Cara Login Affin Online (rib.affinonline.com)

Online banking kini menjadi salah satu pilihan utama untuk melakukan transaksi perbankan tanpa perlu ke bank. Pelbagai bank kini menyediakan platform khas untuk perbankan online ini bagi memudahkan urusan penggunanya. Salah satu bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan online adalah Affin Bank. Jadi bagaimanakah cara login Affin online banking ini buat mereka yang baru pertama kali menggunakan perkhidmatan Affin online banking.

Jadi pada hari ini izinkan kami berkongsi dengan anda cara login Affin online banking.

1. Cara login Affin Online Banking

Perlu diingat bahawa langkah ini adalah untuk pengguna yang telah mendaftar akaun bank mereka bersama Affin Bank. Bagi mereka yang belum mendaftar akaun bank dengan Affin Bank anda boleh klik pada cara daftar Affin Bank Online.

  1. Bagi anda yang ingin melakukan transaksi bank buat pertama kali dengan Affin Online Banking, pertama anda harus membuka laman web rasmi Affin Bank untuk log masuk ke akaun bank anda.
  2. Anda boleh membuka laman web rasmi Affin Bank pada pautan https://rib.affinonline.com/rib/pb/logon.
  3. Setelah membuka laman web pada pautan tersebut anda perlu cari dan klik pada “First time login”.
  4. Kemudian anda akan diminta untuk mengisi dan memasukkan maklumat peribadi anda seperti nombor kad anda, jenis ID anda, nombor ID anda dan nombor pin anda (nombor pin anda adalah nombor pin yang anda cipta semasa melakukan pendaftaran atau yang anda minta dari pihak bank).
  5. Setelah itu tekan “Login”.
  6. Kemudian anda perlu klik pada “Request TAC” untuk mendapatkan TAC anda.
  7. TAC akan dihantar pada nombor telefon anda yang anda telah daftarkan bersama pihak bank.
  8. Setelah mendapat TAC anda perlu masukkan nombor TAC tadi ke dalam ruangan yang disediakan dan tekan “Continue”.
  9. Di halaman seterusnya anda akan diminta untuk mencipta nama pengguna anda, kata laluan anda, e-mel anda dan kata laluan keselamatan. Kemudian anda perlu memilih Secure Image anda dan klik “Submit”.
  10. Jawab Challenge Question dan tekan pada “Submit”.
  11. Selesai sudah proses “First Time Login” anda.
  12. Cara login Affin Online ini sudah selesai.

 

2. Sedikit mengenai Affin Bank

Affin Holdings Berhad ditubuhkan pada 31 mei 1975 sebagai sebuah syarikat persendirian di bawah nama IMA Sendirian Berhad. Namun pada 2 mac 1991 pihak IMA Sendirian Berhad menukar nama kepada Affin Holdings Sendirian Berhad. Affin bank adalah salah satu bank komersial yang berada di Malaysia selain Maybank dan RHB bank dan Affin bank dimiliki oleh Affin Holdings Berhad.

 

Sedikit maklumat mengenai perbankan online (online banking)

Perbankan online membolehkan anda untuk mengurus akaun bank anda secara atas talian melalui rangkaian internet menerusi peranti telefon pintar anda ataupun komputer.

Dengan adanya online banking anda tidak perlu lagi ke bank untuk menyelesaikan transaksi bank anda. Anda boleh melakukan aktiviti perbankan anda di rumah sahaja.

Apa itu perbankan online ?

Perbankan online atau online banking melibatkan anda sebagai pengguna dengan pihak bank melalui jaringan internet dan memanfaatkan teknologi internet sebagai media utama untuk melakukan transaksi dan segala aktiviti perbankan anda. Affin Bank merupakan salah satu contoh bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan online ini.

Kelebihan perbankan online ?

Membayar bil-bil anda secara online sahaja

Anda tidak perlu lagi ke kaunter Affin Bank untuk menyelesaikan bil-bil anda, kini semuanya di hujung jari anda sahaja. Anda boleh melakukan transaksi membayar bil secara online sahaja. Anda boleh melakukan pembayaran bil di laman web rasmi bank anda.

Melihat dan menyemak transaksi bank anda

Online banking memberi anda kelebihan untuk menyemak banking history anda dan melihat kesemua transaksi bank anda. Segala aktiviti perbankan anda akan direkod oleh pihak bank seperti perbelanjaan anda dan jumlah duit yang ada dalam bank anda.

Memindahkan wang antara akaun bank

Anda boleh melakukan pemindahan wang dengan cepat dengan menggunakan perbankan online kerana semuanya dilakukan secara online dengan cepat dan senang bersama Affin Online Banking.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian ini dapat memudahkan urusan perbankan online anda bersama Affin Bank.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Leave a Comment