Cara Semak Baki Akaun Hong Leong Bank (HLB Connect Online)

Adakah anda baru sahaja berdaftar sebagai pelanggan Hong Leong Bank? Masih kurang faham dengan panduan check balance akaun anda? Jadi, izinkan kami kongsikan cara semak baki akaun Hong Leong Bank anda secara ringkas agar mudah difahami.

Persediaan

Hong Leong Bank menawarkan perkhidmatan online banking dan mobile banking HLB Connect.

Kemungkinan besar anda baru sahaja berdaftar sebagai pengguna Hong Leong Bank atau sering terlupa dengan panduan semak baki akaun anda.

Sekiranya anda masih belum berdaftar sebagai pengguna, sila daftar Hong Leong Bank secara online terblebih dahulu.

Cara semak baki akaun Hong Leong Bank

Berikut merupakan tiga cara yang boleh anda gunakan untuk semak baki akaun anda.

#1 Cara semak baki akaun melalui mesin ATM Hong Leong Bank

Cara ini merupakan cara yang biasa digunakan oleh kebanyakan masyarakat. Sila ikut panduan semakan baki akaun anda seperti di bawah.

  1. Masukkan kad ATM Hong Leong Bank ke slot kad.
  2. Tunggu hingga disahkan.
  3. Pilih bahasa yang diingini.
  4. Sekiranya anda pilih bahasa Melayu, anda akan tiba pada bahagian Sila Masuk PIN.
  5. Masukkan PIN ATM pada ruangan yang diberi dengan menekan pada butang keypad ATM.
  6. Kemudian, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
  7. Klik pada Pertanyaan Baki.
  8. Pilih akaun yang anda ingin semak.
  9. Baki akaun anda akan terpapar pada skrin ATM.
  10. Selesai.

 

#2 Panduan semak baki akaun Hong Leong secara online melalui HLB Connect

Anda juga boleh semak baki akaun Hong Leong Bank anda secara online. Tapi, pastikan anda telah berdaftar sebagai pengguna online banking Hong Leong Bank sebelum menggunakan cara seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://s.hongleongconnect.my/rib/app/fo/login
  2. Pada bahagian kiri skrin anda, terdapat satu menu kecil HLB Connect.
  3. Masukkan username anda pada ruangan Username.
  4. Klik Next.
  5. Sahkan Security Picture anda.
  6. Tandakan pada kotak Yes, this is my security picture.
  7. Kemudian, masukkan password pada ruangan Password.
  8. Klik Login.
  9. Setelah berjaya masuk (login) ke akaun anda, klik Menu.
  10. Klik Overview.
  11. Klik Account Overview.
  12. Klik Savings Account.
  13. Kemudian, baki akaun anda akan tertera pada laman yang anda tiba.
  14. Selesai.

 

#3 Cara semak baki akaun melalui mobile banking HLB Connect

Pastikan anda telah download aplikasi ini daripada Playstore/Appstore terlebih dahulu. Anda juga perlu berdaftar sebagai pelanggan mobile banking Hong Leong Bank. Sila ikut panduan semakan baki akaun anda seperti di bawah.

  1. Masukkan username anda pada ruangan Username.
  2. Klik butang anak panah di sebelah username anda.
  3. Kemudian, sahkan security picture anda.
  4. Klik butang Yes, it is.
  5. Masukkan password anda pada ruangan Password.
  6. Klik butang anak panah di sebelah password anda.
  7. Klik Login.
  8. Klik Overview setelah anda berjaya masuk ke akaun anda.
  9. Klik Account Overview.
  10. Klik Savings Account.
  11. Maklumat tentang baki akaun Hong Leong Bank akan tertera pada laman yang anda tiba.
  12. Selesai.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara semak baki akaun Hong Leong Bank telah memudahkan lagi urusan anda.

Untuk akaun-akaun bank tempatan yang lain, boleh rujuk panduan untuk menyemak baki seperti berikut:

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Cara Semak Baki Akaun Hong Leong Bank (HLB Connect Online)”

Leave a Comment