Macam mana cara daftar Bank Muamalat supaya boleh guna online banking untuk buat urusan seperti transfer duit dan bayar bil? Klik untuk baca.
Langkau artikel ini untuk baca cara daftar MyBSN, RHB, AffinOnline, Bank Islam, Hong Leong Connect, CIMB Clicks dan juga Maybank2u.
Sedikit mengenai Bank Muamalat
Bank Muamalat merupakan sebuah bank yang terletak di bawah industri Perbankan Islam dan Kewangan. Bank Muamalat ialah bank kedua yang menawarkan perbankan Islam di bawah Akta Perbankan Islam 1983 di Malaysia, selepas Bank Islam. Bank ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999 dan merupakan gabungan asset dan liabiliti bahagian perbankan Islam daripada Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan. Khazanah Nasional Berhad memegang 70% daripada saham syarikat, manakala 30% lagi dipegang oleh Commerce Asset-Holdings Berhad.
Merupakan salah satu bank terkemuka yang terdapat di Malaysia seiring dengan bank lain seperti Maybank dan Bank Islam, Bank Muamalat juga menawarkan servis untuk para pelanggannya melakukan pelbagai transaksi melibatkan wang mereka seperti deposit wang, pengeluaran wang, dan juga pelbagai urusan lain.
Cawangan serta mesin ATM dan cash deposit milik Bank Muamalat bertaburan di seluruh negara, jadi mudah untuk pelanggan Bank Muamalat mendapat akses. Selain itu, seperti bank-bank yang lain, Bank Muamalat juga tidak ketinggalan untuk menyediakan platform bagi pelanggan menjalankan urusan transaksi wang mereka dengan lebih mudah, iaitu atas talian atau online. Dengan erti kata lain, Bank Muamalat telah menyediakan platform perbankan atas talian untuk pelanggannya, iaitu i-Muamalat.
Sedikit mengenai i-Muamalat
i-Muamalat merupakan sebuah platform perbankan online/atas talian yang disediakan oleh Bank Muamalat untuk memudahkan pelanggan melakukan apa jenis transaksi wang secara online.
Cara daftar Bank Muamalat online
Jika anda menggunakan Bank Muamalat dan ingin membuat online banking, anda perlu mendaftar dahulu di i-Muamalat:
- Layari laman web https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do.
- Pada bahagian kanan laman, klik butang First Time Registration.
- Pada laman seterusnya, akan tertera ruangan Terms & Conditions. Baca terma dan syarat tersebut sebelum anda teruskan. Setelah selesai, tick pada Accept, dan tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, akan tertera ruangan First Time Registration. Terdapat beberapa kotak perlu diisi dengan maklumat peribadi anda.
- Pada bahagian Step 1:
- Pada ruangan Bank Card Number, masukkan nombor kad 16 digit yang tertera pada bahagian hadapan kad debit anda.
- Pada ruangan ATM Pin, masukkan nombor PIN enam digit akaun anda.
- Teruskan untuk cara daftar Bank Muamalat online, pada bahagian Step 2:
- Pada ruangan Identity Type, pilih jenis identiti anda yang anda ingin guna. Sekiranya anda ingin memasukkan nombor kad pengenalan baru anda, pilih MYKAD.
- Pada ruangan Identity Number, masukkan nombor kad pengenalan anda, sekiranya anda memilih MYKAD.
- Teruskan lagi untuk cara daftar Bank Muamalat online, pada bahagian Step 3:
- Pada ruangan Mobile Number for TAC, masukkan nombor telefon anda untuk meminta nombor TAC.
- Tekan butang Next.
- Kemudian, pada laman seterusnya, pada ruangan Username, masukkan username yang anda ingin guna untuk akaun anda. Username anda mestilah panjang 6-12 aksara, dan mestilah alphanumeric (alphanumericbermaksud ada gabungan abjad, nombor dan simbol)
- Pada ruangan New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah panjang 8-12 aksara, dan juga mestilah alphanumeric.
- Pada ruangan Confirm New Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan tersebut.
- Pada ruangan Security Image, pilih gambar yang anda ingin guna sebagai pengesahan untuk akaun anda.
- Tekan butang Next.
- Pendaftaran anda untuk i-Muamalat kini berjaya.
- Cara daftar Bank Muamalat di i-Muamalat belum lagi habis.
- Anda perlu login buat kali pertama terlebih dahulu.
- Untuk login buat kali pertama, pada laman hadapan, masukkan username anda pada ruangan Username. Tekan butang Login.
- Kemudian, masukkan password pada ruangan Password. Pastikan gambar Security Image yang terpapar adalah gambar milik akaun anda yang anda pilih.
- Tekan butang Login.
- Login anda berjaya.
Akhir kalam
Kami berharap agar cara daftar Bank Muamalat secara online di i-muamalat.com.my ini benar-benar dapat membantu anda.
Apa yang dapat kami simpulkan, pendaftaran akaun sangatlah mudah.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- mualamat tunggu berapa lama untuk aktif
hi.. maaf tnya kenapa lps berjaya yg step 14 tu then utk first time log in sy msukkn username n paswd dia kluar your account not active yet???
Yess sama mcm mne nk active kan acc
Kena call cust service bank muamalat pd 03 2600 5500
Lepastu tekan pilihan 4, then minta utk diaktifkan
Just nk tnya, dia mmg xde minta email kn? Semasa pendaftaran, or activation?
Daftar bjya dah tpi time login tu kluar ni your account not active yet???
Reply
Assalamualaikum…mcm mna saya nk tukar no telefon yg lama saya ke no telefon baru dlm internet bnking ni…sebb bila sya nk buat transfer …no tac di hntar ke no telefon lama sya..sya dah x pakai no tersebut
Kena tel customwer services 1300888787 utk aktifkan akaun
Macam mana nak aktifkn akaun online
Mana mana nak cek baki bank muamalat Malaysia berhad
Macam mana nak aktifkn akaun online????….
Daftar bjya dah tpi time login tu kluar ni your account not active yet???
Tel customer services muamalat 1300888787 harap dpt membantu
Saya call tapi tiada dlm perkhidmatan
Kena call cust service bank muamalat pd 03 2600 5500
Lepastu tekan pilihan 4, then minta utk diaktifkan
Baru seminggu tak online tapi harini nk bukak account dh tak active..call customer servise dh tolak rm3 pun suara operater yg sama suruh tunggu
Apabila daftar secara automatik aktif kah atau ada pengesahan dari pihak bank baru aktif.
KELUAR “YOUR ACCOUNT DEACTIVATED”..
MCM MANA NK AKTIFKAN SEMULA?..
Dah selesai ke masalah sis? Sya pon ada maslh yg sama
Sy pun. Mcm mane nk buat ye?
saya dah mendaftar online. tapi belum received TAC no.
Username password tak blh accept. Knp.
Kalau says buat rafi296356 knp x blh? Password mesti mcm mn
Huruf besar kecik, nombor
Gantikan salah satu huruf besar
Tahu tak cara nk update nombor fon baru?kalau daftar i muamalat tu dia terus update nombor fon baru kita ke?
saya tersangkut pada no pin? knp ea? x kn no pin saya salah?
saya pun sama , macam mana awk buat ?
saya perhatikan Bank tidak menjawab semua pertanyaan pelanggan.Kenapa? Kami bertanya kenapa lps berjaya yg step 14 tu then utk first time log in sy msukkn username n paswd dia kluar your account not active yet???
Dah isi semua nak dapat TAC macam mana?
Macam mana nak aktifkan acc ye.. Baru daftar dah tak aktif
sya dah register dah.. pastu bka melalui apps muamalat tu tak dapat plak
same dah daftar tapi x on juga pesal eh eh eh..
Bg yg akaun xaktif, anda kena hubungi talian khidmat pelanggan bank muamalat: 1300888787 …. Nnti dia akan telefon anda utk pengesahan. Anda dihendaki utk menjawab semua jawapan dgn betul dgn apa yg anda masukkan masa nk register akaun online tu… Satu lg, pastikan no. telefon utk terima tac dan no. telefon akaun bank anda sama, kalau tidak, anda dikehendaki pergi ke cawangan bank terdekat utk kemaskini no. telefon baharu….
Dah buat semua tp masih tak aktif smp sekarang..
Dah daftar tapi tersilap isi no telefon lain .. No telefon xsama dgn no yg dftar akaun bank .. Kene pergi bank utk tukar no telefon .. Kene bwak dokumen ape2 x ? Mintak tolong org lain pergi tukar no telefon boleh ke ..
Saya dah tel. Nom. Tuu untuk aktifkan saya punya acc tapi berapa lama saya nk tunggu diaa..asyik kata tunggu sebentar jee..
Terlalu susah untuk buat password berapa kali sya cuba tdak di terima.
saya baca komen di atas dan saya pun mengalami nasib yang sama. Bila masuk no pin dia tak accept, bila call custemer service memanjang je sibuk. Pergi ke kaunter, kaunter suruh buat online.. kalau macam ni sampai bila pun tak setel masalah.
saya lupa username ngn paswrd..mcmna ye nk buat..