Pinjaman TEKUN Untuk Perniagaan 2020 (Peniaga Kecil)

Sekiranya anda salah seorang peniaga kecil yang perlukan bantuan kewangan untuk mengembangkan lagi bisnes, anda boleh cuba buat pinjaman TEKUN untuk perniagaan. Jemput baca perkongsian di bawah.

Cara mohon pinjaman TEKUN untuk perniagaan

Untuk makluman, pinjaman TEKUN tidak boleh dibuat secara online melalui www.tekun.gov.my. Mana-mana individu, usahawan atau peniaga kecil yang berminat untuk mendapatkan bantuan kewangan dari TEKUN, sila hadirkan diri ke mana-mana pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan.

Sila kemukakan permohonan pinjaman TEKUN dengan cara mengisi borang.

 

Syarat pembiayaan TEKUN untuk usahawan & peniaga kecil

Antara syarat pinjaman TEKUN untuk perniagaan adalah seperti di bawah:

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
  7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
  10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  11. Pemohon pinjaman TEKUN untuk perniagaan mestilah telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang baru ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
  12. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  13. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  14. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran:
  15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  16. Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise

 

Jenis skim pembiayaan bisnes TEKUN

Berikut ialah antara skim pinjaman TEKUN untuk perniagaan yang ada:

1) Skim Pembiayaan Kecil ( SPK )
  • Jumlah bantuan adalah dari >RM 10,000 – RM50,000
  • Tempoh bayaran sehingga 5 tahun
2) Skim Pembiayaan Sederhana ( SPS )
  • Jumlah bantuan adalah dari >RM 50,000 – RM100,000
  • Tempoh bayaran sehingga 10 tahun

 

Processing fee atau yuran wakalah TEKUN

Untuk makluman, ada sedikit yuran dikenakan untuk buat pinjaman TEKUN. Maklumat lanjut seperti di bawah:

Jika buat pinjaman TEKUN sebanyak > RM 10,000 – RM 20,000
Yuran yang perlu dibayar ialah RM 150

Jika buat pinjaman TEKUN sebanyak > RM 20,000 – RM 30,000
Yuran yang perlu dibayar ialah RM 200

Jika buat pinjaman TEKUN sebanyak > RM 30,000 – RM 40,000
Yuran yang perlu dibayar ialah RM 250

Jika buat pinjaman TEKUN sebanyak > RM 40,000 – RM 50,000
Yuran yang perlu dibayar ialah RM 300

Jika buat pinjaman TEKUN sebanyak > RM 50,000 – RM 100,000
Yuran yang perlu dibayar ialah RM 500

Usahawan TEKUN dan peniaga kecil juga diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Usahawan TEKUN juga akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Plan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA – Group Personal Accident) dan Plan Takaful Kredit.

Interest pinjaman TEKUN untuk perniagaan

Usahawan dan peniaga kecil diminta membayar kadar keuntungan atau interest sebanyak 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.

Untuk membuat bayaran balik pinjaman, peminjam perlu buat bayaran di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh.

 

Akhir kalam

Kalau rasa terdesak atas sebab-sebab peribadi dan inginkan pinjaman kecemasan segera, janganlah buat pinjaman TEKUN untuk perniagaan pula. Peribadi biar peribadi. Jangan campur dengan perniagaan pula.

Semoga semua usahawan dan peniaga kecil di luar sana dipermudahkan urusan perniagaan.

Semoga bermanfaat.

 

3 thoughts on “Pinjaman TEKUN Untuk Perniagaan 2020 (Peniaga Kecil)”

  1. Saya hendak membaiki baik pulih kedai,,dan beli barang2 yg telah rosak,,contohnya kerusi meja,,dan pelbagainya,,harap2 tekun dapat membantu kami until teroskn perniagaan kami,,

    Reply
  2. Semoga dipermudahkn urusan kami,,,pencarian kami hanya di kedai makan sahaja,,kami harap tekun dapat membantu kami insylh,,,

    Reply
  3. Asalamualaikum sy nak meneruskan perniaga saya bagi membeli keperluan barang barang dan juga untuk membayar sewa kedai..harap tekum dapat membantu..tks..

    Reply

Leave a Comment