Semakan Kelayakan BKC (Jika Tepati Kriteria, Tak Perlu Mohon)

Terlalu ramai yang bertanya, “Macam mana cara untuk mohon BKC?”. Antara lain, ada juga melemparkan soalan “Betul ke tak payah mohon Bantuan Khas COVID? Memang automatik layak ke?”. Izinkan beri peluang pada kami untuk berkongsi berkenaan semakan kelayakan BKC yang ramai orang tidak faham atau terlepas pandang.

Izinkan kami kongsi berkenaan cara semak kelayakan BKC.

1. Semakan kelayakan BKC mengikut kategori

Jika anda layak menerima bantuan BPR sebelum ini, maka anda juga layak menerima bantuan BKC.

Simple.

Tak perlu pening-pening kepala bertanya sana-sini samada layak atau tidak.

Cuma dalam Bantuan Khas COVID ini, ada tambahan kategori baru iaitu Golongan Miskin Tegar.

Kategori Miskin Tegar
  • Bujang
  • Isi rumah (sudah berkahwin)
  • Warga emas sebatang kara
Kategori B40
  • Bujang
  • Isi rumah (sudah berkahwin)
  • Warga emas sebatang kara
Kategori M40
  • Bujang
  • Isi rumah (sudah berkahwin)
  • Warga emas sebatang kara

 

2. Berapa gaji yang melayakkan terima bantuan BKC?

Berikut ialah kriteria berdasarkan pendapatan mengikut kategori yang ditetapkan oleh LHDN.

Kategori Miskin Tegar Kriteria kelayakan adalah berdasarkan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan seperti berikut:

  •  Bujang
    • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
  • Isi rumah (sudah berkahwin)
    • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara
    • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
Kategori B40 Kriteria kelayakan adalah berdasarkan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan seperti berikut:

  •  Bujang
    • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
  • Isi rumah (sudah berkahwin)
    • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara
    • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
Kategori M40 Kriteria kelayakan adalah berdasarkan pelaporan cukai pendapatan yang difailkan dengan LHDN.

  •  Bujang
    • Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000
  • Isi rumah (sudah berkahwin)
    • Pendapatan RM5,001 hingga RM9,000
  • Warga emas sebatang kara
    • Tiada

Berdasarkan jadual di atas, tiada Warga Emas akan diberikan bantuan dalam Kategori M40.

Semakan kelayakan BKC ini, anda boleh buat sendiri. Jika memang gaji anda dalam julat yang dinyatakan di atas, anda memang automatik layak.

 

3. Jika menepati kriteria, berapa jumlah bantuan BKC akan diterima?

Sila ambil perhatian bahawa maklumat jumlah bantuan di bawah adalah jumlah keseluruhan.

Pembayaran BKC adalah secara berperingkat mengikut fasa-fasa yang ditetapkan seperti Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.

Golongan Miskin Tegar
  • BKC Bujang: RM500
  • BKC Isi Rumah: RM1,300
  • BKC Warga emas: RM500
Golongan B40
  • BKC Bujang: RM200
  • BKC Isi Rumah: RM800
  • BKC Warga emas: RM200

 

Golongan M40
  • BKC Bujang: RM100
  • BKC Isi Rumah: RM250
  • BKC Warga emas: RM100

 

4. Bila tarikh dapat bayaran BKC?

Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri pada 1 September 2021, tarikh bayaran untuk BKC Fasa 1 adalah seperti berikut:

Golongan Miskin Tegar
  • Bujang: RM500
    • Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM300 pada November 2021
  • Isi Rumah: RM1,300
    • Fasa 1: RM500 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM500 pada November 2021
    • Fasa 3: RM300 pada Disember 2021
  • Warga emas: RM500
    • Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM300 pada November 2021
Golongan B40
  • Bujang: RM200
    • Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
  • Isi Rumah: RM800
    • Fasa 1: RM500 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM300 pada November 2021
  • Warga emas: RM200
    • Fasa 1: RM200 pada Ogos 2021
Golongan M40
  • Bujang: RM100
    • Fasa 1: RM100 bermula 6 September 2021
  • Isi Rumah: RM250
    • Fasa 1: RM250 bermula 6 September 2021
  • Warga emas: RM100
    • Fasa 1: RM100 bermula 6 September 2021

Walau bagaimanapun, tarikh pembayaran untuk Fasa 2 dan Fasa 3 masih lagi belum dimaklumkan. Pihak LHDN akan memaklumkan perkara ini dari semasa ke semasa.

Sila buat semakan BKC untuk memastikan anda benar-benar dapat duit bantuan tersebut. Jika mendapat status Lulus, sila pastikan anda buat semakan bayaran BKC dengan menyemak baki dalam akaun bank anda.

 

5. Cara bantuan BKC dibayar mengikut kategori

Memandangkan tidak ada fungsi kemaskini untuk Bantuan Khas COVID ini, penerima akan menerima bantuan BKC dalam bentuk wang tunai dengan cara pengkreditan seperti berikut:

Golongan Miskin Tegar
  • Pembayaran Bantuan Khad COVID Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Golongan B40
  • Pembayaran terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Golongan M40
  • Pembayaran terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam rekod percukaian dengan LHDN

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian mengenai semakan kelayan BKC ini akan melegakan hati anda.

Pegang kata-kata ini “Kalau layak BPR, maka akau pun layak BKC”.

Walau bagaimanapun, rezeki itu milik Allah. Mungkin akan ada di antara anda yang tidak dapat bantuan BKC pada tarikh yang dimaklumkan di atas.

Sekiranya itu berlaku, bersabarlah. Mungkin Allah mahu berikan yang lebih baik.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Semakan Kelayakan BKC (Jika Tepati Kriteria, Tak Perlu Mohon)”

  1. BKC

    Bila Saya boleh terima bantuan BKC

    Tolong nasihat

    Amarjeet Singh a/l Santokh Singh
    IC NO 610910055069
    Tel No 0127339410
    Salm sajahtera.

    Reply

Leave a Comment