sso.rmp.gov.my (Login & Semak Saman Polis Trafik PDRM)


Ada banyak cara untuk buat semakan saman polis dan buat bayaran secara online seperti MyEG dan Rileks. Namun, kali ini kami akan kongsikan cara untuk daftar, log masuk, semak dan terus bayar saman trafik melalui portal rasmi PDRM di sso.rmp.gov.my.

Izinkan kami berkongsi.

Kelayakan untuk buat semakan saman trafik PDRM

  • Pendaftaran di sso.rmp.gov.my hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja
  • Ini kerana pendaftaran adalah menggunakan Nombor Kad Pengenalan
  • Warganegara asing tidak dibenarkan

Alternatif yang lain, boleh rujuk cara check saman polis guna no plat yang juga boleh disemak menggunakan SMS.

 

Langkah #1) Daftar SSO PDRM di sso.rmp.gov.my

Fungsi utama Sistem Semakan Online (kependekannya ialah SSO) bertujuan untuk memudahkan semakan status perkhidmatan polis secara atas talian. Walau bagaimanapun, fungsi lain juga termasuk untuk melihat “Status Saman”.

Ikut ikut langkah di bawah untuk mendaftar dan seterusnya log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan

Sila ikut langkah berikut:

  1. Klik pautan rasmi SSO PDRM di sini: https://sso.rmp.gov.my
  2. Klik pada gambar Daftar Baru Pengguna
  3. Masukkan no kad pengenalan sebagai ID pengguna
  4. Masukkan kata laluan dan taip sekali lagi untuk buat pengesahan
  5. Masukkan email dan taip sekali lagi untuk buat pengesahan
  6. Sebagai keselamatan, masukkan tempat lahir dan nama ibu
  7. Seterusnya, masukkan maklumat pengguna
  8. Masukkan nama
  9. Masukkan jantina
  10. Masukka nombor kad pengenalan
  11. Masukkan tarikh lahir
  12. Masukkan alamat, poskod dan bandar
  13. Masukkan nombor telefon
  14. Masukkan kod pengesahan
  15. Klik Serah
  16. Selesaikan proses pendaftaran

 

Langkah #2) Login sso.rmp.gov.my

  1. Jika sudah, klik Login di bahagian atas, sebelah kanan
  2. Masukkan ID pengguna
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Setelah berjaya login, klik pada ikon Status Saman
  5. Anda boleh semak dengan menggunakan nombor MyKad
  6. Anda juga boleh buat semakan saman dengan menggunakan nombor plat kenderaan.

 

Akhir kalam

Walaupun boleh buat semakan saman di portal rasmi PDRM di sso.rmp.gov.my, anda tidak boleh terus membayar saman. Hanya sekadar boleh check sahaja.

Untuk meneruskan pembayaran, sila rujuk langkah-langkah dan cara bayar sama polis yang boleh dilakukan secara online di MyEG dan Rilek.

Akhir sekali, panduan di atas hanyalah untuk semakan saman PDRM sahaja. Jika anda pernah disaman oleh JPJ, sila rujuk cara check saman JPJ.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

sso.rmp.gov.my (Login & Semak Saman Polis Trafik PDRM)

Leave a Comment