BSN DuitNow (Cara Instant Transfer Dari myBSN Online ke Bank Lain)

Jika anda selalu menggunakan Maybank2u, pasti pernah guna fungsi Instant Transfer untuk membuat pindahan wang. Sebaliknya, jika anda guna Bank Simpanan Nasional, mesti pelik sebab tak ada butang BSN Instant Transfer. Sebenarnya ada sahaja. Cuma ia dipanggil BSN DuitNow.

Izinkan kami berkongsi.

1. Apa itu BSN DuitNow?

DuitNow ialah satu perkhidmatan baru yang membolehkan anda transfer duit ke akaun orang lain. Perkhidmatan ini ada di kesemua bank-bank di Malaysia, dan bukannya untuk BSN sahaja.

Perbezan dengan pindahan wang biasa menggunakan GIRO ialah anda tidak memerlukan nombor akaun bank penerima untuk transfer duit.

Yang menariknya, anda hanya memerlukan ID DuitNow penerima untuk melakukan pemindahan. Maksudnya, anda boleh buat Instant Transfer guna BSN DuitNow ke bank-bank lain seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain hanya menggunakan:

  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon
  • Nombor Passport
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  • Nombor Akaun

 

2. Macam mana cara nak guna BSN DuitNow?

Berikut ialah panduan ringkas untuk membuat Instant Transfer menggunakan BSN DuitNow:

  1. Layari laman web rasmi myBSN di sini: https://mybsn.com.my
  2. Masukkan Username
  3. Klik butang Login
  4. Sahkan Security Image
  5. Jika gambar tersebut ialah gambar yang anda pilih semasa buat pendaftaran, tekan butang Yes
  6. Masukkan Password
  7. Klik butang Login
  8. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem online banking myBSN
  9. Klik menu Transfer di menu sebelah kiri
  10. Akan ada beberapa pilihan iaitu:
    • Own Accounts
    • 3rd Party Account
    • Interbank Fund Transfer
  11. Pilih Interbank Fund Transfer
  12. Anda akan berada di bahagian 1; Enter Transfer Info
  13. Untuk Enter Transfer Info, akan ada dua pilihan Transfer Type
    • DuitNow
    • Interbank GIRO
  14. Pastikan anda pilih DuitNow untuk real time transfer
  15. Jangan pilih Interbank GIRO. Jika anda pilih ini, penerima mungkin perlu menunggu beberap ahari
  16. Lengkapkan maklumat yang lain-lain seperti:
    • From Account
    • Transfer To
    • Id Type
    • My Favourites
    • Amount (RM)
    • Recipient Reference
    • Additional Info (Optional)
      • Other Details
      • Notify Via Email
  17. Anda kini berada di bahagian 2; Transfer Confirmation
  18. Sila semak buat pengesahan bahawa semua maklumat pindahan wang adalah betul. Antaranya:
    • Transfer Type
    • From Account
    • Beneficiary Details:
      • Recipient’s Bank
      • Recipient’s Name
      • Account Number
      • Transaction Type
    • Payment Details:
      • Amount (RM)
      • Service Charge (RM)
      • Recipient Reference
      • Other Details
      • Notify Via Email
  19. Seterusnya, anda akan dapat lihat ruangan TAC
  20. Klik Request TAC untuk menerima SMS di telefon bimbit anda yang berdaftar dengan BSN
  21. SMS ini mengandungi nombor-nombor yang perlu dimasukkan ke dalam ruangan TAC
  22. Masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS tadi
  23. Tick Yes, I confirm that I have read and understand for DuitNow Terms and Conditions
  24. Tekan butang Confirm
  25. Anda sekarang berada di bahagian 3; Transfer Acknowledgement
  26. Anda akan dapat lihat beberapa maklumat yang terpapar di sini:
    • Reference Number
    • Transaction Status (Successful)
    • From Account
    • Beneficiary Details
    • Payment Details
      • Amount (RM)
      • Service Charge (RM)
      • Recipient Reference
      • Other Details
      • Notify Via Email
      • Balance After Transfer (RM)
      • Transaction Date, Time
  27. Tekan butang Print untuk simpan maklumat-maklumat ini untuk rujukan akan datang
  28. Ini adalah penting sekiranya ada masalah duit tak masuk ke dalam akaun yang kita hantar tadi
  29. Tekan butang Add to Favourite jika ingin memudahkan urusan pindahan wang akan datang
  30. Tekan butang Make Another Transfer jika anda ingin buat urusan Instant Transfer ke bank-bank yang lain
  31. Selesai

 

3. Berapa limit untuk pindahan wang BSN DuitNow?

Had pindahan wang menggunakan BSN DuitNow ialah RM50,000 untuk satu transaksi.

Mohon izin kami berikan contoh:

  • Jika anda mahu transfer BSN ke Maybank sebanyak RM50,000, itu dikira satu transaksi
  • Dan seterusnya, jika anda mahu transfer bank lain, itu dikira satu lagi transaksi.
  • Maksudnya di sini, RM50,000 ialah per transaksi, bukan had pindahan untuk satu hari.

Tambahan lagi, transfer limit ini bukan hanya tertakluk kepada BSN sahaja. Bank-bank lain juga mempunyai transfer limit yang sama.

 

4. Ada masalah dengan online transfer BSN?

Sekiranya anda masih tidak jelas dengan penerangan kami atau mempunyai masalah untuk menggunakan DuitNow, kami sarankan anda hubungi BSN Hotline seperti di bawah:

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan BSN DuitNow ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda. Jangan menggelabah jika tidak boleh buat Instant Transfer BSN ke bank-bank lain. Baca, fahamkan dan lakukan.

Cara guna DuitNow juga cukup ringkas. Kami yakin, orang yang tidak biasa juga boleh melakukan transaksi secara atas talian melalui myBSN dengan mudah.

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “BSN DuitNow (Cara Instant Transfer Dari myBSN Online ke Bank Lain)”

  1. Hai, saya baru belajar guna Duit Now, tapi saya silap, sy guna Ic number, dah follow apa dia nak, sampai successful transfer. Masalah nya sekarang saya confuse kemana akan duit tu masuk sbb tadi takda saya tekan no account.

    Reply
  2. Saya da daftar untuk bsn online banking,tetapi pada bahagian menu tiada untuk transfer duit ke bank lain DuitNow macam mana ya?

    Reply
  3. Saya dan daftar untuk BSN online baking.tetapi pada bahagian menu tiada transfer duit ke bank lain duitnow macam mana ini ya

    Reply
  4. BSN ni leceh betul, kadang2 dah letak no account dia mintak lagi suruh isi ic number. Kadang org sampai pelik nak transfer duit sampai kena mintak no ic.

    Reply

Leave a Comment