Bantuan Kita Selangor 2.0 (Senarai Penuh Pada 9 Jun 2021, 2PM)

Bantuan Kita Selangor 2.0 (Senarai Penuh Pada 9 Jun 2021, 2PM)

Pada bulan Januari 2021 yang lalu, kerajaan negeri Selangor telah melancarkan pakej Kita Selangor. Memasuki suku ketiga 2021, kerajaan negeri Selangor sekali lagi melancarkan satu lagi pakej Bantuan Kita Selangor 2.0.

Walau bagaimanapun, seperti bantuan Kita Selangor 1.0, kami menjangkakan tidak ada bantuan dalam bentuk wang tunai seperti negeri Sarawak dengan BKSS.

1. Bila bantuan Kita Selangor ini akan diumumkan?

Bantuan Kita Selangor 2.0 akan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 9 Jun 2021. Ini seperti yang dimaklumkan oleh Twitter Pejabat SUK Selangor


 

2. Apa jenis bantuan kali ini?

Memetik ciapan dari Twitter Media Selangor, besar kemungkinan bantuan ini akan menyasarkan untuk:

  • Bantuan vaksin COVID-19 untuk warga Selangor
  • Insentif peniaga kecil
  • Insentif PdPR
  • Bakul Makanan

Kami akan terus kemaskini laman ini selepas pengumuman nanti.

 


3. Siapa yang bakal terima bantuan ini?

Kerajaan Selangor sangat prihatin dengan rakyat yang mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Dikhabarkan bahawa, golongan ini bakal menerima faedah bersasar:

  • Golongan B40
  • Warga emas
  • Ibu-bapa pelajar bersekolah
  • Mahasiswa

 

4. Kenapa wujud bantuan ini?

Kerajaan Selangor sangat prihatin dengan rakyat yang mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Tambahan lagi, negeri Selangor adalah negeri yang paling ramai dijangkiti Covid-19.

Jadi, peruntukan ini ini bakal membantu ramai yang terkesan dengan pandemik dan juga PKP 3.0


 

Akhir kalam

Kami menyambut baik usaha kerajaan negeri yang gigih membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

Semoga bermanfaat.

 


Artikel Berkaitan

Bantuan Kita Selangor 2.0 (Senarai Penuh Pada 9 Jun 2021, 2PM)

Leave a Comment