Cara Pinjam Kredit Tune Talk (SOS Topup / Credit Advance)


Jika anda seorang pengguna prepaid dan sudah tidak ada kredit langsung untuk buat panggilan atau melayari Internet, jangan panik. Selain pinjam kredit dari kawan atau keluarga, anda sebenarnya boleh gunakan pinjam kredit Tune Talk atau juga dipanggil SOS topup.

SOS itu ialah satu kependekan yang merujuk kepada seseorang yang minta pertolongan.

Di Malaysia, terma SOS Top Up sebenarnya digunakan oleh Maxis Hotlink. Namun, bagi kebanyakan pengguna lain seperti Celcom, Digi, Tune Talk dan U Mobile, mereka tetap memanggilnya SOS Topup. Semua jenis top up kecemasan yang memerlukan pinjaman kredit dipanggil SOS topup.

Untuk Tune Talk, terma sebenar ialah Pay Later.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara pinjam kredit Tune Talk (SOS topup)

Berikut ialah langkah mudah untuk pinjam kredit Tune Talk. Guna dulu, bayar kemudian.

  1. Muat turun aplikasi Tune Talk Pay Later.
  2. Jika anda menggunakan telefon Android, dapatkan di Google Play Store di sini.
  3. Jika anda menggunakan telefon iPhone, iaitu menggunakan perision iOS, dapatkan di App Store di sini.
  4. Install sehingga selesai
  5. Buka aplikasi Tune Talk Pay Later tadi
  6. Setelah buka aplikasi Tune Talk Pay Later, isi nombor telefon anda untuk log masuk.
  7. Anda akan menerima SMS daripada Tune Talk mengandungi empat digit untuk pengesahan permohonan pinjaman anda.
  8. Masukkan empat digit tersebut di ruangan yang disediakan untuk diisi.
  9. Periksa baki anda dengan dial *127#.
  10. Di bawah Request Airtime, pilih jumlah untuk pinjaman anda.
  11. Sahkan dan pinjaman anda berjaya.
  12. Proses SOS topup Tune Talk anda kini sudah selesai

Untuk makluman, apabila baki kredit anda adalah rendah, anda akan menerima SMS daripada Tune Talk yang menawarkan pinjaman kredit secara automatik. Terpulang pada anda samada mahu terima tawaran dari TuneTalk atau tidak.

 

2. Bagi pinjam kredit Tune Talk guna app

Jika keluarga atau rakan anda pula tidak ada kredit, anda boleh berkongsi dengan mudah menggunakan aplikasi Tune Talk.

  1. Download dan install aplikasi Tune Talk
  2. Tekan tanda tambah (+)
  3. Pilih Credit Transfer
  4. Masukkan nombor telefon penerima
  5. Pilih amaun yang dikehendaki
  6. Tekan butang Confirm
  7. Anda akan terima SMS pengesahan
  8. RM0.50 akan dikenakan kepada penghantar dan penerima
  9. Selesai

 

3. Beri pinjam kredit TuneTalk guna kod USSD

Berikut ialah cara untuk berkongsi kredit menggunakan USSD, direct melalui telefon bimbit anda:

  1. Dail *111#
  2. Pilih 4. Credit
  3. Pilih 2. Transfer
  4. Masukkan nombor telefon penerima
  5. Masukkan jumlah amaun yang ingin diberi
  6. Anda akan terima SMS pengesahan
  7. RM0.50 akan dikenakan kepada penghantar dan penerima
  8. Selesai

 

4. Maklumat lanjut TuneTalk

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, boleh hubungi Customer Careline dengan dail 13100 dari telefon bimbit anda yang menggunakan sim Tune Talk. Anda juga boleh hubungi 03-27717000.

Alternatif lain, boleh cuba hantar email ke [email protected]

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara pinjam kredit Tune Talk ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Gunakanlah servis ini sebaik mungkin di saat anda betul-betul memerlukannya.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Cara Pinjam Kredit Tune Talk (SOS Topup / Credit Advance)”

  1. ape masaalah tune talk pay later ye..127 tidak berfungsi..aduhhhh la knpe blh jd mc ni..rasa nk je buang sim tune talk ni..ape ke jadah duk dlm fon ni kalau semua nya xblh guna…

    Reply
  2. Tune talk sampah..paylater dah tak wujud. Nak tukar ke rangkaian lain lepas ni..madam mana la dia boleh kata dia rangkaian terbesar dalam malaysia..puihhhh

    Reply

Leave a Comment