BPN Gagal Kredit, Tapi Status Lulus (Duplikasi Permohonan)


Ramai yang tertanya-tanya, kenapa status BPN Gagal Kredit, sedangkan sudah Lulus permohonan?

Sila ambil maklum bahawa ini adalah status bagi BPN 1.0 yang lama. Untuk BPN 2.0, sila rujuk maksud status Duplikasi Permohonan BPN.

Kenyataan dari Malaysia Government Call Centre

BPN Gagal Kredit Duplikasi Permohonan

Untuk makluman, pihak MyGCC di Twitter telah memaklumkan bahawa pihak LHDN sebelum ini telah mengatakan bahawa jika permohonan Bantuan Prihatin Nasional adalah berstatus LULUS, anda tidak perlu buat apa-apa.

Ini adalah terpakai untuk golongan B40 yang memang penerima BSH sebelum ini, dan juga golongan M40 pembayar cukai di LHDN.

Secara ringkasnya, jika mendapat status Lulus;

  • Anda tidak perlu buat apa-apa
  • Anda tidak perlu buat permohonan baru
  • Anda tidak perlu buat semakan BPN

Kenapa status Gagal Kredit?

BPN Gagal Kredit

Apabila anda ingkar arahan ini dengan membuat permohonan baru walaupun sudah lulus, ini akan mendatangkan masalah kerana duplikasi permohonan.

 

Apa maksud duplikasi permohonan BPN?

Masalah Gagal Kredit ini akan berlaku apabila anda buat permohonan baru, sedangkan anda sudah lulus.

Duplikasi di sini bermakna anda buat permohonan sekali lagi, sedangkan anda sudah lulus.

Ini bermakna ada satu nama yang sama, tetapi dua permohonan.

 

Apa maksud Gagal Kredit?

Status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

Selain duplikasi permohonan, ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:

  • Akaun bank tidak aktif
  • Nombor akaun bank yang salah
  • Tersilap masukkan nombor akaun bank
  • Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPN

Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.

Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal BPN dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat. Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.

 

Apa maksud status Berjaya Kredit?

Berlainan dengan Gagal Kredit, status Berjaya Kredit menunjukkan bahawa ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

 

Akhir kalam

Seperti yang dimaklumkan oleh MyGCC, sila tunggu No Siri diberikan sebelum marah-marah dan menyerang mana-mana pegawai LHDN.

Harap bertenang dan jangan terlalu risau. Duit BPN tetap ada.

Jika sudah ada No Siri, anda boleh tunaikan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Bukan semasa PKP.

Semoga bermanfaat.

80 thoughts on “BPN Gagal Kredit, Tapi Status Lulus (Duplikasi Permohonan)”

  1. fasa pertama Berjaya..rm10000 fasa kedua bayaran tidak lulus..sebab permohonan ada syarikat..sedang tak ada semua ni..??

  2. Saya Hussin Bibi Mir Mohd,Khan. Saya ada mohon BPN dan dah Lulus tetapi belum dapat duit lagik dan saya baru tahu sebabnya. Nombor account Bank saya ada salah satu mata semasa saya ngisi nya: Jadi masa alah sekarang macam mana nak buat correction atau kemaskini, saya dapat log in kedalam profile saya, tetapi, nombor account Bank tak dapat di ubah, Sekian wassalam, Saya perlu bantuan.

  3. kerana suami cik dah buat permohonan, jadi dia dikira sekali, suami isteri cuma seorang sahaja

  4. Kenapa bpn saya lulus tapi gagal krdit lepas tu di kata kan sebab ingkar arahan kerana selalu membuat semakan dan telah membuat permohonan baru lagi ..sedang saya tiada langsung membuat permohonan baru lagi .. Saya betul betul tidak faham..lepas suruh tunggu nombr siri keluar ..berapa lama lagi saya perlu tunggu cik .. Encik tolong jelas kan kepada saya

  5. The Status Permohonan is LULUS and Status Kredit shows Gagal kredit, but they didn’t gave me the Number Siri, what do I do now?

  6. bpn lulus berjaya kredit tp g bank duit x masuk..macam mana tu..paparan maklumat bayaran 18.5.2020 berjaya kredit tp td g bsn duit xde..apa nk buat

  7. permohonan bpn yg pertama rm1000 sya dh dpt.. tapiii bpn fasa kedua yg rm600 sya cek, permohonan tidak layak.. knp pulak tidak layak sedangkan yg pertama lulus dpt rm1000

  8. kenapa kod invalid beneficiary sedangkan waris saya adalah ibu saya sendiri .. ini tidak masuk akal

  9. kenapa kod invalid beneficiary sedangkan waris saya adalah ibu saya sendiri .. ini tidak masuk akal

  10. Nak tahu jugak, kata no akaun tak sama dengan permohon tk diluluskan. Tapi saya punya macam mana boleh terlepas dari pihak ketiga? Saya sampai sekarang tak dapat. Pelik tengok benda ni. Tolong jelas kan

  11. Ingin nak selesaikan masalah bpn. Kerana dah buat akaun baru bsn .macam mana nak kemaskini no akaun baru dan no telephone baru. Sekian Terima kasih…

  12. Jika gagal kredit akaun akaun guna RHB perlu ke RHB atau BSN untuk tunai dan tunjukkan no baucer?

  13. Saya tidak membuat apa2 semakan mahupun permohonan baru sebab ada dapat waktu BPN 1.0.
    BPN 2.0 ni tak dapat2.
    Bila check, kata GAGAL Kredit, and invalid beneficiary name.
    Macam mana boleh invalid kalau akaun tu still active and memang nama yg sama?
    Tak de pun duplicate permohonan atau akaun tak aktif.

  14. Fasa 1 boleh akaun aktif x ada pohon baru dah lulus…kalau pohon baru itu nama bangang i sinar elok boleh ambil kalau x aktif dah tentu x boleh ambl..tgggu no boucer lps pkp blh ambl pkp xtaw ble hbs itu bodo namanyeee

  15. 08/06/2021
    400 GAGAL KREDIT

    INVALID INDIVIDUAL ID NUMBER

    Apa maksud nya ya ? BPN LULUS tapi keluar kod tak berjaya macamni

  16. Saya nak Tanya., Status sy Lulus, tp bank sy x aktif., So gagal credit., Tp sy check no baucer tidak ada., Yang fasa 2., So saya nak berurusan dengan siapa ye.,??

Leave a Comment