Bantuan Kita Selangor 2.0 (Senarai Penuh Pada 9 Jun 2021, 2PM)

Pada bulan Januari 2021 yang lalu, kerajaan negeri Selangor telah melancarkan pakej Kita Selangor. Memasuki suku ketiga 2021, kerajaan negeri Selangor sekali lagi melancarkan satu lagi pakej Bantuan Kita Selangor 2.0.

Walau bagaimanapun, seperti bantuan Kita Selangor 1.0, kami menjangkakan tidak ada bantuan dalam bentuk wang tunai seperti negeri Sarawak dengan BKSS.

1. Bila bantuan Kita Selangor ini akan diumumkan?

Bantuan Kita Selangor 2.0 akan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari pada 9 Jun 2021. Ini seperti yang dimaklumkan oleh Twitter Pejabat SUK Selangor

 

2. Apa jenis bantuan kali ini?

Memetik ciapan dari Twitter Media Selangor, besar kemungkinan bantuan ini akan menyasarkan untuk:

  • Bantuan vaksin COVID-19 untuk warga Selangor
  • Insentif peniaga kecil
  • Insentif PdPR
  • Bakul Makanan

Kami akan terus kemaskini laman ini selepas pengumuman nanti.

 

3. Siapa yang bakal terima bantuan ini?

Kerajaan Selangor sangat prihatin dengan rakyat yang mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Dikhabarkan bahawa, golongan ini bakal menerima faedah bersasar:

  • Golongan B40
  • Warga emas
  • Ibu-bapa pelajar bersekolah
  • Mahasiswa

 

4. Kenapa wujud bantuan ini?

Kerajaan Selangor sangat prihatin dengan rakyat yang mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Tambahan lagi, negeri Selangor adalah negeri yang paling ramai dijangkiti Covid-19.

Jadi, peruntukan ini ini bakal membantu ramai yang terkesan dengan pandemik dan juga PKP 3.0

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik usaha kerajaan negeri yang gigih membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

Semoga bermanfaat.

 

1 thought on “Bantuan Kita Selangor 2.0 (Senarai Penuh Pada 9 Jun 2021, 2PM)”

  1. kenapa bantuan BKC untuk yang hilang pendapatan hanya golongan yang berkerja mempunyai potongan EPF dan SOCSO sahaja yang layak. kami golongan penjaja pasar malam tidak layak atas sebab GKP. GKP adalah bantuan kerugian dan modal untuk menyambung semula perniagan. Jadi telah digunakan untuk yang sepatutnya. BPR kami tak layak,juga BPN dan untuk jaringan prihatin bagi memudahkan pembelajaran anak pun tak layak untuk penerima GKP. Pada pihak yang berwajib,kami penjaja pasar malam ni bukan peroleh keuntungan ribuan ringgit dan kami juga mempunyai kehidupan yang sama dgn golongan yang mempunyai potongan EPF/SOCSO. Jadi renungkanlah atau fikirkanlah samaada betul atau tidak dgn cara begini.

    Reply

Leave a Comment