan Captcha
- Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
- Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
- Klik butang Hantar
- Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 3.0 berjaya akan dipaparkan
2. Siapa yang layak untuk buat permohonan GKP 3.0?
Berikut ialah syarat kelayakan yang melayakkan seseorang itu untuk memohon Geran Khas Prihatin 3.0:
- GKP 3.0 ini hanyalah untuk pemohon yang belum pernah memohon dan menerima bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0
- Mana-mana syarikat atau perniagaan yang berdaftar SSM dengan sebelum 28 Februari 2021 juga layak untuk memohon GKP 3.0
- Perniagaan masih lagi aktif dan belum ditutup
- Jumlah jualan tahunan perniagaan ialah kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja full time tidak melebihi 5 orang (termasuk pemilik perniagaan)
- Pemohon mestilah memenuhi definisi PKS Mikro
- Berdaftar dengan LHDN
- Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MPPJ, MBSA dan lain-lain
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
3. Siapa yang tidak perlu mohon GPK 3.0?
Berikut pula ialah kriteria yang tidak melayakkan seseorang itu untuk memohon Geran Khas Prihatin 3.0:
- Seperti yang dimaklumkan, mana-mana pemohon yang pernah memohon dan menerima bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0, anda tidak perlu mohon lagi.
- Duit akan masuk secara automatik
- Hanya perlu buat semakan GKP 3.0 sahaja
- Jadi, jika anda pernah terima duit bantuan one-off RM3,000 dari GKP 1.0 dan GKP 2.0, anda tidak perlu untuk memohon lagi.
4. Bila boleh buat permohonan baru Geran Khas Prihatin 3.0?
Tarikh untuk buat permohonan GKP 3.0 adalah seperti berikut:
- Khamis, 1 April 2021
Jadi, bermula 1 April 2021, mana-mana usahawan atau peniaga kecil yang berminat untuk mendapatkan bantuan ini, anda boleh mula mohon GKP 3.0 melalui portal rasmi GKP Hasil.
Selepas tarikh tutup yang akan dimaklumkan nanti, permohonan ini akan terus diproses oleh LHDN. Selepas tarikh semakan diumumkan nanti, barulah anda hanya boleh buat semakan GKP 3.0 untuk melihat status samada lulus atau tidak.
5. Berapa jumlah bantuan GPK 3.0?
Bantuan GKP 3.0 PEMERKASA ini akan diberikan sekali sahaja. Berbeza dengan bantuan GKP sebelum-sebelum ini, jumlah bantuan one-off GKP 3.0 ini adalah sebanyak RM1,000 sahaja.
6. Maklumat lanjut mengenai GPK 3.0
Sekiranya anda perlukan maklumat yang lebih lanjut tentang proses permohonan GKP 3.0 yang baru, kemaskini, semakan Geran Khas Prihatin 3.0 dan juga proses rayuan, anda boleh hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
Kami nasihatkan agar anda tidak tanya berkenaan tarikh GKP 3.0 bila masuk pula. Sila hubungi jika anda sedar duit tidak masuk ke dalam akaun bank. Boleh buat semakan dengan LHDN dan jugak pihak bank samada ada masalah pengkreditan atau tidak.
Akhir kalam
Kepada peniaga atau usahawan PKS / SME di luar sana yang mohon GKP 3.0 ini, manfaatlah bantuan PEMERKASA dari kerajaan ini sebaiknya. Naikkan semula bisnes dan kecapi kejayaan seperti sebelum PKP. Yang paling penting sekali, berniagalah dengan jujur.
Sekiranya semua berjalan lancar, tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan tentang tarikh bila GKP 3.0 akan dibayar.
Semoga bermanfaat.
Kalau daftar SSM slps 28feb layak ke nk mohon..
Min x pencerahan
Saya buat ssm pd 9mac,layak ke tuk GKP3.0 ni .?
Saya daftar ssm 18-08-2019.
Saya tak pernah dpt GKP. Dan perlukah saya daftar di LHDN. saya berniaga hanya kecilan .sbb saya tak ada nombor LHDN. Apa perlu saya buat utk mendapat bantuan dari Kerajaan
Saya bt ssm 13-10-2020 layak ke utuk mohon gkp
Saya baru saja mndaftar lasen perniagaan penjajah dgn PBT majlis dan tk siap pun lgi lasen sya..boleh kah mohon..sebab sya memang perlukn modal tambahan..
Dalam borang gkp 3.0
*Tarikh mula beroperasi
______________________
Nk masukkan tarikh mula-mula daftar dengan ssm or tarikh pembaharuan yang terkini?
bila tarikh kemaskini nombor akaun.. masa dah suntuk
Saya admin kpd akaunten Bank.knp tiada maklumat berkenaan wang penjualan rumah pd akaun bank sy,padahal maybank memberitahu,sayalah owner Aim snd bhd.kemana pergi wang tersebut.boleh beri penjelasan pd saya.siapalah yg telah mengambil kesempatan pd akaun bank saya serta detail saya.mohon kerjasama berikn penjelasan.trm ksh,Assalammualaikum & selamat hari raya maaf zahir & batin.
Senyap senyap je untuk permohonan dibuat. bila dapat info its already too late. tarikh permohonan sudah tutup reply nye! penat saya apply. im holding SSM almost 18 tahun dan setiap tahun renew tapi sampai sekarang 1 sen pun tak dapat bantuan pada PKP ini.
Pd tarikh 28feb bru ini tu sy tidak daftar GKP ini..adakah sy ada peluang lg untuk bertaftar..Apa harus sy buat sekarang untuk kelulusan ini
Pd tarikh 28feb bru ini tu sy tidak daftar GKP ini..adakah sy ada peluang lg untuk berdaftar..Apa harus sy buat sekarang untuk kelulusan ini
Saya dah mohon, n dia tulis lulus, 10.6.2021 sy cek balik terus tidak lulus, knp ye?
Ni kali 3 ..aku mohon tk lulus2 ..asyik yg dapat permohonan gkp1,2 jer.. Bagi lh peluang pada gkp3 ni pada yg ada ssm tapi tk penah lulus… Gkp 3 pon.. Nilai dapt pon tk banyak seperti gkp 1,2…apa punya bantuan asyik tak lulus sj.. Kali ketiga kot.. Alasan ssm tk wujud.. What the heck….. Dh bisnes tk bolh buka… Wei tolong lah.. Pandang sikit pada kami yg buat permohonan gkp 3 ..ni ..bagi lah peluang. Merasa jugak.. Lulus.. Ssm renew pon. Bayor bukan free..
Aku sakit hati betul . Aku mohon dh lama ..tgok permohonan lulus… Tiber mlm semlm.. Keluar result gagal…. Apa citer ni tahi korg lah.. Kalau malaysia nak famous konon tolong rakyat.. Pada hakikat nya fake.. Setakat duit kwsp tu pon.. Itu duit hasil titik peluk kami sendiri.. Bukan duit kerajaan.. Harap maklum..
Senang citer if malaysia nk tolong rakyat.. Tk perlu rumitkan segala syarat permohonan… Contoh seperti ustaz Ebit lew… Die bukan org kerabat tgi tapi die niat satu saja.. Niat nk tolong org dlm perbagai faktor.
X lulus gpk3.0 pemerkasa ..blh ke buat permohonan rayuan lg..x lulus sbb trsalah isi mklumat perniagaan
Asalammualaikum, semlm tgk status permohonan diterima utk GKP 3.0 sy apply pada APRIL 2021 dah lama tunggu .Sy peniaga kecil-kecilan. Boleh buat rayuan ke dan submit dokumen yang sah sebagai peniaga. Boleh mohon untuk rayuan ke? Sy dh submit sebelum ini secara jujur.boleh bantu segera.
Selamat petang semua
Nak tanya bujang bila masuk.semal kamik log masuk
Tapi.sms cakap dah tutup.0.3
Bila lagi boleh buat permohonan baru GKP..saya baru je tahu ada gkp ni…
Permohonan ibu saya dari GKP 1.0 sampai GKP 3.0 asyik tidak lulus dengan alasan tidak wujud di agensi sedangkan ibu saya ada lesen perniagaan berdaftar di bawah PBT. Bila saya cuba call tiada yang angkat. Saya hanya nak tahu di mana silapnya dalam borang itu huhh.
permohonan saya tidak lulus atas alasan kod 04 tidak wujud di agency, ape maksud nya tu. Tolong beri pencerahan
Masih ada lagi ke rayuan permohonan baru GKP 3.0???
Masih ada lagi ke rayuan permohonan baru GKP 3.0 sebab lockdown kali saya terkesan oleh kerana urusan perniagaan terhenti, macam mane saya hendak membayar sewa kedai, bil letrik dan utiliti yang lain. Terima kasih
BOLEH KE APPLY BANTUAN GKP LAGI
Saya dah cuba mohon dalam sistem online tapi tiada apa2 jawapan. Saya dh hubungi lhdn dowg ckp dlm proses. Sampai skrg tiada dpt apa2.
Saya dah cuba mohon dalam sistem online tapi tiada apa2 jawapan. Saya dh hubungi lhdn dowg ckp dlm proses. Sampai skrg tiada dpt apa2.
Reply
Masih ada lagi ke rayuan permohonan baru GKP 3.0???
Napalah tidak lulus gkp 3.0. cakap tidak ada tersenarai dlm agensi sedangkan sdh mendaftar dengan pbt majlis daerah. Lepas tu lhdn cakap lgi sdh pernah terima gkp 1.0 n 2.0. apalah kenapa pula tiba2 sdh dpat lgi gkp 1.0 n 2.0. sedangkan tidak ada dlm senarai napa pula boleh dpt apalah lhdn buat kerja betul2 lah semak betul2 kalau mau tolong rakyat tolonglah.mau buat kerja pun tidak boleh sudah Macam mana mau buat kerja sekarang rentas daerah pun tidak boleh macam mana mau hidup bantuan pun susah mau dpat cakap mau tolong rakyat jadi apa pun tiada dpat .
tidak tahu kne kol helpline lhdn
hasil care line (HCL)
03-89111000
register online lhdn cukai kene ada no rujukan baru boleh
Kalau SSM Dah mati boleh ke apply ..nak Renew PKP masaalah pulak skrg .