Cara Transfer Duit Dari Akaun BSN ke Maybank Secara Online


Jika anda salah seorang pengguna Bank Simpanan Nasional, kami pasti bahawa anda baca artikel ini untuk mendapatkan panduan dan cara transfer duit BSN ke Maybank secara online.

Sebenarnya, ada beberapa cara untuk transfer duit BSN ke Maybank, atau mana-mana sahaja bank yang ada di Malaysia.

Izinkan juga kami untuk menjawab, benarkah tidak boleh buat pindahan segera dari BSN ke Maybank?

Bolehkah buat Instant Transfer?

Seperti yang kami kongsikan dalam artikel cara Instant Transfer BSN, perkhidmatan dan transaksi ini  hanya boleh dilaksanakan melalui mesin ATM di seluruh rangkaian MEPS Pindahan Segera.

Ini bermakna Instant Transfer dari BSN ke Maybank tidak boleh dilakukan.

Kami juga telah mengesahkan dengan Customer Service di talian 1300-88-1900. Memang tidak ada Instant Transfer BSN ke bank-bank lain.

 

Cara transfer duit BSN ke Maybank guna GIRO

Namun, jangan risau jika tidak boleh buat pindahan wang serta-merta. Anda masih lagi boleh buat pemindahan wang menggunakan Interbank GIRO.

Jika tidak boleh buat pindahan serta merta, masih lagi boleh transfer duit BSN ke Maybank menggunakan GIRO.

Cuma perlu tunggu sedikit masa dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Berikut ialah panduan mudah yang anda boleh ikuti:

  1. Login ke akaun myBSN anda. Masukkan username, sahkan Online Image anda dan masukkan password
  2. Anda akan dibawa ke laman utama akaun myBSN anda. Scroll ke bahagian kiri laman dan tekan butang Fund Transfer. Kemudian, pilih Transfer to Other Banks (Interbank GIRO).
  3. Tertera bahagian-bahagian untuk diisi. Pada ruangan From Account, pilih nombor akaun anda pada drop down list yang tertera.
  4. Pada bahagian Beneficiary Account Number, pilih sama ada Registered IBG Transfer, atau New IBG Transfer.
  5. Sekiranya anda pilih Registered IBG Transfer, pilih nombor akaun yang anda ingin pindahkan wang pada drop down list.
  6. Sekiranya anda pilih New IBG Transfer, masukkan nombor akaun bank penerima pada ruangan yang disediakan.
  7. Transfer duit BSN ke Maybank akan jadi lebih mudah jika anda mempunyai Registered IBG Transfer
  8. Pada Beneficiary Name, masukkan nama penuh penerima. Nama penuh penerima mestilah seperti yang telah didaftar pada akaun bank penerima.
  9. Pada Beneficiary New IC / Old IC, masukkan nombor kad pengenalan penerima. (Ini adalah pilihan)
  10. Pada Beneficiary Resident Status, pilih Malaysian Resident sekiranya penerima adalah warganegara Malaysia, ataupun Non-Malaysian Resident sekiranya penerima bukan warganegara Malaysia.
  11. Pada bahagian Sender Alert, tick checkbox pada bahagian Email, dan masukkan emel anda untuk memaklumkan transaksi anda berjaya/tidak.
  12. Pada Beneficiary Alert, tick checkbox Email, dan masukkan emel penerima pada kotak disediakan, untuk memaklumkan penerima melalui emel mengenai transaksi ini.
  13. Kemudian, tick checkbox SMS, dan masukkan nombor telefon penerima, untuk menghantar SMS kepada penerima, memaklumkan tentang transaksi ini.
  14. Pada Receiving Bank, masukkan bank kepada penerima.
  15. Pada Amount (RM), masukkan jumlah yang ingin dipindahkan.
  16. Pada Recipient Reference, masukkan rujukan transaksi untuk kegunaan penerima.
  17. Pada Other Payment, masukkan maklumat tambahan untuk transaksi ini.
  18. Scroll ke bawah, dan tekan butang Submit.
  19. Pada laman seterusnya, akan tertera maklumat transaksi anda.
  20. Sila semak semula.
  21. Sekiranya tiada masalah, tekan butang Confirm.
  22. Transaksi anda berjaya.
  23. Secara asasnya, proses transfer duit BSN ke Maybank sudah selesai.
  24. Tekan Print untuk cetak resit transaksi anda, dan tekan Make Another Transfer sekiranya ada pindahan wang lain yang anda ingin lakukan.

 

IBG Transfer BSN ke Maybank, berapa hari?

Persoalannya di sini, berapa lama transfer BSN ke Maybank?

Apa yang kami boleh katakan, proses pindahan wang ini bergantung kepada kedua-dua bank. Secara asasnya, rujuk jadual di bawah seperti di laman rasmi MyBSN.

Bayaran dimulakan oleh Pelanggan *Dana diterima oleh Pelanggan *Masa bayaran balik untuk transaksi yang tidak berjaya
Hari perniagaan
(Isnin – Jumaat)
Sebelum 5:00 pagi Hari perniagaan yang sama Pada 11:00 pagi Pada 5:00 petang
5:01 pagi hingga 8:00 pagi Pada 2:00 petang Pada 8:20 petang
8:01 pagi hingga 11:00 pagi Pada 5:00 petang Pada 11:00 petang
11:01 pagi hingga 2:00 pagi Pada 8:20 petang Pada 11:00 pagi hari perniagaan yang berikutnya
2:01 petang hingga 5:00 petang Pada 11:00 petang
Selepas 5:00 petang Hari perniagaan yang berikutnya Pada 11.00 pagi Pada 5.00 petang
Hari bukan perniagaan
(Sabtu, Ahad Cuti Am Wilayah Persekutuan)
Hari perniagaan yang berikutnya Pada 11:00 pagi Pada 5:00 petang

*Tempoh transfer duit BSN ini adalah tertakluk kepada keadaan biasa

 

Akhir kalam

Cara transfer duit BSN ke Maybank

Harus diingatkan, panduan ini juga bukan hanya cara transfer duit BSN ke Maybank semata-mata. Cara yang dikongsikan ini boleh juga digunakan untuk bank-bank lain seperti:

  • Affin Bank
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • Al Rajhi Bank
  • Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)
  • Bank Kerjasama Rakyat
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • Maybank (Transfer duit BSN ke Maybank ialah yang paling popular)
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Citibank
  • HSBC Bank
  • UOB Bank
  • Standard Chartered Bank
  • OCBC Bank
  • Bank Muamalat

Bersyukurlah. Walaupun Instant Transfer BSN tidak boleh buat, anda masih lagi boleh guna GIRO.

Akhir sekali, tidak lengkap jika tidak disertakan sekali dengan cara bank in duit BSN ke akaun sendiri.

Kami harap, segala urusan perbankan anda dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Sebarkan kebaikan

Leave a Comment