Cara Daftar Astro On The GO (Register Percuma Online)

Astro On The GO ialah nama lama. Yang terbaru, hanya dipanggil Astro GO. Kami tahu, anda tidak peduli apa nama app itu. Sangat tidak penting. Yang penting, sebagai customer, bagaimana cara daftar Astro On The GO?

Sedikit mengenai Astro On The GO

Astro telah memperkenalkan Astro On The GO untuk memudahkan anda menonton siaran Astro di mana-mana sahaja.

Jika sebelum ini, anda perlu menonton siaran Astro di televisyen menggunakan dekoder Astro.

Kadangkala, anda perlu berebut dengan ahli keluarga anda yang ingin menonton siaran yang berbeza pada waktu yang sama untuk anda. Hal ini normal bagi sesebuah rumah yang hanya mempunyai satu sahaja dekoder Astro.

Kini, anda tidak perlu lagi berebut dengan ahli keluarga anda. Dengan hanya mempunyai sambungan Internet, anda boleh melanggan Astro On The GO untuk menonton siaran Astro yang anda inginkan melalui apa-apa peranti yang mempunyai sambungan Internet seperti telefon pintar anda ataupun komputer/laptop anda.

Astro Go

Adakah Astro On The GO percuma?

Sebelum itu, izinkan kami menjawab persoalan ini.

Ramai yang bertanyakan soalan ini.

Untuk makluman anda semua, sejak 2017, Astro sudah memberikan akses percuma kepada semua pelanggan. Tak kisah langganan apa sekalipun, anda tetap akan dapat Astro On The GO secara percuma

Cuma anda perlu daftar dan download untuk menikmati rancangan yang tersiar melalui Astro On The GO.

 

Cara daftar Astro On The GO

Pertama sekali, anda perlulah mendaftar dahulu di website Astro GO.

Sekiranya rumah anda mempunyai langganan televisyen berbayar untuk Astro, anda boleh menghubungkan akaun anda ini untuk menonton on-demand dan saluran-saluran dalam Astro yang merupakan sebahagian daripada langganan anda. Maksudnya, apa-apa siaran Astro yang anda boleh tonton di televisyen anda, anda juga boleh tonton di Astro GO.

Pendaftaran adalah percuma.

Langkah-langkah dan cara daftar Astro On The GO adalah seperti di bawah:

  1. Layari laman web https://astrogo.astro.com.my/.
  2. Anda akan disambung ke sebuah laman untuk mengenal pasti sama ada anda pelanggan Astro ataupun tidak.
  3. Tekan butang AN ASTRO CUSTOMER.
  4. Anda akan tiba di laman untuk membuat pendaftaran. Beberapa ruangan yang tertera adalah untuk pelanggan yang sudah mempunyai akaun Astro GO.
  5. Untuk anda yang belum mempunyai akaun, tekan link Click Here.
  6. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Account or Smartcard Number, masukkan nombor smartcard Astro anda ataupun nombor akaun Astro anda. Sekiranya anda ingin mendapatkan nombor akaun Astro anda, anda boleh dapatkannya di bil Astro anda (bil yang tertera TAX INVOICE – ada tertera Account Number di bil tersebut)
  7. Pada ID Type, pilih MyKad.
  8. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan bagi pemegang akaun Astro yang anda inginkan. Sekiranya anda, masukkan nombor kad pengenalan anda. Pastikan format untuk memasukkan nombor kad pengenalan anda sama seperti yang tertera di MyKad anda. (Misalnya, XXXXXX-XX-XXXX , menggunakan tanda sempang ““)
  9. Kemudian, tekan butang NEXT.
  10. Pendaftaran anda selesai. Anda boleh menikmati Astro GO pada bila-bila masa dengan login semula ke akaun anda.
  11. Pastikan anda mempunyai kuota Internet tiada had atau unlimited kerana penggunaan Astro GO untuk live streaming ke saluran Astro akan memakan kuota data Internet yang banyak.
  12. Tidak disyorkan untuk anda yang menggunakan pakej Internet yang mempunyai limit pada kuota.

 

Astro Go login

Setelah selesai buat pendaftaran, kini anda boleh login Astro On The GO.

Ikut langkah di bawah.

  1. Layari laman web rasmi Astro di sini: https://astrogo.astro.com.my
  2. Akan ada dua pilihan di sini
    • I AM AN ASTRO CUSTOMER
    • I AM A NON-ASTRO CUSTOMER
  3. Pilih I AM AN ASTRO CUSTOMER
  4. Pada bahagian Email/Mobile Number, masukkan email atau nombor telefon anda
  5. Pada bahagian Password, masukkan kata laluan anda.
  6. Klik LOG IN
  7. Kini anda sudah berjaya login Astro On The GO

 

Boleh tonton Astro GO di mana?

Seperti pautan di atas, anda boleh terus tonton rancangan yang diminati terus dari Astro on the GO web. Tidak perlu download app dari Google Play dan App Store.

Anda juga boleh menonton di Smart TV yang sudah sedia ada app Astro GO.

Cuma anda tidak boleh menonton Astro GO di peranti Android TV atau Apple TV.

 

Berapa orang boleh daftar Astro GO dengan 1 Smart Card?

Dengan menggunakan 1 nombor akaun atau 1 nombor Smart Card Astro, anda boleh mendaftar sehingga 4 peranti yang mempunyai capaian Internet, serta menonton Astro daripada 4 peranti tersebut secara serentak.

Manakala untuk filem Pay-Per-View atau siri-siri TV seperti Astro First, Astro Best dan filem-filem berbayar terpilih, 1 nombor akaun atau 1 nombor Smart Card boleh ditonton sehingga 2 peranti pada masa yang sama.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar cara daftar Astro On The GO dapat memudahkan hidup anda di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik Coronavirus COVID-19 ini.

Setiap ahli keluarga mempunyai minat yang berlainan, jadi kalau anda rasakan anda perlu juga untuk penuhi keinginan anda untuk tonton siaran yang anda inginkan, daftar ke Astro GO, sambungkan capaian Internet anda, dan tonton siaran yang anda inginkan.

Elakkan dari download Astro GO APK untuk Android yang mungkin boleh membawa ancaman kepada telefon bimbit dan privasi anda.

Alternatif kepada Astro On The GO ialah Netflix. Jika mahu, boleh langgan tempoh percubaan Netflix. Jemput baca cara langgan Netflix.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment