Ada banyak cara untuk buat semakan saman polis dan buat bayaran secara online seperti MyEG dan Rileks. Namun, kali ini kami akan kongsikan cara untuk daftar, log masuk, semak dan terus bayar saman trafik melalui portal rasmi PDRM di sso.rmp.gov.my.
Izinkan kami berkongsi.
Kelayakan untuk buat semakan saman trafik PDRM
- Pendaftaran di sso.rmp.gov.my hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja
- Ini kerana pendaftaran adalah menggunakan Nombor Kad Pengenalan
- Warganegara asing tidak dibenarkan
Alternatif yang lain, boleh rujuk cara check saman polis guna no plat yang juga boleh disemak menggunakan SMS.
Langkah #1) Daftar SSO PDRM di sso.rmp.gov.my
Fungsi utama Sistem Semakan Online (kependekannya ialah SSO) bertujuan untuk memudahkan semakan status perkhidmatan polis secara atas talian. Walau bagaimanapun, fungsi lain juga termasuk untuk melihat “Status Saman”.
Ikut ikut langkah di bawah untuk mendaftar dan seterusnya log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan
Sila ikut langkah berikut:
- Klik pautan rasmi SSO PDRM di sini: https://sso.rmp.gov.my
- Klik pada gambar Daftar Baru Pengguna
- Masukkan no kad pengenalan sebagai ID pengguna
- Masukkan kata laluan dan taip sekali lagi untuk buat pengesahan
- Masukkan email dan taip sekali lagi untuk buat pengesahan
- Sebagai keselamatan, masukkan tempat lahir dan nama ibu
- Seterusnya, masukkan maklumat pengguna
- Masukkan nama
- Masukkan jantina
- Masukka nombor kad pengenalan
- Masukkan tarikh lahir
- Masukkan alamat, poskod dan bandar
- Masukkan nombor telefon
- Masukkan kod pengesahan
- Klik Serah
- Selesaikan proses pendaftaran
Langkah #2) Login sso.rmp.gov.my
- Jika sudah, klik Login di bahagian atas, sebelah kanan
- Masukkan ID pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Setelah berjaya login, klik pada ikon Status Saman
- Anda boleh semak dengan menggunakan nombor MyKad
- Anda juga boleh buat semakan saman dengan menggunakan nombor plat kenderaan.
Akhir kalam
Walaupun boleh buat semakan saman di portal rasmi PDRM di sso.rmp.gov.my, anda tidak boleh terus membayar saman. Hanya sekadar boleh check sahaja.
Untuk meneruskan pembayaran, sila rujuk langkah-langkah dan cara bayar sama polis yang boleh dilakukan secara online di MyEG dan Rilek.
Terbaru pada tahun 2021, anda boleh bayar saman online menggunakan portal baharu iaitu mybayar.rmp.gov.my
Akhir sekali, panduan di atas hanyalah untuk semakan saman PDRM sahaja. Jika anda pernah disaman oleh JPJ, sila rujuk cara check saman JPJ.
Dan yang berminat jadi salah seorang tenaga kerja PDRM, boleh mohon melalui portal ePengambilan PDRM.
Semoga bermanfaat.
Saman
Mohon check saman
Mahu check saman
Mohon check saman
AGW2673