Cara Aktifkan Semula Akaun BSN (Online & di Cawangan BSN)

Adakah akaun anda telah lama tidak aktif sebab tidak login atau guna? Adakah anda ingin tahu panduan reactivate akaun anda tapi tidak tahu caranya? Jadi, izinkan kami kongsikan cara aktifkan semula akaun BSN secara mudah.

Persediaan

Beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum anda hadir ke cawangan BSN seperti:

  • MyKad
  • Kad ATM BSN
  • Duit secukupnya (sekiranya diperlukan)

Sila baca cara pindahan duit dari akaun BSN ke Maybank secara online.

Sekiranya anda bukan pelanggan BSN, anda juga boleh menggunakan cara yang sama untuk mengaktifkan semula akaun bank anda yang lain.

Tapi, anda hanya perlu lawat ke cawangan bank tersebut atau menghubungi talian khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Cara aktifkan semula akaun BSN

Berikut merupakan panduan aktifkan semula akaun BSN secara ringkas.

#1 Boleh aktifkan semula di mybsn.com.my ?

Mohon maaf. Pengaktifkan semula tidak boleh dilakukan secara online.

 

#2 Melawat ke cawangan BSN yang berdekatan

Anda hanya boleh aktifkan semula akaun BSN anda di cawangan BSN sahaja.

Oleh itu, anda perlu lawat ke mana-mana cawangan BSN dekat dengan anda. Kemudian, terangkan kepada pegawai bank tersebut yang anda perlu aktifkan semula akaun anda. Anda akan diberikan borang untuk bagi pengaktifan semula akaun anda.

Anda  juga boleh menghubungi 1300 88 1900 bagi mendapatkan jawapan untuk persoalan anda.

Sekiranya akaun BSN anda hanya tidak aktif selama tempoh tidak melebihi 2 bulan, anda boleh mengambil tindakan untuk aktifkan semula akaun BSN anda.

Anda boleh dapatkan maklumat rasmi tersebut seperti yang telah dinyatakan pada Twitter rasmi BSN.

Waktu operasi cawangan BSN di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ialah Isnin hingga Jumaat sahaja. Cawangan-cawangan BSN ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang.

Waktu rehat pula ialah dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada hari Jumaat sahaja. Pada hari biasa, waktu rehat hanya 1 petang hingga 2 petang.

Anda boleh rujuk waktu pengoperasian BSN melalui portal rasmi BSN.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara aktifkan semula akaun BSN telah memudahkan lagi urusan anda.

Anda juga boleh baca panduan reactivate akaun Maybank anda.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Cara Aktifkan Semula Akaun BSN (Online & di Cawangan BSN)”

  1. Kalau lebih 2 tahun masih boleh kah nak aktifkan kembali akaun bsn? Sebab akaun Saya mula buka tahun 2012 Saya Tak pasti berapa lama dah Tak aktif akaun tu.

    Reply

Leave a Comment