GKP 4.0 Login 2021 (Log Masuk GPK Hasil di gkp.hasil.gov.my)

Bagi yang baru nak buat mohon GKP 4.0 kerana tidak pernah mohon GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini, kami akan kongsikan panduan untuk login GKP 4.0.

1. Cara login GKP 4.0 di gkp.hasil.gov.my

Berikut ialah cara untuk log masuk GKP 4.0 yang secara asasnya sama sahaja kaedahnya untuk login GPK sebelum ini:

  1. Layari direct link untuk Log Masuk Geran Khas Prihatin 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Pastikan semak URL betul-betul. Jangan tersilap masukkan htps://gpk.hasil.gov.my pula
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan / MyKad
  5. Pastikan ID Pengguna ialah dalam 12 digit, tanpa sempang (-)
  6. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 880303-03-5555, masukkan 880303035555
  7. Akan keluar paparan Frasa Keselamatan
  8. Jika paparan tersebut adalah sama seperti yang didaftarkan, klik Ya
  9. Jika paparan tersebut tidak sama, klik Tidak
  10. Jika anda terlupa Kata Laluan, klik Terlupa Kata Laluan
  11. Selepas itu, masukkan Kata Laluan
  12. Klik butang Log Masuk
  13. Selepas berjaya login GKP 4.0 dan masuk dalam sistem, anda boleh melakukan perkara berikut:
  14. Daftar permohonan dengan klik butang Daftar GKP
  15. Buat semakan GKP 4.0 samada:
    • Permohonan sudah diterima atau belum
    • Mendapat keputusan Lulus atau Tidak Lulus
    • Menerima bayaran

 

2. Masalah Log Masuk GPK 4.0

Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu terjadi semasa cuba Log Masuk GKP 4.0:

  1. Keluar ralat “ID pengenalan belum didaftarkan”
    • Sekiranya ini berlaku, sila pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu
    • Jadi, anda perlu daftar GKP 4.0 terlebih dahulu
  2. Kata Laluan salah
    • Mungkin anda terlupa password sebelum ini. Jangan bimbang. Sekiranya ini terjadi, sila klik pautan Terlupa Kata Laluan? . Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai.

 

3. Maklumat lanjut GKP 4.0

Macam mana nak hubungi LHDN jika ada masalah dan pertanyaan-pertanyaan lain?

Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang proses login, permohonan baru, kemaskini dan semakan GKP, sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Namun, jangan pula asyik tanya GKP 4.0 bila masuk. Lebih baik hubungi jika anda mempunyai masalah pengkreditan ke dalam akaun bank.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara login GKP 4.0 ini dapat memudahkan lagi hidup anda untuk membuat pendaftaran ID pengguna baru, permohonan, kemaskini dan menyemak status permohonan Geran Khas Prihatin terbaru di bawah pakej PEMULIH ini..

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “GKP 4.0 Login 2021 (Log Masuk GPK Hasil di gkp.hasil.gov.my)”

  1. Tak pernah dapat bpr, gkp dan bantuan lain lain. Tak adil, suami tak de kerja dah by pass jantung operation. Sila call saya 01110126551

    Reply
  2. Hi, Saya tidak apply untuk GPK 1.0, 2.0 dan 3.0. Hanya untuk 4.0. Boleh kah saya memohon untuk 1.0, 2.0 dan 3.0??

    Reply
  3. Pemulih dpt secara automatik @ kne mohon ?? Sebab 1.0 x dapat 2.0 dapat 3.0 tidak dapat dan 4.0 pun sama jugak 0196896110

    Reply

Leave a Comment