ePengambilan PDRM (Login & Mohon Kerja Kosong Polis di epengambilan.pdrm.rmp.gov.my)


Ini adalah berita baik bagi sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan kerja kosong sebagai polis. Permohonan boleh dibuat secara online melalui sistem ePengambilan PDRM melalui portal epengambilan.pdrm.rmp.gov.my.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara daftar ePengambilan PDRM di epengambilanpdrm.rmp.gov.my

Berikut ialah cara untuk mendaftar bagi membolehkan anda mohon kerja kosong yang ada di PDRM. Terpakai untuk kedua-dua bumiputera dan bukan bumiputera.

  1. Layari laman web rasmi e-Pengambilan PDRM di sini: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my
  2. Jangan tersilap masukkan epengambilan.rmp.gov.my ataupun epengambilanpdrm.rmp.com.my
  3. Jika anda taip URL yang betul, anda akan berada di laman utama e-Pengambilan PDRM
  4. Tekan butang Pendaftaran Baru
  5. Untuk shortcut, anda boleh terus klik pautan ini: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Registration.aspx
  6. Lengkapkan Maklumat Akaun
    • ID Pengguna
    • Kata Laluan
    • Pengesahan Kata Laluan
    • Email
    • Pengesahan Email
  7. Teruskan dengan Soalan Keselamatan Kata Laluan
    • Pilih Tempat Lahir
    • Masukkan Nama Ibu Anda
  8. Lengkapkan Maklumat Pengguna
    • Nama
    • Jantina
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Tarikh Lahir
    • Alamat
    • Poskod
    • Bandar
    • Negeri
    • Nombor Telefon
    • Kod Pengesahan
  9. Tekan butang Serah untuk menghantar
  10. Semak email untuk mengaktifkan akaun

 

2. Login sistem e-Pengambilan PDRM

Setelah pendaftaran berjaya, anda kini boleh login dan mula memohon.

  1. Layari laman web rasmi e-Pengambilan PDRM di sini: https://epengambilan.rmp.gov.my
  2. Anda kini berada di laman utama e-Pengambilan PDRM
  3. Masukkan ID Pengguna seperti yang didaftarkan tadi
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Tekan butang Log Masuk
  6. Anda kini sudah berada di dalam sistem ePengambilan PDRM

 

3. Buat permohonan jawatan kosong dalam ePengambilan PDRM

Selepas berjaya login, anda boleh mula apply kerja kosong untu menjadi polis.

  1. Klik Permohonan Polis
  2. Seterusnya, klik Permohonan Baru
  3. Lengkapkan maklumat yang dipinta seperti:
    • Maklumat Peribadi
    • Maklumat Keluarga
    • Maklumat Akademik
    • Maklumat Ko-Kurikulum
  4. Di bahagian Permohonan Jawatan, anda perlu pilih jawatan yang ditawarkan
  5. Tekan butang Simpan
  6. Di bahagian Pengakuan, tick untuk mengesahkan pengakuan
  7. Sila semak betul-betul sebelum menghantar permohonan
  8. Sekiranya semuanya betul, tekan butang Hantar Borang untuk menghantar permohonan melalui ePengambilan PDRM

 

Akhir kalam

Terima kasih PDRM kerana mewujudkan sistem ePengambilan PDRM di epengambilanpdrm.rmp.gov.my untuk memudahkan lagi urusan orang ramai.

Bagi anda yang memohon kerja kosong PDRM ini, semoga rezeki menyebelahi anda. Bila dah jadi polis nanti, jangan lupa bayar saman.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment