Cara Mengatasi Sifat Malas (Buang & Hilangkan Sikap Buruk Ini)

Kerja banyak, tapi dia punya malas tak boleh nak kata. Perasaan sahaja sebenarnya. Sama juga apabila jadi seorang pelajar. Punyalah banyak untuk diulangkaji, tetapi rasa malas tetap memenuhi diri. Izinkan saya kongsikan cara mengatasi sifat malas yang tidak berpenghujung ini. Tidak susah, cuma perlukan ‘willpower‘ sahaja.

Namun, kadang-kadang bukan malas. Cuma rasa mata berat sangant dan terlalu mengantuk.

Cara mengatasi sikap malas

Jemput rujuk tips hilangkan rasa malas di bawah ini:

1.  Pecah-pecahkan tugas besar

Kita malas sebab nampak kerja atau tugasan tersebut besar.

Cuba pecah-pecahkan jadi kecil. Kena pandai-pandai bahagi sendiri.

Yang penting, mulakan dulu. Kena lawan rasa malas, jangan manjakan dia.

 

2. Buat kerja satu-satu

Biar lambat, asalkan siap. Cuma janganlah lambat sangat sampai bos marah.

Jangan berangan untuk buat kerja ‘multitasking‘ kalau tidak ada disiplin.

Sumber dari Time pula ada menyatakan, ‘multitasking‘ ini tidak bagus.

Boleh buat kita sakit mental lagi.

 

3. Jangan bertangguh

Inilah dia punca sebenar. Sebab bertangguhlah, kita jadi malas nak buat kerja.

Jadi, kuatkan hati, terus buat kerja yang sudah diberi.

Boleh cuba ikut 2-minute rule seperti di bawah.

 

4. Ikut 2-minutes rule

James Clear berkongsi, untuk mengelakkan kita menangguhkan kerja, kita mesti buat sesuatu itu dalam masa 2 minit dahulu.

Bukannya lama pun dua minit.

Bila kita sudah mula, kita akan dapat momentum itu.

 

5. Buat yang ‘urgent‘ dulu

Ada beza, antara yang ‘important‘ dan ‘urgent‘. Ada yang penting, tetapi tidak diperlukan sekarang. Fokus pada yang ‘urgent‘ dahulu.

 

6. Jangan tengok Whatsapp / Facebook / YouTube / Instagram / TikTok

Yang penting di sini, jangan buat apa-apa yang lain selain buat kerja itu.

Sekali kita tengok Whatsapp, makan akan lekatlah kita di situ.

Sememangnya media sosial akan buat kita ketagih.

Jadi, cara mengatasi sikap malas ialah dengan menjauhkan semua itu. Termasuk juga app TikTok.

Elakkan selagi boleh, semasa kita tengah fokus buat kerja.

 

7. Ikut teknik Pomodoro

Dipopularkan oleh Francesco Cirillo, teknik Pomodoro ini cuma perlukan kita buat kerja dalam masa 25 minit sahaja.

Tak perlu sampai berjam-jam, kerana kita akan jadi penat dan tidak bersemangat selepas itu.

 

8. Rehat hanya bila perlu

Seperti penerangan Pomodoro di atas, teknik ini juga menekankan bahawa kita perlu berehat beberapa minit selepas buat kerja.

Bukannya kerja berterusan. Rehat dulu dalam 5 minit.

Cara menghilangkan rasa malas ialah jangan rehat terlalu lama. Acapkali bila kita berehat, terus rehat tanpa sambung kerja semula.

Pokoknya di sini, kerja – rehat – kerja – rehat.

Orang kata ‘take a break’ semasa kita buat kerja.

 

9. Amalkan doa hilangkan malas mengikut Islam

Mungkin kita tidak cukup kuat untuk melawan rasa malas yang menghinggapi. Maka, kembalilah pada agama.

Berdoalah pada Allah untuk memudahkan urusan kerja kita, samada untuk belajar, kerja di pejabat mahupun malas dalam beribadah.

 

Akhir kalam

Semoga kita semua dijauhan dari rasa malas yang tidak berpenghujung itu. Mungkin ada masa-masanya, kita rasa malas nak pergi kerja. Rasa malas nak belajar. Rasa malas nak beribadat.

Bila rasa malas, mulalah rasa mengantuk. Perasaan malas boleh lawan kerana memang ada cara mengatasinya. Orang lain tidak boleh tolong hilangkan rasa malas yang berlebihan itu. Kita sendiri adalah penawar kepada penyakit malas itu. Cuma jangan cuba lawan orang perempuan sebab orang perempuan selalu menang. Eh!

Kami harap, semoga cara mengatasi sifat malas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuang dan menghilangkan terus perangai buruk ini.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Mengatasi Sifat Malas (Buang & Hilangkan Sikap Buruk Ini)”

Leave a Comment