Antara golongan yang bakal menerima bantuan dan manfaat dari Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA 2020 ialah ibu tunggal. Yang jadi masalah ialah bagaimana dengan single mother yang belum register? Izinkan kami berkongsi cara daftar ibu tunggal.
Kemaskini 19 Jun 2020 Berikut ialah cara mohon Bantuan Khas Ibu Tunggal yang terkini.
Sedikit mengenai PENJANA 2020
Selepas PRIHATIN, kini kerajaan memperkenalkan PENJANA.
PENJANA 2020 adalah satu lagi inisiatif kerajaan untuk memuliahkan ekonomi Malaysia secara berperingkat yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.
Tidak seperti PRIHATIN yang lebih menjurus kepada bantuan, PENJANA adalah satu inisiatif yang mempunyai pelan yang cukup lengkap.
Lebih 300,000 ibu tunggal (dan juga OKU) yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan ini.
Daftar ibu tunggal di KPWKM
Hasil carian kami di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), kementerian memang mewujudkan e-Perkhidmatan untuk pendaftaran ibu tunggal.
Walau bagaimanapun, pautan tersebut tidak dapat diakses.
Kami cuba senaraikan pula agensi di bawah KPWKM seperti di bawah pula.
Cara daftar ibu tunggal di JPW
Jabatan Pembangunan Wanita adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Untuk pendaftaran single mother di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), rujuk sini: https://www.jpw.gov.my/pendaftaran-ibu-tunggal/
Walau bagaimanapun, seperti di KPWKM, pautan di atas juga tidak dapat diakses buat masa ini.
Berkemungkinan besar kerana terlalu ramai yang masuk untuk mendapatkan bantuan one-off RM300 yang diumumkan dalam inisiatif PENJANA.
Kami akan kemaskini sekiranya ada pendaftaran secara online.
Permohonan ibu tunggal online di iwanita.jpw.gov.my
Kami sempat mengambil sedikit maklumat dari JPW sebelum tidak dapat diakses.
Menurut laman web itu, terdapat dua kaedah dalam membuat pendaftaran ibu tunggal iaitu secara online dan manual.
Bagi permohonan single mother secara online, setiap individu boleh mendaftarkan diri dengan mengakses sistem iWanita di https://iwanita.jpw.gov.my
Permohonan ibu tunggal secara manual
Bagi permohonan secara manual, pendaftaran boleh dilakukan di lokasi berikut:
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat
- Biro Wanita Sarawak (BWS)
- Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook rasmi JPW di sini: https://www.facebook.com/JPWanita/
Register ibu tunggal di JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga merupakan satu lagi agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Untuk maklumat pendaftaran single mother di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), boleh rujuk sini: https://www.jkm.gov.my
Walau bagaimanapun, kami mendapati tidak ada pautan khas untuk pendaftaran secara online. Kami akan kemaskini sekiranya ada pendaftaran secara online.
Kami sarankan agar anda pergi menghadirkan diri ke mana-mana Pejabat JKM Negeri untuk maklumat lanjut.
Selain one-off RM300, apakah bantuan yang ada di JKMM untuk ibu tunggal?
Bantuan Bulanan – Bantuan Am
- Bantuan Penyaraan Kanak-kanak
- Bantuan Anak Pelihara
- Elaun Pekerja cacat
- Bantuan Orang Tua
- Bantuan Am
Bantuan Sekaligus – Geran Pelancaran
- Bantuan Alat Tiruan / Sokongan
- Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran
- Bantuan Sekolah (sekiranya mempunyai anak-anak bersekolah)
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook rasmi JKM di sini: https://www.facebook.com/JKMHQ
Akhir kalam
Kami menyambut baik dengan langkah kerajaan yang tidak meminggirkan golongan ibu tunggal.
Bagi penerima yang sudah berdaftar, tunggulah bayaran yang dijanjikan kerajaan melalui inisiatif PENJANA.
Bagi yang belum berdaftar samada dengan KPWKM, JKM atau JPW, sila buat permohonan pendaftaran terlebih dahulu.
Semoga bermanfaat.
bagaimana nak berdaftar sebagai ibu tunggal.
How to register rm300 for single mother
bagaimana nak berdaftar sebagai ibu tunggal .mak saya dah lama ibu tunggal dan tidak pernah dapat mana – mana bantuan
coba nak mendaftar melalui online sperti link disediakan ..tetapi mengapa keluar dekat link..page cannot display??..hrmmm..
Macam mana nk daftar..untuk ibu tunggal
205 jalan melati 7 taman pusing baru 31550 pusing perak
How to register online
Any link to.share
For.single mother
How to register single mother
for Rm300
must go which website
bagaimana daftar untuk bantuan ibu tunggal
How to apply online rm300 for single mothers…the website is in maintenance…please suggest alternatives way.
nak macam mana register ibu tunggal
Saya bangsa cina perempuan kat kl dr umur 19, 3 tahun lepas baba anak degil nk lari so i biarkan je , sbab dia dah ubah.sblm dia meninggalkan sy dah tekad nk cerai.tp baba diam je walau hati i bertekad.
Satu hari, along yang mencari baba cari fon i pasksa bayar wang along , sy tertumpas.inilah cerita dlm perit yg tak ingin i katakan, harap maklum.
Selamat pagi
Saya tidak dapat nak mendaftar
Selamat malam macam mana apply secara ibu tunggal
Sy sdh mndaftar utk BKIT thn lps…adakah sy prlu mndaftar plk utk thn ni…
salam sejathera
bagaimana hendak daftar ibu tunggal. bukan unutk minta bantuan. register aje. terima kasih
23.7.2021
Assalamualaikum dan selamat malam.. Mcmna ya nak dftar secara online.. Ibu tunggal..???
Sya ibu tunggal 3org anak.. Suami tinggal selepas sya melahirkan anak 3..
boleh bagi link atau ape2 sumber nak register ibu tunggal? persatuan, grup ape shj yg boleh bantu. camner nak dpt bantuan utk mulekan bisnes tampung ank2 musim covid ni…