Cara Memohon Pinjaman Amanah Ikhtiar (aim.gov.my)

Cara Memohon Pinjaman Amanah Ikhtiar (aim.gov.my)

Kepada anda di luar sana yang masih memikirkan tentang bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak AIM, jangan risau kerana pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara memohon pinjaman Amanah Ikhtiar untuk anda yang memerlukan.

Sedikit maklumat mengenai Amanah Ikhtiar

Pada 17 September 1987 Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) telah ditubuhkan di bawah Akta Amanah (1952) sebagai badan amanah persendirian. Penubuhan AIM adalah sebagai usaha mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia khususnya masyarakat luar bandar iaitu melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menjana pendapatan.

Cara memohon pinjaman Amanah Ikhtiar

Kepada anda yang ingin memohon pinjaman Amanah Ikhtiar, salah satu kaedah dan cara memohon pinjaman Amanah Ikhtiar yang paling senang dan ringkas adalah anda perlu mengisi borang permohonan anda secara online dan hantarkan permohonan anda kepada email dan pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia.

Berikut adalah cara memohon pinjaman Amanah Ikhtiar:


  1. Anda perlu mendapatkan borang permohonan Amanah Ikhtiar pada laman web rasmi Amanah Ikhtiar, iaitu www.aim.gov.my.
  2. Atau anda boleh sahaja klik pada pautan ini untuk terus mendapatkan borang permohonan Amanah Ikhtiar online anda.
  3. Setelah anda mendapatkan borang permohonan anda, anda perlu mengisi maklumat anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Pastikan anda mengisi maklumat yang benar kerana maklumat anda akan digunakan untuk menyemak kelayakan anda.
  5. Setelah anda selesai mengisi borang permohonan anda perlu menghantar borang tersebut.
  6. Selesai sudah proses permohonan pinjaman Amanah Ikhtiar anda.

Sekiranya anda seorang peniaga dan ingin mengetahui tentang cara memohon pinjaman perniagaan MARA, kami ada sediakan artikel khas buat rujukan anda.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENJADI SAHABAT AIM

  1. Taraf Kewarganegaraan

Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan (mykad) yang berumur 18 tahun ke atas.

  1. Had Kelayakan Pendapatan

Had kelayakan pendapatan isi rumah bagi menyertai AIM ialah RM3,050 dan per kapita ialah RM610.

  1. Had Nilai Pemilikan Aset

Had nilaian pemilikan aset mestilah tidak melebihi nilaian berikut:
a. Tanah bergeran di atas nama KIR atau bakal Sahabat dengan keluasan tidak lebih dari tiga (3) ekar.
b. Pemilik rumah sendiri dengan anggarannilai tidak lebih RM200,000.
c. Pemilik kenderaan dengan anggaran nilai semasa sebuah kenderaan tidak melebihi RM50,000.


PROSEDUR KEAHLIAN

  1. Pemohon, setelah disahkan layak menyertai AIM, perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 5 orang sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling percaya mempercayai di antara satu sama lain dan bertanggungjawab.
  • Kesemua ahli secara berkumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, 1 setengah jam sehari. PPK bertujuan memberi kefahaman tentang peraturan dan syarat-syarat AIM.
  • Setelah lulus dalam Ujian Pengikhtirafan Kumpulan iaitu satu ujian ringkas yang dijalankan di akhir proses PPK, semua ahli kumpulan perlu menyertai Pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 10 kumpulan.
  • Ahli Pusat atau lebih dikenali sebagai Sahabat akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat Pusat diadakan di tempat awam seperti dib alai raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan, penyerahan modal pembiayaan, bayar balik serta kutipan simpanan wajib dan TKKS diadakan di Mesyuarat Pusat.

 

Akhir kalam

Diharap agar perkongsian ini akan memudahkan urusan anda untuk mendapatkan pinjaman dan pembiayaan daripada pihak Amanah Ikhtiar.

Semoga bermanfaat.



Artikel Berkaitan

Cara Memohon Pinjaman Amanah Ikhtiar (aim.gov.my)

1 thought on “Cara Memohon Pinjaman Amanah Ikhtiar (aim.gov.my)”

Leave a Comment