Cara Daftar FoodPanda Merchant (Partner Kedai Makan & Restoran)

Jika anda adalah seorang peniaga yang buat jualan makanan, berikut ialah cara daftar FoodPanda Merchant untuk kedai dan restoran anda.

Sebenarnya, program ini dipanggil FoodPanda Partner, bukan FoodPanda Merchant. Bukan juga FoodPanda Vendor. Yang orang selalu panggil merchant, itu ialah untuk GrabFood Merchant.

Tak kisahlah, partner atau merchant, diharapkan agar anda boleh tambah pendapatan anda pada bulan Ramadan ini, yang bersekali dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Coronavirus COVID-19.

 

Sedikit mengenai FoodPanda

Foodpanda merupakan salah satu servis penghantaran makanan pihak ketiga yang terkenal di Malaysia. Foodpanda yang menggunakan rider untuk menjalankan perniagaan, bertanggungjawab menghantar makanan kepada pelanggan sehingga ke depan pintu rumah berdasarkan alamat yang diberi.

Foodpanda bekerjasama dengan pelbagai restoran, gerai makan, warung, dan juga outlet makanan fast food seperti McDonalds dan KFC untuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan melalui laman web Foodpanda ataupun di aplikasi Foodpanda.

 

Sedikit mengenai FoodPanda Partner

Tahukah anda? Sekiranya anda ada perniagaan yang menjual makanan seperti gerai, warung, kedai makan, dan juga outlet fast food serta restoran, anda juga boleh mendaftar menjadi partner kepada Foodpanda.

Dengan mendaftar sebagai partner kepada Foodpanda, anda boleh menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli makanan dan minuman yang ada di kedai anda, tanpa pelanggan perlu pergi ke lokasi tempat anda menjalankan perniagaan. Sesiapa sahaja boleh order makanan melalui Foodpanda.

Anda mampu menambah pelanggan untuk perniagaan anda secara maya, sekaligus menambah pendapatan untuk perniagaan anda. Bagaimana untuk mendaftar sebagai partner bagi Foodpanda? Mudah sahaja. Ikuti tips di bawah.

Lokasi FoodPanda Merchant

Bagi peniaga makanan, berikut ialah antara lokasi yang sesuai untuk jadi partner dengan FoodPanda. Untuk pengetahu, kawasan-kawasan ini juga ada banyak rider FoodPanda.

  • Perak
  • Perlis
  • Sabah
  • Kedah
  • Kelantan
  • Melaka
  • Pahang
  • Selangor & Kuala Lumpur (FoodPanda Merchant untuk Klang Valley)
  • Pulau Pinang
  • Terengganu
  • Negeri Sembilan – Seremban
  • Sarawak – Kuching, Sibu, Bintulu, Miri
  • Johor – Johor Bahru

 

Cara daftar FoodPanda Merchant

Berikut ialah langkah-langkah dan cara daftar FoodPanda Merchant.

  1. Layari laman web rasmi FoodPanda di sini: https://www.foodpanda.my
  2. Kemudian, scroll ke bawah sehingga jumpa bahagian yang tertulis List your restaurant on foodpanda.
  3. Tekan butang GET STARTED untuk bahagian tersebut.
  4. Pada laman seterusnya, scroll ke bawah. Akan ada beberapa ruangan untuk anda isikan.
  5. Pada ruangan Restaurant Name/Nama Restoran, masukkan nama penuh restoran/kedai makan/gerai/warung/outlet fast food
  6. Pada City/Bandar, pilih bandar tempat perniagaan anda dijalankan.
  7. Untuk teruskan daftar FoodPanda Merchant, pada Restaurant Address/Alamat Restoran, masukkan alamat penuh restoran/gerai/kedai makan/outlet fast food
  8. Pada ruangan Vertical, memandangkan anda merupakan pemilik perniagaan berasaskan penjualan makanan dan minuman, pilih Restaurant.
  9. Pada ruangan Vertical Segment Restaurant, pilih sama ada Regular Restaurant sekiranya perniagaan anda mempunyai tapak lokasi yang tersendiri, atau Home Based Kitchen sekiranya anda menjalankan perniagaan dari rumah.
  10. Pada ruangan Cuisine/Jenis Masakan, pilih jenis masakan utama yang disediakan di restoran anda.
  11. Pada First Name/Nama Pertama, masukkan nama pertama/panggilan anda.
  12. Pada Last Name/Nama Keluarga, masukkan nama keluarga anda. (Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan kedua-dua nama anda seperti Muhammad Rozali Bin Abdullah, di mana gunakan Muhammad pada First Name dan Rozali pada Last Name, atau sekiranya nama anda adalah seperti Fitri Bin Saidin, gunakan nama Fitri untuk kedua-dua First Name dan Last Name.
  13. Pada ruangan Contact Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  14. Pada Email, masukkan emel untuk perniagaan anda.
  15. Kemudian, pilih purata harga satu hidangan yang disediakan di restoran anda. Ikut petunjuk yang diberi. ($ untuk kurang daripada RM15, $$ untuk kurang daripada RM30 dan $$$ untuk kurang daripada RM50)
  16. Pada bahagian Menu Upload, anda perlu upload gambar/salinan soft copy menu terkini di restoran anda. Pastikan harga dan nama hidangan serta minuman dalam menu dikemaskini. (Hanya file dalam format pdf, excel, word dan jpg sahaja yang boleh dihantar)
  17. Anda juga perlu menekan link here di bawah untuk mengikut panduan spesifikasi menu yang diterima untuk menggunakan servis Foodpanda.
  18. Anda juga boleh menekan link menu template untuk download template menu makanan Fooodpanda dan isikan untuk rujukan anda.
  19. Kemudian, tekan butang Submit Form.
  20. Pendaftaran anda berjaya.

 

Selepas daftar FoodPanda Merchant, apa perlu buat?

Secara ringkasnya, berikut ialah langkah pengaktifan untuk menjadi FoodPanda Partner:

  1. Daftar online
  2. Tunggu kelulusan
  3. FoodPanda akan hantar kontrak untuk ditandatangai
  4. Partner mesti tandatangan kontrak
  5. Partner perlu hantar menu pada FoodPanda
  6. FoodPanda akan terima dan semak gambar serta menu dari partner
  7. Partner akan terima peranti FoodPanda
  8. Partner akan terima latihan melalui panggilan telefon
  9. Partner kedai makan dan restoran kini sudah LIVE di FoodPanda punya aplikasi

Setelah anda melakukan pendaftaran, perniagaan anda akan ditentukan sama ada lulus atau tidak. Sekiranya lulus, pihak Foodpanda akan menghantar kontrak kepada anda untuk ditandatangani.

Anda juga akan menerima preview untuk menu anda. Selain itu, anda akan menerima peranti untuk foodpanda dan akan menjalankan latihan.

Sekiranya semua tiada masalah, perniagaan anda akan tersiar secara online pada laman Foodpanda dan proses pendaftaran perniagaan anda dengan Foodpanda berjaya.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar dengan perkongsian cara daftar FoodPanda Merchant ini, anda mampu menjana pendapatan tambahan dengan menarik lebih ramai pelanggan untuk mendapatkan makanan yang disediakan di kedai anda.

Daftar sekarang sebagai Food Panda Merchant dan jadilah salah seorang partner untuk perkhidmatan FoodPanda.

Semoga bermanfaat.

89 thoughts on “Cara Daftar FoodPanda Merchant (Partner Kedai Makan & Restoran)”

    • Kalau nk foodpanda bayar ikut harga menu kita, cara nk calculate listing price ikut formula ni.

      =Harga menu / ( 1- comm % )
      = Harga listing (klau nk absorb sst, boleh listing ikut harga ni)

      Contoh:

      Harga di menu kedai
      Nasi Goreng = RM7.00
      Comm foodpanda =30%

      Dekat kalkulator tekan ikut formula kat atas.

      Contoh:
      = RM7.00 / (1 – 30%)
      = RM10.00

      Cuma, nnt lps tolak comm, fp akan charge 6% dri comm dekat kite. So, net payout yg kita terima lepas tolak 6% sst dri fp utk harga listing RM10 adalah RM 6.82.

      Harap membantu dan bermanfaat utk para sahabat semua.

      Reply
  1. Saya berniaga warung di sungai rambai.poskod 77400 melaka. Boleh tak sekiranya saya berdaftar sebagai partner foodpanda? Saya risau tiada rider yang cover area sini. Tetapi saya yakin ramai yang perlukan khidmad foodpanda dikawasan ini

    Reply
  2. barang runcit boleh x guna khidmat food panda?tapi makanan juga..contohnya saya berniaga telur puyuh dah siap rebus dan kopek.packaging cantik.cume belum masak sambal dll..ok ke agak2 nya?

    Reply
  3. saya berniaga meatball homemade keluaran muslim
    separuh masak..
    siap bgkus sekilo-sekilo..
    boleh ke saya guna perkhidmatan foodpanda?

    Reply
  4. lambat proses dia..rasanya mereka pun pilih vendor yg ok je..bukan mcm pasar malam semua boleh daftar dgn dorang,kami meniaga restoran pun makan masa sebulan 2 untuk lulus..inikan meniaga dari rumah..lg la

    Reply
  5. Say nak Tanya klau sya nk dftr dgn foodpanda mcm mna..saya nak jual chcorice tapi jualan dari rumah.brpa yuran dftar & kiraan hrga makanan if hrga asal rm 15/bekas N mcm mna klu nk inform kedai d ttup kat list menu foodpanda

    Reply
  6. Terima kasih puan blogger kerana sudi share info bermanfaat ni. Sy berniaga concept home kitchen di ipoh dan dah submit permohonan partner dgn foodpanda. Harini juga signed kontrak. Status permohonan sy dah di step 5 skrg (menunggu preview menu). Mudah2an lancar dan fully approved in syaa Allah. Cuma sy nk tny puan, lps diorg bg preview menu tu, nanti klu kita ada juadah baru nak tambah atau nak tukar harga masih boleh ke? Saya baca habis dah kontrak 5 m/s xjmpa. Dah la English, juling sy heheehe

    Reply
      • Takpe hihi… Diorg nti akan berurusan dgn kita thru email, whatsapp dan call. Semoga dipermudahkn ya puan. Mudah2 sama2 kita tambah rezki di sini

        Reply
    • Alhamdulillah dh jmpa dh ada rupanya dalam kontrak. Sblm kita klik “confirm menu” dlm portal restoran, FP tiada caj apa2 utk kita edit menu dan gambar semua. Lpstu amik masa 2 hari utk diorg semak dan proses. Tapi slps kita dh live kan, klu nk tukar kene cas rm15. Jd disarankan untuk kita siap2kan semua menu yg kita cdg mampu buat skrg dan masa dpn, nti cuma tinggal “able” dan “disable” kan shj… Lbh mudah dan jimat.

      Reply
  7. Maaf saya nak tanya. Kan ada yang untuk menu upload tu. saya tak berapa faham. Dia nak kena upload menu di kedai makan je atau pun kita buat list makanan dan harga sahaja? Saya nak daftarkan kedai makn mak saya di seri iskandar.

    Reply
  8. salam , nak tanya selalunye berapa lama ambil masa ye utk foodpanda bagi jawapan . Saya dh buat 1 minggu tp belum dapat ape2 jawapan lagi dri foodpanda .

    Reply
  9. saya dah lama tunggu email dari pihak foodpanda tapi sampai skrg tak dapat email. sebelum pkp lagi sampai skrg pkpp takde jawapan..

    Reply
  10. Admin tolong selesaikan masalah saya..
    Haritu dah setup foodpanda device Sumni v2..berfungsi dengan baik tapi operasi kedai belum dijalankan sewaktu itu..sekarang kedai ingin menjalankan operasi tetapi device tersebut tidak dapat connection internet..disebabkan itu saya tidak dapat menjalan operasi sehingga sekarang..Jadi boleh dapatkan saya number contact utk dihubungi bagi menyelesaikan masalah saya tak?
    Hubungi saya 0134040024..tkaseh

    Reply
  11. Hi. Saya dah daftar partner foodpanda. Tapi masa daftar saya letak harga menu asal tanpa +35%+6% harga. Takpe ke? Lepas dah comfirm nanti boleh tukar harga ke. Sebab sekarang baru lepas sign contract. Terima kasih

    Reply
  12. salam and hi.
    maaf ggu, boleh sy tahu macam mana nk ubah harga di foodpanda ye? sy sudah email ke foodpanda, tp tiada respond buat masa ni. sy dh cuba ubah harga di menu, tp rejected. boleh sesiapa tlg sy?

    Reply
  13. Alhamdulillah, setelah saya dapat panduan dari admin 9/11/20 saya pun register dengan FoodPanda. Officially dah sebulan run the biz via merchant ni, masa mula2 baca komisen 30%, tapi masa turn saya komisen dah 35%. Nampak sikit tapi melampau gak beruang ni memang ber’WANG” dia. Fikir positif aje abg aji, sebab tak sewa kedai (home based kitchen) tapi nak kena review balik harga dan portion sebab gerammm aje kita penat masak ber’wang’ ni tak masak. Tp kesian lak pada customer. ok laa

    Reply
  14. Macamana nk dpt vendor code yg start dgn MYS-…sbb sy x dpt email dari Panda berkenaan code ni..contact sy 01155076976

    Reply
  15. Boleh je register kat food panda partner. Saya dah 3 minggu guna food panda. Ada pesanan la….jangan terkejut food panda akan charge 35% dari satu harga menu kita. Memang tak masuk akal mana pulak modal, kita malah jadi rugi. Kalo kita naikkan harga, menu kita jadi terlampau mahal. Sapa nak beli kan. Di sisi lain pulak FP(Food Panda) dia menggunakan internet sebagai saluran pemasaran. Pelanggan senang jumpa. Seminggu sya kerugian, order banyak tp bila tengok apa yg fp bankin terus down. Minggu ke2 sya naikkan harga. Order pulak berkurangan. Jadi kita kena bijak lah yea. Pilih mana2 yang bagus. Sya share je sbb saya menjual ayam penyet di warong juga di FP. Sekian terima kasih

    Reply
  16. Asslmkm..sy dah cuba byk kali daftar kat portal fp partner ,tapi x berjaya ..x tau di mana silapnya..
    Saya mohon di beri tunjuk ajar …
    Sekian terima kasih..?
    # i need your help untk meneruskn hidup ..?

    Reply
  17. Saya pun dah join food panda almost 2 weeks. Mula2 baca 30%, tapi rupa-rupanya 35%+6%sst which means fp ambil sehingga 41%. Kalau ikutkan mmg sgt tinggi. Kita sebagai peniaga ni berfikir fikir utk letak harga. Kalau mahal sgt takda org nak beli. Kalau letak murah kita pulak tak berapa nak untung, penat lagi ada. Sales seminggu boleh cecah 1100 tapi bila dpt invoice fp bagi cuma dpt Rm649. Sgt2 down. Bila naikkan harga tapi sales pulak kurang

    Reply
  18. Saya baru mendaftar dengan food panda, tak reti cara nak buat menu, hidangan utama restoran saya adalah Steamboat, kami ada 3 set saiz hidangan, Dan boleh pilih dari 5 jenis Flavor, Dan semua ini boleh buat penambahan seperti extra ikan, kepah hijau, nasi dan kuah lebih. Ada sesiapa boleh guide saya untk buat menu, terima kasih kepada yang sudi membantu, no talefon saya 0165230329

    Reply
  19. Hi semua.
    Sy pun mula nk berjinak dgn foodpanda.
    Dah daftar. Dan skunx ni dlm last stage untuk proceed lulus ka x..
    Sy jual kek je.
    2 jenis dulu. Utk pmulaan

    Just nak tahu brapa lama result utk proses kelulusan tu 🤭🤭🤭🤭
    X sabar. Nk niaga
    Sbb dah lama sgt jadi penganggur.
    Excited plak nk jd pniaga.
    Sy juga Customer tegar foodpanda. 😁😁😁🤭🤭🤭

    Reply
  20. Foodpanda pls help me …..tab saya tak dapat menerima oder….raide ade datang cakap ade oder tapi kedai tak dapat oder plss help me

    Reply
  21. Cara pendaftaran food panda.
    Menjual makanan.Ada sesiapa yang blh membantu .Sy area pasir gudang Johor.
    0197177427.

    Reply
  22. Saya berniaga Roti John dan kebab roll..macam mana saya nak apply untuk foodpanda .. boleh tak admin whatsapp atau telefon saya cara nak apply 0102755910..saya area Penang

    Reply
  23. Macam mne nk aktifkan gerai kita dlm sistem…sebb bila dah on ni android f.panda tgok dlm foodpanda apps masih off…ade yg tau minta pencerahan..

    Reply
  24. Sya meniaga yong tau Foo.. bagaimana nk menggunakan khidmat food panda.. blh admin bgithu cara.. 01155558810

    Reply
  25. Hi,afternoon.here is dks mart enterprise,we are seller for frozen food ,seafood.. just want to know how to apply buss partner with food pandan and how’s your edd chargers. pls and thanks to reply asap. feel free to contact me 0173213991 ms kitty.
    thank you

    Reply
  26. Sy dah daftar dgn food pand apada 21 mar..smp skrg tiada email yg di berikan..mcmana Sy nak hubungi food panda.sila hunginsy di talian 0143182711

    Reply
  27. sy dah lama join foodpanda….baru2 nii sy ada masaalah dan lama x niaga.bila startb niaga semula nok buka portal restauran x dapat.saya cuba hubungi org yg tlg sy dulu tapi dia kt dia dah x join foodpanda lg.mcm mnlg caranya.sy dah cb reset paswood mcm kat google ajar vtapi x dpt.

    Reply

Leave a Comment