Cara Daftar GrabFood Merchant (Untuk Restoran & Kedai Makan)

Jika anda adalah seorang peniaga yang buat jualan makanan, berikut ialah cara daftar GrabFood Merchant untuk kedai dan restoran anda. Diharapkan agar ia boleh tambah pendapatan anda pada bulan Ramadan ini, yang bersekali dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Coronavirus COVID-19.

Pendaftaran untuk menjadi vendor GrabFood mudah sahaja. Ada panggil vendor. Ada panggil merchant. Ada panggil partner.

Pada kami, sama sahaja.

Cuma perlu isi borang seperti yang kami kongsikan di bawah.

Sedikit mengenai GrabFood

GrabFood merupakan salah satu servis penghantaran makanan pihak ketiga yang terkenal di Malaysia. Di bawah syarikat Grab yang menjalankan servis e-hailing, GrabFood rider pula menghantar makanan kepada pelanggan sehingga ke depan pintu rumah berdasarkan alamat yang diberi.

GrabFood bekerjasama dengan pelbagai restoran, gerai makan, warung, dan juga outlet makanan fast food seperti McDonalds dan KFC untuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan melalui laman web Grab ataupun di aplikasi Grab.

 

Sedikit mengenai GrabFood Merchant

Tahukah anda? Sekiranya anda memeiliki sebuh perniagaan yang menjual makanan seperti gerai, warung, kedai makan, dan juga outlet fast food serta restoran, anda juga boleh mendaftar menjadi partner kepada GrabFood.

Dengan mendaftar sebagai partner kepada GrabFood, anda boleh menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli makanan dan minuman yang ada di kedai anda, tanpa pelanggan perlu pergi ke lokasi tempat anda menjalankan perniagaan.

Anda mampu menambah pelanggan untuk perniagaan anda secara maya, sekaligus menambah pendapatan untuk perniagaan anda. Bagaimana untuk mendaftar sebagai Food Merchant bagi GrabFood? Mudah sahaja. Ikuti tips di bawah.

 

Syarat kelayakan GrabFood Merchant

Tidak dinyatakan secara khusus di dalam laman web Grab, apa syarat-syarat untuk melayakkan seseorang itu menjadi partner GrabFood.

Namun, dari sedikit pembacaan kami, kami dapat ada beberapa perkara yang perlu ada sebelum restoran atau kedai makan dapat menjadi partner GrabFood.

  • Warganegara Malaysia
  • Restoran atau kedai makan berada di Malaysia
  • Jualan juga di Malaysia
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai syarikat yang masih aktif
  • Mempunyai nombor pendaftaran syarikat
  • Jenis syarikat termasuk:
    • Milikan Tunggal (Enterprise)
    • Partnership (Perkongsian PLT)
    • Sdn Bhd
  • Mempunyai akaun bank untuk terima pembayaran dari Grab
  • Mempunyai minimum 1 outlet
    *Tidak dinyatakan minimum outlet, cuma kami beranggapan 1

Ini hanyalah hasil dari pengamatan kami sahaja.

Sila rujuk dengan pihak Grab syarat-syarat tertentu.

 

Lokasi GrabFood Merchant

Bagi peniaga makanan, berikut ialah antara lokasi yang sesuai untuk jadi partner dengan GrabFood.

  • Alor Setar
  • Batu Pahat
  • Bintulu
  • Ipoh
  • Johor Bahru
  • Kangar
  • Kemaman
  • Kluang
  • Kota Bharu
  • Kota Kinabalu
  • Kuala Terengganu
  • Kuantan
  • Selangor & Kuala Lumpur (GrabFood Merchant untuk Klang Valley)
  • Kuching
  • Labuan
  • Lahad Datu
  • Langkawi
  • Melaka
  • Miri
  • Muar
  • Negeri Sembilan
  • Nilai
  • Pulau Pinang
  • Penang
  • Perak
  • Port Dickson
  • Putrajaya
  • Sandakan
  • Sepang
  • Seremban
  • Sibu
  • Sungai Petani
  • Tawau

 

Cara daftar GrabFood Merchant

Berikut ialah cara pendaftaran GrabFood untuk kedai makan dan restoran.

  1. Layari laman web https://www.grab.com/my/ untuk ke laman web rasmi Grab.
  2. Kemudian, pada bahagian atas skrin anda, tekan pada Be Our Partner.
  3. Drop-down menu akan tertera. Tekan Food Merchant.
  4. Pada laman seterusnya, tertera beberapa ruangan untuk anda isikan.
  5. Pada ruangan Restaurant Name, masukkan nama penuh restoran/kedai makan/gerai/warung anda.
  6. Pada First Name, masukkan nama pertama/panggilan anda.
  7. Pada Last Name, masukkan nama keluarga anda. (Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan kedua-dua nama anda seperti Muhammad Amin Bin Abdullah, di mana gunakan Muhammad pada First Name dan Amin pada Last Name, atau sekiranya nama anda adalah seperti Azman Bin Rahim, gunakan nama Azman untuk kedua-dua First Name dan Last Name.
  8. Pada ruangan untuk Restaurant Address, masukkan alamat penuh restoran/kedai makan/gerai/warung anda.
  9. Pada ruangan City, masukkan nama bandar tempat anda menjalankan perniagaan anda.
  10. Pada ruangan Postal Code, masukkan juga poskod untuk tempat anda menjalankan perniagaan anda.
  11. Pada State, pilih negeri yang tertera untuk tempat anda beroperasi.
  12. Pada ruangan Facebook Page/Company Website, masukkan sekiranya ada, laman Facebook rasmi atau laman web rasmi untuk perniagaan anda.
  13. Pada Business Type, pilih jenis perniagaan anda untuk daftar GrabFood Merchant
  14. Pilihan adalah sama ada Sole Proprietorship untuk perniagaan milikan tunggal, Partnership untuk perniagaan perkongsian, atau Company sekiranya perniagaan anda adalah sebuah syarikat.
  15. Pada ruangan Company Name (SSM), masukkan nama perniagaan anda mengikut pendaftaran anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  16. Pada ruangan Company Registration Number (SSM), masukkan nombor pendaftaran perniagaan anda, juga mengikut pendaftaran anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  17. Pada ruangan Number of Outlets, masukkan jumlah cawangan perniagaan anda yang masih aktif.
  18. Pada ruangan Do you have in-house delivery services?, pilih sama ada YES atau NO, untuk mengesahkan sama ada perniagaan anda mempunyai perkhidmatan penghantaran makanan tersendiri dan tidak menggunakan pihak ketiga untuk melakukan penghantaran.
  19. Tick pada kotak reCAPTCHA di bawah.
  20. Kemudian, tekan butang SUBMIT.
  21. Pendaftaran anda berjaya.

 

Selepas daftar GrabFood Merchant, apa perlu buat?

Setelah anda melakukan pendaftaran, pihak Grab akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya untuk menyempurnakan pendaftaran anda.

Antaranya, anda akan diminta untuk menghantar menu anda yang terbaru dan lengkap, serta tandatangan kontrak dengan Grab.

Pihak Grab akan menyebarkan maklumat tentang perniagaan anda di laman mereka.

Anda juga akan menerima tablet dari Grab untuk urusan perniagaan.

Jika masih lagi belum terima apa-apa panggilan dari Grab, anda boleh hubungi mereka untuk mengetahui status permohonan di sini.

 

 

Akhir kalam

Diharapkan agar dengan perkongsian cara daftar GrabFood Merchant ini, anda mampu menjana pendapatan tambahan dengan menarik lebih ramai pelanggan untuk mendapatkan makanan yang disediakan di kedai anda.

Daftar sekarang sebagai Grab  Food Merchant dan jadilah salah seorang partner untuk perkhidmatan GrabFood.

Semoga bermanfaat.

36 thoughts on “Cara Daftar GrabFood Merchant (Untuk Restoran & Kedai Makan)”

  1. saya tak faham . kalau ssm sy alamat kelantan tapi saya niaga d selangor . macamana pulak.? apa patut saya sediakan untuk kelengkapan mereka nak?saya buta it

    Reply
  2. saya berniaga jualan makanan pasta / wastern di rumah..macam mana saya nak menggunakan khidmat grad..kerana saya tak faham sangat nak daftar..boleh tak ajar saya atau wassap saya 01136175462

    Reply
  3. Adakah grab food merchant mempunyai wakil datang dari kedai ke kedai atau gerai tepi jalan, sebab saya di approach oleh seseorang, minta jawab secepat mungkin plz

    Reply
  4. Ramai yg tanya ttg perniagaan dari rumah. Ade SSM. Bole daftar dgn Grab ke? Atau ade provider lain . Saya dari shah alam.
    Ade siapa bole bantu pendaftaran on fee basis. T kasih

    Reply
  5. Ape maksud invoice email address pada borang maklumat syarikat…adakah email address?…maaflaj…..baru 1st time isi borang

    Reply

Leave a Comment