Cara Pakai Tudung Shawl (Gaya Simple dan Style)

Kalau pergi kerja atau kuliah, biasanya anda akan pakai tudung apa? Tudung shawl atau tudung bawal? Pakai tudung bawal aje sebab tiada idea untuk melilit tudung di kepala? Jangan risau, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara pakai tudung shawl yang boleh anda cuba.

Tetapi sebelum kita terus kepada cara pemakaian tudung, apa kata kita ketahui dan kenali terlebih dahulu mengenai jenis shawl yang ada, okay?

Jenis jenis shawl

Shawl Chiffon

Merupakan shawl yang amat popular dan mudah untuk dipakai. Fabriknya ringan serta lembut menjadikan ia sesuai digayakan dengan pelbagai cara menarik.

Kain chiffon adalah jenis kain yang ringan dan dapat membantu mencantikkan lagi bentuk pemakaian shawl anda. Ia sangat sesuai digayakan untuk ke kuliah mahu pun berpakaian formal di tempat kerja.

 

Shawl Cotton

Sangat mudah dipakai dan tidak perlu gosok. Anda hanya perlu pin dan lilit. Mudah, bukan? Amat sesuai bagi anda yang sering mengejar masa dan tidak sempat untuk melilit shawl.

Ia diperbuat dari kapas, jenis shawl ini sesuai dipakai ketika cuaca panas. Selain itu, ia juga sesuai digayakan ketika travel kerana tidak perlu gosok atau risau shawl berkeronyok.

 

Shawl Satin

Bagi anda yang ingin kelihatan glam dan elegan, shawl satin sudah tentu pilihan yang sesuai untuk anda. Dengan fabrik yang tidak jarang, ia sudah tentu selesa untuk digayakan tanpa kerisauan.

Pemakaian shawl satin menjadikan anda tampak bergaya, yakin dan selesa. Ia sangat sesuai digayakan ketika majlis keramaian seperti dinner atau majlis perkahwinan.

 

Shawl Glitter

Shawl glitter adalah sedikit berbeza dengan shawl satin. Ianya tidak berkilat seperti shawl satin tetapi mempunyai kilauan yang boleh menaikkan seri si pemakai.

Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik, anda boleh pilih shawl glitter mengikut citarasa anda.

 

Shawl Jersey

Lagi satu jenis shawl yang tidak perlu digosok dan mendapat tempat di hati kebanyakan peminat shawl. Fabriknya sejuk dan mudah dibentuk.

Anda tidak memerlukan pin yang banyak, sekadar selempang di bahu dan bersedia untuk keluar.

 

Shawl Plain

Shawl plain adalah jenis shawl tanpa corak.

Sesuai dipadankan dengan pakaian yang bercorak atau baju kurung bermotif bunga. Ia akan menjadikan anda tampak lebih sopan, ayu dan cantik.

 

Shawl Printed

Terdapat pelbagai jenis shawl printed dari fabrik dan corak yang pelbagai di pasaran. Ia sangat sesuai digayakan dengan busana plain, jubah mahupun dress.

 

Instant Shawl

Bagi anda yang ragu-ragu untuk melilit shawl atau rasa janggal untuk mencuba gaya baru, instant shawl adalah pilihan terbaik anda.

Dengan pelbagai pilihan serta rekaan, anda boleh pilih instant shawl yang menepati citarasa dan gaya anda.

 

Shawl Halfmoon

Shawl halfmoon adalah jenis shawl yang mempunyai potongan separa bulat. Ia sedikit berbeza dengan shawl yang biasa dari segi bentuk tetapi boleh memberikan gaya unik. Kebiasaannya shawl halfmoon diperbuat daripada fabrik chiffon samada plain atau printed.

 

Wide Shawl

Shawl jenis ini sangat sesuai bagi anda yang ingin menutup aurat dengan sempurna. Dengan ukuran yang lebih lebar berbanding biasa, wide shawl dapat memastikan bahagian dada dan belakang tertutup dengan rapi. Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik dan design.

 

Cara pakai tudung shawl

Anda sudah mengetahui jenis shawl yang anda. Jadi sekarang apa kata kita ketahui cara pakai tudung shawl yang boleh anda cuba gayakan untuk ke kuliah, tempat kerja atau sekadar untuk keluar berjumpa teman.

 

Gaya simple

 

  1. Letak shawl dengan sebelah bahagian pendek dan sebelah bahagian panjang. Pinkan di dagu.
  2. Kemudian ambil bahagian yang panjang ke atas kepala dan pin di atas telinga.
  3. Ambil bahagian yang panjang di bawah dan di tarik ke atas shawl yang telah di pin tadi, pin di kepala.
  4. Kemaskan shawl mengikut keselesaan.

 

Gaya inpirasi solehah

 

  1. Letak shawl di kepala,dengan sebelah bahagian pendek dan sebelah bahagian panjang. Pin di dagu.
  2. Tarik bahagian yang pendek, pin di kepala.
  3. Ambil bahagian yang panjang, di pusingkan bahagian shawl ke belakang dan diletakkan di atas kepala.
  4. Kemaskan di bahagian kepala.
  5. Pin mengikut keselesaan anda.

 

Cara pakai tudung shawl, gaya halfmoon

 

  1. Letakkan shawl halfmoon di kepala. Sebelah bahagian pendek dan sebelah bahagian panjang, pin di dagu.
  2. Ambil bahagian yang panjang dan diletakkan shawl bahagian panjang di kepala, dan kemaskan.
  3. Pin di kepala. Kemaskan mengikut keselesaan.

 

Gaya curly candy shawl

 

  1. Letakkan shawl di kepala, sebelah bahagian pendek dan sebelah bahagian panjang. Pin di dagu.
  2. Ambil bahagian yang panjang, lilit di kepala. Pin dengan kemas.
  3. Ambil bahagian yang pendek, silangkan menutupi dada dan dipin di bahu.
  4. Kemaskan shawl mengikut keselesaan anda.

 

Cara pakai tudung shawl, gaya highstreet

 

  1. Letakkan shawl di kepala, kedua-dua bahagian sama panjang.
  2. Tarik satu bahagian, pinkan di atas telinga.
  3. Tarik bahagian yang sama, ke belakang.
  4. Kemaskan bahagian yang sama di belakang leher.
  5. Letakkan bahagian lagi satu ke hadapan.
  6. Pin kan bahagian lagi satu ke bahu dan kemaskan shawl mengikut citarasa anda.

 

Gaya dwi-tone

 

  1. Letak shawl di kepala, pastikan kedua-dua bahagian sama panjang. Pin di kiri kanan telinga.
  2. Tarik satu bahagian ke hadapan dan pin di atas telinga.
  3. Bawa semua shawl ke hadapan.
  4. Tarik dan shawl dan letak di atas kepala.
  5. Pin dan kemaskan mengikut citarasa anda.

 

Cara pakai tudung shawl, gaya loose

 

  1. Letak shawl di kepala, pastikan sebelah pendek dan sebelah bahagian panjang. Pin bahagian yang panjang di sebelah telinga.
  2. Dari belakang, pusing shawl bahagian yang panjang ke sebelah.
  3. Tarik bahagian yang panjang ke hadapan dan pin bahagian panjang di atas kepala.
  4. Kemaskan mengikut keselesaan dan pin di bahagian yang loose.

 

Tip penjagaan tudung shawl

Kalau sudah memakai shawl, sudah tentu anda harus mengetahui cara untuk menjaganya. Berikut adalah tip penjagaan shawl yang betul:

 

  1. Jika terkena kotoran seperti minyak, rendam shawl seketika, kemudian gosok bahagian kotoran dengan perlahan.
  2. Cuci shawl dengan air sejuk atau suam.
  3. Jemur di kawasan yang teduh.
  4. Cara mencuci terbaik adalah dengan mencelup shawl beberapa kali sahaja, kemudian sidai. Ini adalah untuk membantu mengekalkan warnanya.
  5. Jika kerap mencuci, gunakan bahan pencuci jenis pelembut.
  6. Kaedah penyimpanan terbaik adalah dengan menggantung dari melipat.

 

Pantang larang tudung shawl

 

  1. Hindari menggunakan washing machine untuk cuci shawl kerana ia akan merosakkan fabrik.
  2. Jangan merendam shawl terlalu lama dalam air.
  3. Elakkan daripada meramas shawl ketika mencuci.
  4. Jangan mencuci shawl dengan air panas.
  5. Hindari dari memerah dengan sekuat hati.
  6. Jangan menjemur di tengah terik matahari akan melunturkan warna.
  7. Elakkan mencampurkan shawl dengan pakaian lain semasa mencuci.

 

Akhir kalam

Bagi individu yang tidak pernah memakai shawl, diharapkan cara pakai tudung shawl yang di senaraikan ini akan dapat membantu anda dalam menggayakan shawl.

Sebenarnya, jika ia merupakan kali pertama anda memakainya, anda mungkin akan menganggap ia sukar tetapi apabila anda sudah biasa memakai, anda pasti akan berasakan shawl mudah untuk dipakai dan digayakan. Lebih-lebih lagi, jika anda tonton tutorial di YouTube.

Jemput juga baca tentang keperluan umrah wanita.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

 

Leave a Comment