Kenapa Perempuan Selalu Menang? (Asyik Betul, Tak Nak Mengalah)

Mesti anda sudah biasa dengar soalan yang berbunyi seperti ini, “Kenapa perempuan selalu menang?”. Ayat ini selalunya sangat familiar dalam kalangan lelaki, lebih-lebih lagi suami. Tetapi, hal ini sudah tidak hairan lagi kerana perempuan selalu nak menang walau dalam apa jua situasi yang dihadapinya.

Sebenarnya, sikap perempuan yang selalu nak menang ini ada masanya buat lelaki jadi letih dan tidak faham puncanya.

Ada jenis perempuan pula yang suka cakap berkias atau pakai bahasa isyarat sahaja. Kalau lelaki itu sejenis yang susah untuk faham apa yang perempuan itu nak sebenarnya, maka bermulalah Perang Dunia Ketiga.

Jadi lelaki, kalau nak tahu kenapa perempuan selalu menang. Kami ada jawapannya. Sesuai untuk suami yang asyik garu kepala dengan kerenah isteri yang perangainya tidak sama semasa bercinta dulu.

Mari ikuti perkongsian ini.

5 sebab kenapa perempuan selalu menang

Ini adalah sebab-sebab kenapa perempuan selalu menang walaupun dia tahu dia salah.

1. Lelaki selalu mengalah, malas nak panjang cerita

Jika anda nak tahu, ini adalah salah satu sebab yang hampir dilabelkan fakta kerana lelaki memang selalu mengalah dengan perempuan.

Sebagai contoh, anda boleh cuba dengar perbualan antara mak dan ayah anda ketika musim perayaan. Perbualan yang biasa akan tiba-tiba bertukar menjadi perbincangan di mahkamah, gara-gara mak anda nak beli langsir baru, tetapi ayah anda tidak setuju.

Jadi, disebabkan malas nak berdebat panjang lebar atau jadi medan perang. Maka, ayah anda akan mengalah dan pilih untuk setuju. Situasi ini sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki kerana lelaki tidak suka berfikiran yang rumit dan hal yang memeningkan kepala.

Baguslah, itu tandanya anda lelaki sejati dan anda mahu menjaga hati pasangan anda.

 

2. Perempuan sengaja nak uji tahap kesabaran lelaki

Ada masanya, perempuan ini akan datang satu perangai yang pelik dan suka mencabar. Perempuan akan suka untuk test lelaki, nak pula kalau lelaki itu lelaki yang dia sayang. Tidak kiralah di mana atau bila-bila masa sahaja, perempuan akan cuba uji tahap kesabaran anda.

Orang kata, kalau nak tahu lelaki itu betul-betul sayang atau tidak. Cuba uji lelaki dengan perkara yang remeh temeh. Contohnya, sengaja marah anda sebab tidak balas Whatsapp waktu tengah bekerja, sedangkan dia sudah tahu yang anda tidak boleh pegang telefon waktu bekerja.

Ini adalah salah satu cara perempuan untuk uji lelaki yang dia sayang. Jadi, jangan pelik kalau tiba-tiba perempuan mula cari masalah dengan anda.

 

3. Tak nak lelaki ambil kesempatan dan nampak lemah

Selalunya anda sudah tahu yang lelaki memang tidak suka nampak lemah apatah lagi di hadapan perempuan. Jadi, begitu juga situasi yang sama dengan perempuan.

Ada masanya, kenapa perempuan selalu menang sebab tidak mahu lelaki mudah ambil kesempatan dan nampak yang dia seorang perempuan yang lemah. Mana tidaknya, perempuan memang selalu dilabelkan lemah, jadi tidak hairanlah kalau dalam perdebatan, perempuan tidak mahu kalah.

Kalau dari segi kekuatan fizikal selalu kalah, jadi perempuan mestilah tidak mahu kalah dalam perkara yang melibatkan emosi dan perasaan.

 

4. Perempuan selalu menang walaupun dah terang memang salah

Anda jangan ingat lelaki sahaja yang ada ego, perempuan juga ada egonya yang tersendiri. Ada kalanya, perempuan memang sudah tahu yang dia salah atau buat salah. Tetapi, dia lebih memilih untuk berdiam diri sebab tidak mahu rasa kekalahan.

Perempuan selalu menang walapun sudah terang lagi bersuluh situasi yang sebenar. Perempuan akan rasa malu kalau mereka kalah dengan lelaki.

Zaman sekarang pun sudah banyak perempuan yang boleh buat apa yang lelaki boleh buat. Contohnya menunggang motosikal berkuasa tinggi. Jadi, perempuan mempunyai sifat pantang dicabar dan tidak suka kalah. Kalau kerja dan perkara yang sukar untuk lelaki buat pun, mereka boleh buat. Tidak peliklah kalau perempuan selalu menang.

 

5. Sifat panas baran, sebab ego

Bukan lelaki sahaja yang ada sifat panas baran. Perempuan juga ada yang mempunyai sifat panas baran yang tidak ada penghujungnya. Ada yang dari muda sampai ke tua masih lagi suka marah-marah sebab merasakan harga diri mereka terlalu tinggi untuk berasa berada di bawah.

So, bila perempuan selalu menang. Mereka akan rasa diri mereka berpengaruh dan dapat mengawal keadaan walaupun sukar.

Walaupun sifat panas baran ini sangatlah tidak bagus, tetapi ianya sudah sebati dengan sikap perempuan yang selalu nak menang.

 

Akhir kalam

Untuk pengetahuan anda, perempuan bukan nak menang dengan lelaki sahaja. Ada masanya, perempuan dengan perempuan juga tidak mahu kalah. Kesimpulannya, perempuan mana pernah kalah.

Diharapkan agar perkongsian mengenai sebab kenapa perempuan selalu menang ini dapat memberikan jawapan kepada anda yang ingin tahu sebabnya. Kini, anda dah pun tahu.

Sekadar berkongsi, emosi perempuan boleh berubah-ubah dalam waktu yang singkat. Perempuan juga mempunyai hari di mana dia tidak ingin menang dan ada masanya mesti buat lelaki ingin tahu sebab kenapa perempuan senyap.

Walaupun perempuan selalu buat lelaki pening kepala, tetapi perempuan ini makhluk yang menarik bukan?

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Kenapa Perempuan Selalu Menang? (Asyik Betul, Tak Nak Mengalah)”

Leave a Comment