Cara Daftar Bungkusit Rider (Register Online, Gaji Besar)

Dunia penghantaran di Malaysia, bukan hanya tertumpu pada Grab Food rider anda Food Panda rider sahaja. Ada satu lagi produk tempatan yang dikenali dengan Bungkusit. Jika berminat, jemput baca cara daftar BungkusIT rider seperti di bawah ini.

 

Cara daftar Bungkusit rider

  1. Pada web browser anda, masukkan kata kunci bungkusit. Kemudian, pilih yang paling atas. Anda akan dibawa ke laman rasmi Bungkusit.
  2. Untuk lebih mudah, layari terus laman web rasmi Bungkusit di sini: https://bungkusit.com.my
  3. Kemudian, pada laman tersebut, tekan butang BECOME A RIDER.
  4. Pada laman seterusnya, anda akan dimaklumkan bahawa anda perlu download aplikasi BungkusIt Rider di Google Play Store untuk Android, atau di App Store untuk iOS.
  5. Download aplikasi ini di telefon pintar anda. Setelah download, buka aplikasi tersebut.
  6. Apabila anda buka aplikasi ini, akan tertera permintaan daripada aplikasi untuk mengakses kedudukan/lokasi semasa anda. Tekan Allow atau Deny.
  7. Kemudian, paparan hadapan akan tertera. Pergi ke bahagian bawah dan tekan butang Register.
  8. Pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan yang perlu anda isikan untuk meneruskan proses dan cara daftar Bungkusit rider
  9. Pada ruangan First Name, masukkan nama pertama/panggilan anda.
  10. Pada ruangan Last Name, masukkan nama keluarga anda. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh memasukkan nama anda sendiri pada ruangan First Name dan Last Name. Sebagai contoh, sekiranya nama anda ialah Muhammad Akmal, masukkan nama Muhammad pada ruangan First Name, manakala nama Akmal pada ruangan Last Name. Atau, anda boleh memasukkan nama Akmal pada ruangan First Name, manakala nama bapa anda pada ruangan Last Name.
  11. Pada ruangan IC Number, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  12. Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
  13. Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi. Pastikan anda telah memeriksa dahulu bahagian kod negara yang tertera di sebelah ruangan tersebut. Bagi kod nombor telefon di Malaysia, kod negara ialah +60.
  14. Pada ruangan Date of Birth (Optional), sekiranya anda mahu, tekan pada ruangan dan pilih tarikh lahir anda. Kemudian, tekan OK.
  15. Seterusnya, pada ruangan Country, masukkan negara untuk alamat surat-menyurat anda.
  16. Pada ruangan State, masukkan negeri untuk alamat surat-menyurat anda.
  17. Pada ruangan Zone, akan tertera ruangan Search. Masukkan bandar untuk alamat surat-menyurat anda. Untuk ruangan Zone ini, adalah untuk poskod alamat surat menyurat anda. Sekiranya poskod alamat anda bermula dengan digit 0, pada hasil carian, pilih bandar untuk alamat anda berserta poskod yang tertera hanya empat digit. Misalnya, sekiranya poskod anda ialah 05350 dalam bandar Alor Setar, maka anda perlu pilih pilihan yang tertera Alor Setar 5350.
  18. Pada ruangan Address, masukkan alamat surat-menyurat anda yang penuh.
  19. Pada ruangan Vehicle Type, masukkan kenderaan yang anda ingin gunakan untuk menjadi rider.
  20. Pada ruangan Vehicle Number Plate, masukkan nombor plat kenderaan anda.
  21. Pada ruangan Bank account Number, masukkan nombor akaun bank anda untuk urusan transaksi wang bersama syarikat Bungkusit sekiranya anda diterima sebagai rider.
  22. Pada Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  23. Pada ruangan Confirm Password, masukkan semula password yang anda baru cipta untuk akaun anda.
  24. Tekan pada link Terms and Conditions untuk membaca terma dan syarat untuk menjadi rider
  25. Sekiranya anda bersetuju, tekan back dan tick pada kenyataan tersebut.
  26. Kemudian, tekan butang REGISTER.
  27. Pendaftaran anda berjaya. Anda akan dihubungi oleh pihak Bungkusit sekiranya nama anda tersenarai untuk sesi saringan. Bagi anda yang menetap di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, anda akan diwajibkan untuk menghadiri training bersama Bungkusit sebelum menjadi rider.
  28. Anda juga boleh mendaftar menjadi rider Bungkusit dengan menekan link Click To Whatsapp di website Bungkusit, untuk berhubung terus dengan wakil pengambilan rider

 

Akhir kalam

Carilah apa-apa pekerjaan. Berusahalah mencari rezeki asalkan ia halal. Jangan pernah menyusahkan orang lain.

Kami berharap agar perkongsian cara daftar Bungkusit rider ini dapat membantu anda yang sedang mencari pekerjaan di luar sana.

Semoga bermanfaat.

5 thoughts on “Cara Daftar Bungkusit Rider (Register Online, Gaji Besar)”

Leave a Comment