Bantuan Kita1Keluarga RM800 (Permohonan Kita 1 Keluarga)

Bagi sesiapa yang terkesan dengan wabak pandemik Coronavirus Covid-19, anda kini boleh memohon Bantuan Kita1Keluarga secara online.

Inisiatif ini dijalankan oleh Taiwan Buddhist Tzu-Chi Foundation Malaysia. Dana yang disalurkan adalah bersumberkan derma dari orang ramai.

Kelayakan untuk memohon bantuan Kita 1 Keluarga

  • Pemohon mestilah pemegang status warganegara Malaysia
  • Pemohon menetap samada di Kuala Lumpur, Selangor atau Putrajaya
  • Jumlah pendapatan keluarga sebelum wabak adalah tidak melebihi RM3,000
  • Jika Isi Rumah hanya seorang sahaja, jumlah pendapatan perseorangan adalah tidak melebihi RM1,500
  • Pendapatan isi rumah terjejas disebabkan wabak Coronavirus Covid-19 dan juga PKP; yang berkurangan sehingga 50%
  • Pemohon tidak menerima bantuan tunai dari NGO termasuk Tzu Chi pada masa permohonan.
  • Jika anda penerima subsidi kerajaan, seperti JKM, Bantuan Prihatin dan Bantuan Sara Hidup; anda juga masih layak membuat permohonan ini

 

Cara mohon Bantuan Kita1Keluarga RM800

Sila ambil makluman. Tarikah permohonan bantuan Kita1Keluarga ini hanya dibuka bermula 12 Julai 2020 sehingga 27 Julai 2020 sahaja.

  1. Layari laman web rasmi Tzu Chi di sini: https://www.tzuchi.my/ms/kita1keluarga/application
  2. Jika tidak boleh diakses, ini bermakna permohonan sudah ditutup
  3. Sila baca syarat dan kriteria yang dinyatakan
  4. Tekan butang Confirm
  5. Isikan borang yang disediakan melalui aplikasi Zoho dengan lengkap
  6. Tekan butang Send untuk menghantar permohonan bantuan
  7. Permohonan bantuan Kita 1 Keluarga akan diproses

 

Semakan status bantuan RM800 Tzu Chi

Permohonan sudah ditutup pada 27 Julai 2020 yang lalu. Keputusan samada permohonan LULUS atau TIDAK LULUS akan dimaklumkan oleh pihak Tzu Chi pada 17 Ogos 2020.

Untuk maklumat, pembayaran bantuan ini akan diberikan selama 3 bulan berturut-turut. Bayaran akan dibayar untuk bulan September, Oktober dan November 2020.

Kami akan kemaskini laman ini sejurus mendapat maklumat dari pihak terbabit.

 

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan Kita1Keluarga RM800 ini, sila hubungi melalui:

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik program Tzu Chi yang sudi membantu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Bagi anda yang sudah memohon BPN dan BSH, anda digalakkan untuk cuba bantuan Kita 1 Keluarga pula.

Mudah-mudahkan, dipermudahkan urusan.

Jika anda seorang warga emas iaitu berusia 60 tahun dan ke atas, anda layak untuk mohon bantuan bulanan Warga Emas sebanyak RM350.

Semoga bermanfaat.

26 thoughts on “Bantuan Kita1Keluarga RM800 (Permohonan Kita 1 Keluarga)”

  1. Minta bantuan saya tidak berkerja tagan saya cacat saya dah khawin memang banyak susah saya pencen socso sahaja pendapatan sebulan rm 482 ringgit sahaja tolong bantu saya dan fahami masalah saya sekian terima kasih

    Reply
  2. boleh saya dapat bantuan kita 1 keluraga sya berkeja am gaji rm800 sebulan dah berkawin gaji isteri sya 1200 sya mohong dgn jaSA baik tuan agar pemohanan sya lulus

    Reply
  3. Saya POH SIN HOCK tak dapat kerja, nak minta tolong sebab umur saya 56 susah dapat kerja doctor cakap saya jantung sakit tak boleh kerja berat, harap boleh bantu saya terima kasih.

    Reply
  4. Saya Subramaniam 821029025833 telah diberhentikan kerje pemandu lori disebabkn pkp… Majikan xdapt nk bayar gji… Disebabkn xbanyak job.. Sy dh kawin dn ade 4 orang ank… Mohon bantuan one off rm500
    106230002049
    Mybank
    SUBRAMANIAM
    0102760988

    Reply
  5. Husband saya lama tak keja sebab pkp.. bos dia pun tak blh nak bayar gaji..kami ada satu anak and baru2 ni kami kena halau dari rumaa

    Reply
  6. Sya ibu tunggal 47th status fakir miskin…..sdah 3 bulan lnsung tiada pndapatan hanya bgntung pada rm300 sbulan duit zakat sahaja.mohon bantuan kecemasan one off utuk byar bil2 ttungak.

    Reply

Leave a Comment